Makan

Chicken Tenders Homemade Yang Rangup & Juicy, Siap Dengan Sos. Buat Sendiri Lagi Jimat

Share

Chicken tenders ini antara makanan kegemaran anak-anak sekarang. Kalau makan di restoren makan segera atau kafe harganya boleh tahan mahal.

Walhal menu ini sebenarnya antara yang cukup mudah jika mahu buat sendiri di rumah. Menggunakan isi ayam boleh buat sekali dengan  sos ranch homemade yang sedap untuk dicicah.

Dikongsi oleh Syalfarina Razali, boleh guna resipi beliau untuk menghasilkan chicken tenders yang rangup dan juicy. Malah rasanya boleh jadi lagi sedap dari makan di restoren makanan segera. Jimat pun jimat!

Cara buat chicken tenders dan sos ranch enak

Bahan untuk chicken tenders

½ kg ayam bahagian dada, potong memanjang
1 sudu besar serbuk paprika
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit garam
Sedikit serbuk mixed herb (jika ada)
Tepung goreng segera (apa-apa jenama)
2 sudu besar tepung beras (campur sekali dengan tepung segera)
Air sejuk (dalam mangkuk berasingan)

Cara penyediaan

1. Cuci ayam bersih, kemudian gaul semua bahan perapan.

2. Simpan dalam peti sejuk dan perap selama 1 jam untuk rasa lebih meresap.

3. Selepas sejam ambil ayam perap dan buat tiga Langkah ini, celup dalam tepung tepung segera. Kemudian celup air sejuk akhir sekali celup tepung semula. Ulang hingga ayam habis.

4. Pastikan tepung bersalut sempurna untuk hasil rangup.

6. Goreng dalam minyak panas, 8–10 minit hingga keemasan. Angkat dan toskan.

Bahan sos ranch

2 sudu besar yogurt (Greek/pure)
4 sudu besar mayonis
2 sudu besar krim keju (cream cheese)
3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
2 sudu besar madu ( ikut manis yang disukai)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit serbuk mixed herb
Sedikit daun dill kering (jika ada)
Sedikit perahan lemon
Sedikit susu segar (jika perlu cairkan)

Cara penyediaan

1. Campur semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul sebati.

2. Rasa dan sesuaikan ikut selera. Siap!

TIP
  • Jika mahu hasilkan kuantiti banyak, gandakan sukatan ayam dan simpan frozen.
  • Chicken tenders ini sesuai juga dijadikan isi wrap, sandwic dan burger.

Sumber: Syalfarina Razali

Baca Lagi: Ayam Goreng Pandan Ini Bukan Saja Sedap, Aromanya Pun Harum. Cara Buat Pun Mudah

Published by
VK