Meja lipat antara meja yang selalu ada di rumah, untuk mudahkan anak belajar terutama bila tiada meja khusus.
Tapi selain daripada tempat anak belajar dan buat kerja sekolah, meja lipat ini sebenarnya banyak lagi fungsinya.
Kalau ikut perkongsian Dinas Elni beliau, meja lipat yang awalnya jadi meja belajar turut dijadikan rehal, dulang malah juga frame gambar atau hiasan dinding. Caranya cuma tambah hook dan gambar sebagai hiasan. Ini juga katanya cara untuk sorok meja lipat.
Tip meja lipat serba guna dan mudah ‘sorok’
Walaupun PDPR anak-anak ada meja masing-masing, yang umur 7 tahun kena belajar mengadap juga berdepan gitu. Meja lipat ni sangat membantu.
Tapi lepas guna memang rasa serabut. Sekejap sandar tepi sana, sekejap situ, selalu hilang juga. So kat mana nak sorok dia? Kat tempat yang obvious. Terlalu obvious sampai orang tak tahu pun dia sebenarnya meja/dulang lipat.
Ads
Tambah hook & gambar
Tipsnya cari gambar cantik-cantik yang saiz sama besar dengan permukaan meja. Tampal situ. Kat sini ikutlah kemahiran masing-masing. Saya bercadang nak epoxy resinkan esok untuk protection gambar supaya tak kena conteng dan sebagainya.
Ads
Kemudian sangkut ke dinding. Jenis hook dan cara sangkut ada dalam gambar. Nak guna ambil, lepas guna letak semula.
Sebagai gambar ia takkan kumpul habuk sebab kerap dibawa turun. Saya memang tak suka frame gambar sebenarnya sebab faktor habuk ni. Now selain jadi meja, dulang dan rehal, ia juga jadi frame gambar.
Ramai tak tahu rupanya pintu peti sejuk rupanya boleh ubah arah bukaannya. Boleh ubah bukaan dari kiri ke kanan atau sebaliknya.
Kalau bahagian sebelah bukaan sedia ada agak sempit atau terhalang bolehlah tukar ya. Caranya pun tak susah sebenarnya dan dikongsi oleh Zuhri Mohamad melalui akaun TikTok miliknya.
Ujarnya untuk menukar arah bukaan pintu peti sejuk semua bracket dan pin yang ada perlu dialih di sebelah bertentangan.
1. Buka bahagian bracket bahagian atas, tengah dan bawah.
2. Buka dan pasang tapak kaki.
3. Pasang bracket sebelah kiri sebab nak buka sebelah kanan.
4. Buka semua pin pintu, untuk tukar arah.
5. Pasang semula di tempat yang sama di sebelah kiri
Kata Zuhri apa yang diperlukan untuk menukar arah pintu ini hanyalah skru driver dan star key saja. Memang boleh buat sendiri.
Meski sudah diuar-uarkan bahaya merokok tapi tabiat ini tetap juga sukar ditinggalkan terutama oleh golongan lelaki. Salah seorang daripada perokok tegar ini adalah penyanyi Singapura, Sufi Rashid.
Namun begitu selepas menyedari kesan merokok pada kerjayanya, peserta program realiti tv Akademi Fantasia 2015 (AF2015) ini tekad berhenti merokok.
Sufi berkongsi pengalamannya dan usaha yang dilakukannya untuk meninggalkan tabiat buruk ini walaupun sukar. Semoga ia dapat jadi panduan pada perokok tegar yang lainnya.
Saya ialah orang yang sangat kuat merokok sebelum menyertai pertandingan nyanyian di Malaysia, Akademi Fantasia 2015. Saya sangka saya dah cukup sihat. Lagipun jadual nyanyian saya di Singapura pada masa itu tak seketat sekarang. Apabila saya nak mulakan karier di Malaysia, saya cakap pada diri saya yang saya perlu bertahan selama 3 bulan akan datang di boot camp # AF2015.
Semasa di boot camp, setiap peserta kena lalui latihan vokal, sesi tarian dan latihan senaman seperti berlari. Saya terkejut, stamina saya sangat teruk! Masa itulah saya mula risau kalau tak boleh nak bagi tumpuan sepenuhnya.
Semasa sesi latihan untuk lagu yang saya perlu nyanyikan minggu itu, nyanyian saya adalah yang paling teruk yang pernah saya rasakan! Begitu buruk berbanding hari-hari ketika saya tidak merokok.
Susah betul nak nyanyikan not yang tinggi. Mulalah risau tak dapat nak bertahan lama dalam pertandingan tu. Saya mula sedar yang saya kena berubah. Ubah gaya hidup dan salah satu perkara utama yang saya nak buat ialah berhenti merokok.
Sufi akui lebih sihat selepas berhenti merokok.
Apabila saya mula cuba berhenti merokok, memang nampak perubahan pada diri. Memang rasa sakit sikit dan suara saya seakan stuck terutama masa nyanyi not tinggi. Saya minum banyak air dengan harapan paru-paru saya boleh sembuh. Saya tak pernah sangka yang merokok ni boleh buat saya ‘menderita’ macam ni.
Semua yang saya lalui ni membuatkan saya bertambah benci dengan rokok dan saya tanya diri sendiri ‘kenapalah aku boleh mula merokok dulu?’ Saya tak henti berharap yang saya perlu cepat sihat setiap minggu supaya dapat fokus dengan lebih baik pada pertandingan nyanyian tu.
Tiga bulan selepas itu, saya menang AF2015. Suara saya bertambah baik. Selain dari latihan vokal yang saya dan jalani, usaha saya untuk benar-benar bebas rokok turut memainkan peranan penting dalam hal suara ini.
Anda mungkin mempunyai kekuatan untuk menyanyi, tetapi jika stamina anda teruk, anda tidak dapat mempertahankan teknik nyanyian yang betul dalam setiap lagu. Melalui kehidupan bebas rokok juga membuatkan saya sedar yang saya boleh simpan duit yang banyak juga setiap hari.
Daripada merokok, saya kini memilih aktif berlari dan berenang untuk membina stamina saya untuk menyanyi. Inilah rutin harian saya sekarang! Setiap hari, terdapat begitu banyak #BetterThingsToDo dan kegembiraan.
Sentiasa percaya untuk mengejar impian anda dengan cara yang betul! Post ini untuk korang di luar sana yang ingin capai impian besar! Ini hanya sebahagian daripada cerita saya. Anda ada pengalaman yang sama? Jom kongsi.
Banyak kediaman sekarang menggunakan pintu sliding. Antara masalah selalu berlaku bila pintu ini dah lama digunakan adalah pintu sliding jadi tersekat dan susah untuk ditarik atau ditolak.
Bagi mengatasi masalah yang biasa dihadapi ini boleh ikut cara yang dikongsi oleh Jason_jezi di akaun Tik Tok miliknya. Mudah saja rupanya untuk betulkan.
Ujarnya masalah pintu sliding susah ditarik atau ditolak berlaku kerana skru pintu longgar mengakibatkan pintu sliding turun. Jadi lakukan perkara berikut;
1.Cari lubang skru di bahagian bawah pintu sliding kemudian ketatkan menggunakan screwdriver.
2.Apabila dah diketatkan pintu yang turun tadi akan naik semula. Selesai masalah pintu susah nak tarik.
3.Selain itu pintu sliding boleh jadi tersekat-sekat kerana ada kotoran seperti pasir pada rail. Jadi lap dan bersihkan kotoran.
Anak makan terlalu memilih? Elakkan memaksa. Jadual makan, pendedahan berulang dan pemantauan tumbesaran antara langkah penting untuk membantu mereka menerima lebih banyak makanan.