Curah 2 Bahan Ini Supaya Tak Berlaku Lagi Masalah Singki Tersumbat, Buat 4 Bulan Sekali

Share

Tidak dinafikan kerja membasuh pinggan mangkuk jadi leceh apabila berhadapan dengan masalah singki tersumbat.

Biasanya ia terjadi disebabkan lebihan makanan atau kuah berkumpul hingga menyebabkan saluran paip menjadi tersumbat sekali gus mengeluarkan bau tidak enak.

Gambar sekadar hiasan.

Sebenarnya ada cara paling mudah dikongsi pengguna Norliza Zakaria

bagi mengelakkan masalah ini.

Menurutnya cara ini boleh dllakukan setiap empat bulan dan bukanlah menunggu ketika singki mengalami masalah berkenaan.

Hanya dengan menggunakan dua bahan bermodalkan sekitar RM6.40, insya-Allah kita tidak akan berdepan dengan masalah singki tersumbat ladi.

Cara elak masalah singki tersumbat

Bahan diperlukan:
Cuka – RM3.50
Soda bikarbonat – RM2.90
Air panas – baru mendidih

Caranya;

1. Taburkan soda bikarbonat pada lubang di sinki. Letakkan banyak-banyak

2. Biarkan seketika.

3. Kemudian curahkan cuka. Hati-hati kerana akan berasap hasil tindak balas soda dengan cuka. Biarkan selama 10 minit.
4. Kemudian curah air panas.  Lemak, kotoran yang berkumpul akan pergi bersama air panas yang dituang dalam saluran.

Selamat mencuba.

Artikel berkait:

DIY Langsir Tutup Ruang Bawah Sinki, Barulah Dapur Nampak Kemas

Tak Payah Berpeluh Pakai Pam Atasi Sinki Tersumbat, Guna Cara Mudah Ini

IKLAN