Ramai yang sanggup membelanjakan wang berpuluh-puluh ringgit untuk memastikan rumah tiada bau yang tidak enak dengan membeli pewangi kediaman.

Sedangkan kita sebenarnya tak perlu pun keluar modal yang banyak untuk nyahkan aroma tak sedap di rumah. Hanya dengan menggunakan baking soda saja banyak masalah bau di rumah boleh diatasi. Boleh ikut cara ini.

1. Harumkan ruang dalam rumah

Selain menggunakan produk haruman rumah, kita juga boleh menyegarkan udara kediaman dengan menggunakan baking soda. Caranya, campurkan satu sudu serbuk penaik ke dalam air dan titiskan minyak esensial kegemaran. Semburkan campuran itu di bilik tidur atau ruang tamu.

2. Hilangkan bau peti ais

Adakalanya peti ais memang akan berbau disebabkan kita menyimpan pelbagai makanan di dalamnya. Bagi menghilangkan bau itu, cukup dengan meletakkan baking soda dalam piring dan biarkan ia di dalam peti ais. Serbuk itu akan menyerap bau kurang enak serta memberikan bau segar.

IKLAN
3. Nyah bau hapak karpet

Permaidani yang lembap dan kotor akan mengeluarkan bau yang kurang enak. Cara atasinya mudah, taburkan baking soda pada karpet anda selama 15 minit atau semalaman sebelum di vakum. Semua bau hapak akan hilang.

4. Hilangkan bau tong sampah

Untuk mengurangkan bau tong sampah di rumah taburkan serbuk penaik pada bahagian dasar tong. Ia akan bertindak sebagai penyerap bau.

IKLAN

5. Bau masam almari pakaian

Tidak perlu lagi membeli semburan penyegar pakaian, dengan baking soda pun boleh menghilangkan bau hapak dan masam pada pakaian yang disimpan dalam almari.

IKLAN

Caranya semburkan baking soda yang dibancuh dengan air pada pakaian atau meletakkan serbuk itu di dalam bekas dan letakkan di dalam almari.

Selamat mencuba!

Sumber:Mstar