Cuma Kisar Biskut Marie, Gaul, Sejukkan. Mudah Sangat Buat Bebola Coklat Cheese Ini, Tak Perlu Bakar Pun

Share

Nampak macam coklat Ferrero Rocher yang mahal tu, tapi bukan. Yang ini bebola kek coklat cheese ilham Iedaa Jahaya untuk anak-anaknya.

Tak guna bahan mahal sebab bahan utamanya cuma biskut Marie saja bersama coklat masakan dan cream cheese. Menarikkan! Cara membuatnya pun mudah, gaul dan sejukkan. Tak perlu bakar.

Nak cuba, ini cara membuatnya.

Bebola kek coklet bercheese dari biskut Marie

Bahan-bahan:

  • 1 paket biskut Marie – perisa coklat atau asli ikut suka
  • 250g cream cheese Tatura
  • Coklat masakan Berlys – 2 cawan
  • Gula aising secukupnya – jika mahu manis

Cara membuat

1. Kisar halus biskut Marie.

2. Gaul biskut bersama dengan krim cheese Tatura hingga sebati menjadi doh. Jika nak lebih manis boleh tambah gula aising.

3. Ambil sedikit doh dan buat bentuk bebola hingga habis. Ketepikan sekejap, Tak perlu bakar ya.

4. Cairkan coklat masakan guna kaedah double boiler.

5. Ambil bebola biskut dan golekkan dalam coklat cair supaya semua bahagian  diliputi coklat.

6. Boleh juga taburkan badam yang dipanggang sekejap.

7. Selepas bebola dicelup dalam coklat cair, angkat dan letak dalam paper cup. Masukkan terus dalam peti sejuk untuk keraskan coklat. 

Coklat dah keras boleh terus dimakan. Untuk kuantiti bahan di atas boleh dapat 50 biji biskut.

Selamat mencuba.

Sumber: Iedaa Jahaya

IKLAN