Rozita Che Wan atau Che Ta antara selebriti yang memang sentiasa tampil bergaya. Tak kira waktu di rumah, majlis, masa bercuti, malah waktu menunaikan umrah pun dia tetap kelihatan cantik.
Sejak hampir dua minggu lalu Che Ta dan suami Zain Saidin berangkat menunaikan ibadah umrah. Pelakon dan usahawan yang suka berkongsi aktivitinya dalam instagram seperti biasa tidak ketinggalan memuat naik foto-foto sepanjang berada di sana.
Menariknya walau bertudung litup dan berniqab menutup wajah Che Ta tetap juga nampak cantik. Ramai juga yang pertikai dia tampil begitu tapi betullah tu, nak beribadat mengadap Yang Maha Esa haruslah tampil seeloknya. Takkan kat majlis saja macam tu kan.
Apa pun moh layan gambar Che Ta dengan jubah dia yang cantik-cantik tu.
Selepas selesai menunaikan ibadah haji dan kembali ke tanah air baru-baru ini pelakon Hajah Fouziah Gous dilihat sudah mengenakan hijab.
Makin cantik dan manis penampilan ibu kepada dua anak ini. Patutlahlah kalau diperhatikan sebelum berangkat ke Makkah dulu dia selalu saja mengenakan hijab, untuk membiasakan diri rupanya.
Turut memuat naik beberapa kali gambarnya berhijab di instagram, ramai yang mendoakan agar isteri kepada Zhafran Md Yusof ini istiqomah dan penampilan sopan itu berkekalan.
Semalam pelakon Izara Aishah sah menjadi milik Adib Khalid, yang juga anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Mengenakan persalinan sentuhan pereka terkenal tanah air Datuk Rizalman Ibrahim ramai yang terkesima melihat penampilan pengantin perempuan.
Berbaju kurung moden rona putih dengan perincian indah pada baju namun yang paling menarik perhatian sudah tentunya veil atau layah yang dikenakan oleh Izara malam tadi.
Seakan mengambil inspirasi daripada wanita Melayu zaman dulu kala berbaju kurung dengan kerudung labuh menutupi kepala, meski ramai yang kagum melihat rekaan kreatif itu tapi tak kurang juga yang memberi pandangan berbeza.
Nampak pelik, keras, macam selimut, tidak selesa, ini antara sebahagian komen daripada peminat. Malah ada juga yang mengatakan veil yang dikenakan oleh Izara seakan tosei.
Apatah lagi bila melihat Izara seakan tidak selesa dan kaku ketika berjalan di pelamin dengan veil berat yang dilihat menutup rupanya yang cantik melalui satu video yang dimuat naik oleh Datuk Rizalman di instagramnya.
Jom baca komen-komen ni. Lucu pun ada.
Indah di pandangan kita tapi di mata orang lain mungkin berbeza. Tapi pada VK penampilan Izara semalam cukup klasik dan sopan berbeza dari penampilan biasanya. Veil labuh yang dikritik itu adalah daya tarikan paling istimewa.
Datuk Rizalman sendiri mungkin sudah sedia mendengar pelbagai komen untuk sentuhannya kerana sebelum majlis lagi dia sudah pun memberi hint akan rekaannya kali ini akan membawa trend baru pada persalinan pengantin.
Apabila hormon dalam badan tidak seimbang, banyak perkara tidak elok berlaku pada badan. Misalnya kitaran haid terganggu, tumbuh jerawat dan emosi mulalah tidak stabil. Ya, sememangnya hormon seseorang individu itu berkait rapat dengan emosinya. Namun hormon dalam badan juga boleh diseimbangkan dengan cara semula jadi. Cubalah.
Pengambilan 20 hingga 30 gram protein dalam setiap makanan yang diambil boleh bantu meningkatkan hormon dalam badan. Dalam banyak-banyak sumber makanan protein, telur adalah sumber protein yang dikatakan sebagai terbaik. Makanlah telur setiap hari untuk membantu meningkatkan tahap metabolisme. Telur juga boleh membantu menurunkan berat badan dengan lebih cepat.
Emosi dan hormon manusia saling berkait rapat antara satu sama lain. Jika sedang berada dalam keadaan yang negatif misalnya sedih, pilu, sayu, marah, takut dan sebagainya, cuba tarik nafas dalam-dalam. Hal ini boleh bantu hormon lebih stabil. Berperasaan negatif boleh menyebabkan hormon dalam badan tidak seimbang.
Makanan yang diproses kebanyakannya menggunakan racun serangga, suntikan hormon dan pelbagai lagi bahan yang tidak elok untuk tubuh manusia. Penggunaan hormon sintetik dalam makanan boleh menyebabkan badan kita keliru dengan hormon semula jadi yang ada dalam badan. Jadi mulai hari ini ayuhlah kita makan makanan organik yang bebas daripada hormon sintetik dan suntikan. Hal ini boleh membuatkan badan kita lebih seimbang kandungan hormon.
Sesekali cubalah pergi ke spa yang ada menawarkan mandian detox. Mandian detox membantu meningkatkan tahap magnesium dalam badan dan menurunkan hormon stres dari dalam badan. Boleh juga buat di rumah jika anda mempunyai tab mandi untuk berendam.
Minyak pati atau essential oil sememangnya sangat berkesan untuk membantu seseorang itu lebih relax sekali gus membantu hormon dalam badan jadi seimbang. Hanya sapukan minyak ini ke atas tubuh dan gosok lembut. Boleh juga dititiskan dalam air yang menyebarkan wap segar ke seisi rumah.
Selalu ada laluan pejalan kaki yang diletakkan batu-batu timbul di taman rekreasi kan? Laluan berbatu ini sebenarnya membantu untuk seseorang individu itu menstabilkan hormon dalam badan. Kaki kita mengandungi lebih kurang 1,300 urat saraf. Jadi berjalan kaki ayam di atas batu timbul boleh merangsang urat saraf ini sekali gus membantu seimbangkan hormon. Best kan?
Senang je nak seimbangkan hormon ni rupa-rupanya kan?
Retatrutide menjadi perhatian selepas seorang bakal pengantin dilaporkan kritikal akibat dipercayai mengambil produk penurunan berat badan yang dibeli secara dalam talian. Ketahui fakta, risiko dan amaran pakar.