Satu kajian yang disiarkan dalam British Telegraph menyatakan bahawa seseorang wanita dikatakan mencapai tahap kecantikan yang paling sempurna ketika berusia 31 tahun.
Bila pandang muka Fazura, Sariyanti, Lisa Surihani, Wawa Zainal rasanya macam betul pula.
Bukan saja-saja cakap tapi fakta itu sebenarnya diperolehi daripada tinjauan yang dilakukan ke atas dua ribu lelaki dan wanita di Britain tidak lama dulu.
Ads
Hasil tinjauan itu mendapati kecantikan seseorang wanita boleh ditafsirkan bukan sahaja daripada paras rupa tetapi juga personaliti dan penampilan.
Sebanyak 70 peratus responden mentafsirkan wanita dipandang cantik apabila dia berkeyakinan atau memperlihatkan tahap keyakinan diri yang tinggi.
67 peratus daripada responden mengatakan, kecantikan bergantung pada wajah yang menawan. 47 peratus pula melihat kecantikan berdasarkan penampilan.
Ads
Tidak kurang yang berpendapat bahawa kecantikan wanita bukan terletak pada yang empunya diri, tetapi mata orang yang melihat.
Hasil kajian juga mendapati perkara berikut :
Daya tarik wanita mencapai kemuncaknya pada usia 30 tahun.
Tanda penuaan mula muncul pada usia 41 tahun.
Mula tidak merasa seksi di usia 53 tahun.
Mula kelihatan tua di usia 55 tahun.
Ads
Mengikut laporan itu, wanita yang lebih dewasa dipandang lebih cantik dan menarik berbanding wanita muda. Turut disebut bahawa wanita berusia awal 30-an sebenarnya jauh lebih cantik berbanding wanita yang berusia 18, 19 atau awal 20-an.
Wanita berusia 30-an atau awal 40-an dianggap paling cantik kerana inilah ketikanya mereka memiliki aset hidup yang paling berharga iaitu kecantikan rupa, kematangan fikiran, keyakinan diri dan juga mungkin kemampuan ekonomi untuk melebihkan belanja bagi memanjakan diri.
Melahirkan bayi bukanlah satu perkara main-main. Ibu kena jaga kesihatan dengan betul. Sesi penjagaan ibu bersalin dipanggil sesi berpantang. Dalam tempoh ini, ibu selalunya menjaga pemakanan dan fizikal dengan baik.
Pun begitu, ada ibu-ibu yang masih tidak sihat walau sudah menjalani tempoh berpantang. Pakar berbidanan tradisional, Siti Aishah atau Kak Ice ada jawapannya.
Tanda-tanda ibu masih tidak sihat sepenuhnya selepas berpantang
1. Sakit kulit – seperti kulit tiba-tiba menjadi kering, mengelupas, dermatitis, ruam2 dan juga gatal2 yg ekstrem dan ia berpindah randah dari satu bahagian tubuh ke bahagian yg lain
Kalau ibu-ibu ada hadapi masalah kulit macam ni, jangan tunggu lagi ya. Ini menunjukkan anda masih belum sihat sepenuhnya.
2. Sakit kepala yg ekstreme and kerap. – Kalau ikut ilmu perbidanan, jika seorang wanita kerap sakit kepala selepas bersalin maksudnya si ibu menghidap masalah meroyan di mana darah kotor tidak habis dikeluarkan masa dalam pantang.
Sakit kepala kalau datang memang boleh buat perasaan tak tentu arah. Mana nak jaga kesihatan, mana nak jaga anak lagi. Betul tak ibu?
3. Kerap demam. – Kadang2 disertai dengan menggigil yg teruk. Bila diberi antibiotik, demam hilang. Tapi bila habis je antibiotik, demam datang balik
Ini satu lagi. Jangan anggap demam tu perkara biasa ya. Sila peka dengan kesihatan diri sendiri.
4. Mudah diserang alergi. – Sebelum bersalin boleh makan sesuatu makanan (contohnya ikan gatal atau seafood). Tapi habis je tempoh pantang, asal cuit sikit dah diserang alergik yg teruk.
Alergi atau alahan pun kena diperhatikan dengan betul.
5. Jerawat – petanda darah kotor tak habis keluar
Tumbuh jerawat di muka selepas habis berpantang maknanya badan kita tak keluarkan betul-betul darah kotor.
6. Bisul – petanda darah kotor tak habis dikeluarkan
Ini pun sama. Tanda darah kotor tak keluar habis.
7. Mudah diserang penyakit respiritori (pernafasan) – mudah terkena lelah dan asma.
Apabila kita ingin mendapatkan khidmat urut, sudah pasti perkara paling utama ialah kemahiran yang dimiliki. Sebab itulah, jutawan kosmetik, Bonda Rozita Ibrahim sanggup pergi mencari walau di mana sahaja mereka berada.
Beliau sendiri mengakui bukan mudah nak dapat seorang tukang urut yang mahir dengan ilmu yang ALLAH berikan. Menurut Bonda Rozita, tempoh tujuh bulan pun belum tentu dia dapat menemui tukang urut yang menepati cita rasanya.
Melalui instagram, beliau memberitahu bahawa jika ada yang mengenali tukang urut mahir, beliau sendiri akan menemui tukang urut itu untuk mencuba khidmat urut yang ditawarkan. Begitulah betapa terperincinya pemilihan tukang urut mahir bagi Bonda Rozita.
Saya akan test sendiri urutannya
Cari tukang urut yg mahir sgt susah.. 7 bulan blm tentu sy dpt sorg.. Merata2 tanya dan kalau dh jumpa sy akan dtg test sendiri urutannya. Selalunya mereka masuk ke kwasan pendalaman survey dr org2 setempat di kampung bertanyakan kebolehan pd penduduk setempat..
Kenal pasti tukang urut mahir
Sy pernah buat semasa arwah ayah sy sakit saraf dn tulang belakang ..Apa yg saya buat di rumah hutan merupakan kemahiran yang ada pada saya mengenalpasti tukang urut yang bagus untuk memudahkan orang yang ingin berikhtiar dengan cara berbagai teknik urutan dlm aura 6 sendi
Mahir mengurut ialah anugerah ALLAH
Tukang urut sy dapat mengenal urat2 yg menyelit dn saraf2 tenggelam utk dibetulkan..Ilmu Allah beri pd mereka sgt unik dn susah nk belajar..(belum tentu pandai..gifted dr Allah)..Slip disk..peranak keluar boleh masik balik..Susah gerak dn macam2 kebolehan yg ada diantara mereka..
VK setuju. Memang susah nak dapat khidmat tukang urut mahir ni. Memang ada yang belajar teknik mengurut. Tapi kalau dapat tukang urut yang memang pandai mengurut atas anugerah ALLAH ni memang amat bertuah. Senang cakap, tukang urut macam ni, dia sentuh-sentuh je tempat yang bermasalah tu, boleh sembuh.
Kalau ditanya rahsia mereka yang dah berusia tapi nampak awet muda, salah satu amalan mereka adalah makan ulam atau sayur.
Amalan mereka itu pula bukan sehari dua selalunya sejak zaman muda lagi.
Bagi anda yang mahu tampil awet muda 15 jenis ulam tempatan ini bolehlah diamalkan terutama bila usia dah memasuki 30 tahun.
Kaitan ulam/ sayur dengan nampak muda
Tapi sebelum itu serba sedikit khasiat sayur dan ulam-ulam ini dalam membantu memudakan wajah kenalah kita tahu. Jangan tahu makan saja!
Sebenarnya bukan saja ulam tapi apa saja sayur segar baik untuk kelancaran proses penghadaman dan pencernaan yang pada masa yang sama sangat berkait dengan kesihatan kulit wajah.
Kebanyakan sayur dan ulam ini kaya dengan vitamin C yang mana penting untuk penghasilan kolagen. Unsur kolagen inilah yang membuatkan lebih elastik dan kurang kedutan.
Kebanyakan sayur turut mengandungi karotenoid seperti beta karotin. Ia berfungsi melindungi kulit dari kesan sinar matahari dan radikal bebas yang menjadi punca penuaan kulit.
Ini senarai ulam untuk awet muda & kesihatan
Dah tahu kaitannya jom amalkan ulam-ulam ini yang khasiatnya bukan saja untuk awet muda tapi lebih daripada itu.
1. Pegaga
Ini ulam yang paling mudah sekali kalau nak amal. Ada saja di pasar atau di kedai makan. Selain buat ulam pegaga boleh dibuat jus atau dijadikan kerabu. Amalan minum air rebusan pegaga dikatakan boleh menaikkan seri wajah.
2. Ulam raja
Ulam raja hanya perlu dicuci bersih dan boleh terus dimakan mentah. Elok diamalkan oleh ibu dalam pantang. Antara khasiat ulam raja, bantu meremajakan kulit. Bolehlah diamalkan untuk awet muda.
3. Jantung pisang
Yang ni tak boleh makan mentah, ia perlu dicelur atau direbus terlebih dahulu. Jantung pisang ini tinggi serat dan mampu bantu elak sembelit.
4. Daun selom
Daun selom ini macam pegaga, banyak dihidangkan di kedai makan.Mengandungi pelbagai nutrien antaranya kalsium dan vitamin C.
5. Kacang botor/kelisa
Kacang botor boleh dimakan mentah atau dimasak. Tapi kalau nak lebih khasiat elok dijadikan ulam. Pilih yang muda dan segar untuk rasa yang lebih enak. Kaya dengan protein dan mineral.
6. Timun
Timun Jepun pun boleh. Ini antara ulam yang rangup. Boleh dimakan dengan apa jua menu. Dipercayai timun dapat mengatasi masalah sembelit dan gastrik.
7. Petai
Ini ulam kegemaran ramai.Biarpun bau petai kurang menyenangkan, tapi khasiatnya banyak. Kaya antioksidan dan serat.Boleh dimakan mentah, direbus atau dibakar tapi lagi sedap dimasak sambal.
8. Cekur
Ulam cekur ini sering juga digunakan oleh ibu yang sedang berpantang untuk kecutkan rahim dan membuang angin.
9. Bendi rebus
Selain untuk awet muda, khasiat bendi adalah menguatkan ingatan dan kecergasan memori. Ia juga sumber makanan yang baik untuk mereka yang mengalami masalah sembelit, merawat ulser, mengurangkan darah haid berlebihan, untuk meningkatkan kesuburan, melegakan bengkak dan radang.
10. Pucuk ubi
Khasiat lain pucuk ubi antaranya dapat mengurangkan sakit kepala manakala air rebusannya pula dapat meredakan masalah cirit-birit.
11. Kaduk
Ramai yang keliru dengan daun kaduk kerana bentuknya seperti daun sirih. Boleh dimakan mentah atau pun dicelur.Air rebusan daun kaduk pula dikatakan dapat melawas kencing, melegakan selsema, sakit pinggang dan sengal tulang.
12. Jering
Bau ulam jering ini lebih menusuk dari petai tapi mempunyai khasiat tersendiri kepada kesihatan. Antaranya mengawal kadar gula dalam darah, bantu kurangkan masalah anemia dan reput tulang. Tapi jangan amalkan berlebihan.
13. Terung pipit
Rasanya sedikit pahit, jadi sedap jika dimakan bersama makanan pedas. Boleh direbus hingga lembut dan amalannya dikatakan dapat melegakan sakit perut dan mengurangkan rekahan tumit kaki.
14. Rebung
Walau pun selalu dibuat masak lemak tapi, rebung juga boleh dijadikan ulam. Rebus dan hiriskan. Khasiat rebung membantu turunkan kolesterol, menyihatkan sistem pencernaan dan bantu proses detoksifikasi badan.
15. Peria katak
Ulam ini tak ramai yang suka kerana pahit. Tapi pahit itulah ubat. Ia dipercayai dapat bantu rendahkan tekanan darah tinggi dan kawal paras gula darah pada pesakit diabetes.
Dah tau khasiat dan kelebihan ulam ini jadi apa tunggu lagi, terus amalkan. Tapi apapun nasihatnya bagi yang ada masalah kesihatan eloklah dapat nasihat daripada doktor dahulu dan amalkan secara sederhana.