Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat membantu.
Tak perlu sembur pewangi sintetik atau beli diffuser mahal. Sebenarnya dengan hanya menggunakan daun pandan, rumah boleh kekal wangi dan harum selama beberapa hari. Caranya mudah sangat, cuma petik dan sediakan bekas sesuai hasilnya memang menyenangkan!
1. Gunakan daun pandan yang segar boleh petik dari pokok sendiri jika ada tanam di belakang rumah.
2. Gunting kecil-kecil dan letak dalam bekas terbuka atau mangkuk hiasan. Letak di ruang tamu, dapur atau bilik air.
3. Bau wangi semula jadi daun pandan akan merebak ke seluruh ruang. Biasanya boleh tahan 2 ke 3 hari.
4.Untuk tahan lebih lama, spray sedikit air pada daun pandan selepas 1-2 hari. Ini akan bantu daun kekal segar dan tak cepat kering.
Bila bau makin kurang, tukar daun baru. Jangan buang yang lama, boleh kompos jadi baja pula!
Daun pandan bukan saja murah dan mudah didapati, malah baunya juga menyegarkan secara semula jadi tanpa bahan Kimia
Semoga bermanfaat.
Sumber: Asri Meris Anthony
Baca: Rumah Harum Dan Wangi, Bancuh 3 Bahan Ini Dan Semburlah Sesuka Hati