Ramai tak tahu rupanya pintu peti sejuk rupanya boleh ubah arah bukaannya. Boleh ubah bukaan dari kiri ke kanan atau sebaliknya.
Kalau bahagian sebelah bukaan sedia ada agak sempit atau terhalang bolehlah tukar ya. Caranya pun tak susah sebenarnya dan dikongsi oleh Zuhri Mohamad melalui akaun TikTok miliknya.
Ujarnya untuk menukar arah bukaan pintu peti sejuk semua bracket dan pin yang ada perlu dialih di sebelah bertentangan.
1. Buka bahagian bracket bahagian atas, tengah dan bawah.
Ads
2. Buka dan pasang tapak kaki.
3. Pasang bracket sebelah kiri sebab nak buka sebelah kanan.
Ada yang geli tapi ramai juga yang suka dengan hidangan kaki ayam. Punya isi yang lembut kalau dibuat sup, kerabu atau masak kicap memang sedap.
Bagi yang gemar makan kaki ayam, untunglah sebab makanan ini dikatakan punya banyak kolagen yang diketahui memang membantu menumbuhkan sel atau dalam erti kata lain awet muda.
Tapi betul ke? Kalau tak puas hati, ini penjelasan Dr Fatimah Salim tentang khasiat kaki ayam.
Perkataan kolagen berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud ‘bersifat lekat atau menghasilkan pelekat’. Kolagen merupakan sejenis protein semulajadi yang banyak terdapat pada haiwan bertulang belakang (vertebrate) termasuk manusia.
Kolagen banyak ditemui pada kulit (memberikan keanjalan), tisu penghubung seperti tendon dan ligamen (memberikan kekuatan tegangan) serta tulang rawan (memberikan fleksibiliti dan kekuatan).
Ya, betul. Kaki ayam sememangnya mengandungi kolagen lebih dari 20% kolagen. Kebanyakkan kolagen ini akan terhidrolisis membentuk gelatin jika mencapai suhu 60-65 degree Celsius. Memandangkan suhu memasak kaki ayam yang pastinya mencapai tahap air mendidih (lebih dari 100 degree Celsius disebabkan sifat colligative) maka sudah tentulah kolagen telah bertukar kepada gelatin.
Elok. Walaupun gelatin dikategorikan sebagai protein kualiti rendah kerana kandungan amino asid utamanya telah termusnah (denatured), namun kajian saintifik telah membuktikan pengambilan gelatin mampu menumbuhkan rambut dan kuku, merawat penyakit sendi termasuk osteoarthritis.
Sembuhkan luka
Menurut penelitian, proses pemulihan seperti penyembuhan luka atau demam boleh berlaku lebih cepat dengan makan lebih banyak sup kaki ayam. Ini kerana kaki ayam memiliki nutrisi yang lengkap untuk memperbaiki sistem imun dan meningkatkan kesihatan keseluruhan.
Buang toksin
Kaki ayam yang dijadikan sup juga boleh mengeluarkan toksin yang terperangkap dalam badan anda. Tanda-tanda toksin banyak anda mungkin alami masalah sembelit. Jadi salah satu cara untuk mengeluarkannya adalah makan sup kaki ayam.
Baik untuk jantung
Kaki ayam sangat baik untuk meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan menguruskan kadar denyutan jantung agar berfungsi dengan optimum.
Ia juga dikatakan dapat mengekalkan emosi seimbang dan mengurangkan tahap stres.
Walaupun ada banyak khasiat tapi kena makan berpada-pada, makan berlebihan pun ada mudaratnya.
Hidangan sushi dari negara matahari terbit ini memang semakin disukai ramai. Sebab itu sekarang kita lihat di pasar malam pun dah jual makanan ini.
Sushi ini kalau nak buat sendiri pun boleh sangat. Ikut saja cara yang dikongsi oleh CtRohani Abu Iban ini, memang ringkas dan bahannya pun mudah. ‘Hantu’ sushi boleh buat ya.
1. Sediakan bahan-bahan iaitu;
-Beras sushi (guna beras sumo).
-Seaweed (ada jual yang asli & spicy)
-Penggulung sushi
-Sedikit garam dan gula.
2. Ini pula bahan inti sushi;
-Timun jepun (dihiris panjang).
-Telur dadar (dipotong memanjang).
-Crab stick (dikukus, lepas kukus nak belah dua pun boleh)
3. Cuci beras (sekali cuci saja). Kalau guna 1 cawan beras maka air 2 cawan (2 kali ganda). Kemudian masak macam nasi biasa.
4. Bila nasi dah masak, ketika masih panas tambah sedikit garam dan juga gula.
5. Kemudian gaul bagi rata garam dan gula tadi. Tutup periuk dan tekan on semula. Biarkan sekejap (dalam 5 minit).
6. Letak seaweed atas buluh penggulung.
7. Ambik sedikit nasi dan ratakan. Pastikan ikut alur buluh. Pastikan jugak nasi sentiasa panas untuk dapatkan sushi yang mampat bila digulung.
8. Susun memanjang bahan-bahan yang sudah dipotong dihiris tadi untuk jadikan inti sushi.
9. Dah siap gulung, biarkan separuh sejuk. Kemudian bolehlah potong.
Siap! Sushi ini boleh dimakan dengan cicah kicap cair atau mayonis. Nak makan dengan sambal pun boleh.
Nak kurus tapi sukar hindarkan makan nasi. Ramai yang dalam kategori ini. Tapi sebenarnya boleh saja makan nasi tapi gunakan cara yang dikongsi oleh Dr Syid Ayob Al Qudri ini.
Menurut beliau jika nak kurus dalam masa yang sama mahu makan nasi kena tukar cara masak nasi. Kita kena masak nasi macam orang dulu-dulu tanpa guna rice cooker.
Ujar Dr Syid dalam perkongsian di akaun Tik Tok miliknya , cara masak nasi mempengaruhi berat badan. Ini kerana dalam nasi ada dua jenis kanji;
1. Kanji baik – Amylose 2. Kanji jahat – Amylopectin
Kanji baik lambat ini lambat terurai dan akan diserap dalam darah secara perlahan-lahan.
Manakala kanji jahat Amylopectin pula muda terurai (struktur bercabang-cabang dan lebih cepat dicerna dan menaikkan gula dengan cepat.
Ini menyebabkan anda mudah rasa lapar, mengantuk selepas makan, masalah rintangan hormon insulin dan leptin.
Jika nak kurus kita kena cuba buang kanji jahat ini. Macam mana ia dilakukan? Kenalah masak nasi secara trasional. Masak nasi tanpa gunakan rice cooker.
Bila nasi mendidih, sebelum kita kecilkan api kaut keluar atau buang buih buih yang ada pada atas nasi.
Kalau nak tahu dalam buih itu mengandungi Amylopectin. Buih-buih sewaktu nasi menggelegak mempunyai kandungan kanji jahat yang tinggi.
Kanji jahat ini mempunyai kemampuan mengembang dalam air panas menyebabkan buih-buuih yang banyak ketika masak nasi.
Jadi bila buih ini sudah dibuang nasi yang dimasak cuma mengandungi kanji baik iaitu Amylose yang sihat.
Tapi kalau masak nasi guna ricecooker walau mendidih dia akan masuk semula ke dalam nasi. Sebab kita tak buka rice cooker.
Oleh itu juga nak guna rice cooker waktu menggelegak boleh cuba keluarkan buih buih ini.
Untuk video penuh penjelasan Dr Syid Ayob boleh klik SINI
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...