Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat membantu.
Tak perlu sembur pewangi sintetik atau beli diffuser mahal. Sebenarnya dengan hanya menggunakan daun pandan, rumah boleh kekal wangi dan harum selama beberapa hari. Caranya mudah sangat, cuma petik dan sediakan bekas sesuai hasilnya memang menyenangkan!
Cara Wangikan Rumah Guna Daun Pandan
1. Gunakan daun pandan yang segar boleh petik dari pokok sendiri jika ada tanam di belakang rumah.
2. Gunting kecil-kecil dan letak dalam bekas terbuka atau mangkuk hiasan. Letak di ruang tamu, dapur atau bilik air.
Ads
3. Bau wangi semula jadi daun pandan akan merebak ke seluruh ruang. Biasanya boleh tahan 2 ke 3 hari.
4.Untuk tahan lebih lama, spray sedikit air pada daun pandan selepas 1-2 hari. Ini akan bantu daun kekal segar dan tak cepat kering.
Ads
Bila bau makin kurang, tukar daun baru. Jangan buang yang lama, boleh kompos jadi baja pula!
Daun pandan bukan saja murah dan mudah didapati, malah baunya juga menyegarkan secara semula jadi tanpa bahan Kimia
Ramai yang masih guna kuali legend atau kuali yang lama serta sudah hitam permukaannya. Sebabnya dah terbiasa guna sejak dulu jadi kerja memasak rasa mudah dengan kuali legend ini.
Tapi ramai tak tahu kuali legend ini sebenarnya berpotensi mencetuskan kanser. Awas ya! Ini penjelasan daripada ahli kimia sendiri, Dr Fatimah Salim.
Ramai yang mungkin tidak kisah dengan keadaan kuali atau periuk yang hitam legam. Legend katanya.
Tahukah anda peralatan memasak sebegini berbahaya? YA. Lapisan hitam ini sebenarnya terbentuk daripada mendakan bahan masakan dan minyak yang terhangus dan dibiarkan lama sebati tanpa disental atau dikikis.
Lapisan ini berpotensi menyebabkan kanser kerana ianya mengandungi bahan-bahan kimia seperti polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs), heterocyclic amines (HCAs) acrylamide dan furans. Bahan-bahan kimia ini akan bercampur dalam masakan kita setiap hari yang kita hidangkan kepada anak-anak.
Maka, usah berfikir panjang lagi. Segera bersihkannya bagi mengelakkan masalah kesihatan di masa hadapan. Benar, bahan-bahan kimia ini memang sentiasa ada dalam makanan yang dipanggang atau dimasak dengan suhu yang tinggi sehingga hangus, namun usahlah sengaja menambah punca.
Tip untuk membersihkan lapisan karbon ini adalah:
1. Guna baking soda
Panaskan peralatan memasak dengan api. Tuangkan air perlahan-lahan dan biarkan air di dalam peralatan ini mendidih selama 10-15 minit. Kemudian tuangkan setengah cawan baking soda dan biarkan ianya mendidih seketika. Matikan api dan kikis perlahan permukaan ini dengan menggunakan senduk bersesuaian. Tunggu sejuk dan sental.
2. Rendam dengan sabun
Boleh juga gantikan bes lain seperti sabun cuci baju. Setelah biarkan periuk mendidih selama 10-15 minit. Matikan api, alihkan dan tuangkan sabun cuci sesetengah cawan. Rendam sekitar 1 jam atau lebih lama bergantung kepada tahap kekotoran. Apabila kelihatan mudah dikikis, buangkan air sabun rendaman dan sental.
3. Guna cuka, asam keping
Jika kesan hitamnya tidak teruk, boleh saja tuangkan baking soda tanpa pemanasan dan sental. Atau gantikan bahan berbes dengan bahan berasid seperti cuka makan, air asam jawa, asam keping… Namun baunya agak kuat jika dibandingkan baking soda.
Pemanasan membantu menanggalkan kesan hangusan dengan lebih mudah kerana bertambahnya tenaga kinetik molekul-molekul dalam ikatan metalik peralatan memasak dan lapisan hangusan itu juga.
Nota:
Dalam keadaan yang pekat, bahan-bahan kimia ini bersifat menghakis, maka boleh membantu dalam proses pembersihan. Cuma berhati-hati dengan air panas dan sifat yang boleh merengsa.
Peralatan yang telah berkilat tadi perlu dibentuk lapisan oksida untuk mengurangkan risiko bocoran logam. Maka, bolehlah merebus air beberapa kali sehingga lapisan kelihatan pada permukaan, sebelum digunakan seperti biasa.
Semoga bermanfaat!
Takde oven nak masak kek? Takde masalah! Boleh saja bakar kek dalam periuk guna dapur gas.
Sebenarnya ini jugalah cara yang digunakan oleh orang tua kita dulu untuk masak kek. Dan kek pula elok saja kejadiannya.
Bagi yang tiada oven tapi nak masak kek, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Nor Elyani Ramli. Resipi mungkin sama tapi cara masak kek atas dapur itu yang penting (baca tip dulu bahagian bawah ya). Cantik & gebu kek dia.
Bahan-bahan:
1 cawan margerin (saya guna cap Pelangi )
1 cawan gula
2 cawan tepung naik sendiri (diayak)
1 sudu kecik esen vanilla
5 bijik telur size B
2 sudu besar susu cair
Pewarna hijau & merah
Cara membuat:
1) Periuk kena tutup semasa bakar/masak kek 2) Tak perlu letak air, kalau letak air jadi stim/kukus 3) Boleh letak alas bahagian dalam periuk dengan tudung periuk / pasir atas apa-apa petua yang mak-mak kita ajar sebelum letak loyang kek. Tapi saya letak loyang kek direct dalam periuk.
4) Kek saya masak dalam tempoh 45 minit, kalau kek belum masak dalam waktu itu, tambah masa 5 ke 10 minit lagi. 5) Saya tak panaskan periuk sebelum masuk loyang kek, kalau ada yang nak panaskan dulu, terserah.
Jenama pakaian terkenal, Sabella menghadiahkan baju kurung kepada guru di seluruh negara mencecah RM1.2 juta sempena sambutan Hari Guru yang diraikan hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Sabella, Mohd Sufian Sulaiman berkata, pihaknya memberikan 20,000 helai baju kurung menerusi kempen #SabellaSrikandi bagi menghargai jasa guru.
“Kempen ini dibuat memang untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru di seluruh negara. Jadi, bersempena sambutan Hari Guru tahun ini, Sabella melancarkan kempen #SabellaSrikandi .
Bagi kami, guru juga adalah wira yang perlu dikenang jasa mereka.
“Alhamdulillah, menerusi kempen ini kami berjaya mengedarkan 20,000 helai baju melalui platform website sabella dan juga kami telah terjah lebih 15 sekolah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Nilai yang dibelanjakan mencecah RM1.2 juta.
“Kempen yang dijayakan ini juga sebagai tanda penghargaan kami kepada guru yang mana ramai antara mereka pelanggan setia kami,” katanya.
Menurutnya, hadiah yang diberikan itu diharap dapat menggembirakan mereka selain merancang untuk meneruskan tradisi sama pada kempen lain.
“Mungkin hadiah ini tidak sebarapa jika nak dibandingkan dengan jasa mereka mendidik anak bangsa kita. Cuma, apa diharapkan hadiah baju kurung Sabella dapat menceriakan lagi hari mereka.
“Jelas terpancar kegembiraan pada wajah mereka ketika kami turun padang menyampaikan hadiah ini. Insya-Allah, kempen sebegini akan diteruskan. Doakan kami supaya sentiasa berikan rezeki agar dapat menyumbang kepada masyarakat,” katanya.
Pada sesi itu, selebriti terkenal Izzue Islam turut serta bagi membuat penyerahan hadiah baju kurung serta meluangkan masa beramah mesra bersama guru di sekolah terbabit.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...