Masalah singki tersumbat memang buat kaum ibu terutamanya stres. Nak masak pun takde mood dibuatnya bila air bertakung saja dalam singki.
Sebelum panggil plumber untuk selesaikan masalah singki tersumbat ini, sebaiknya cuba dulu di bawah. Kalau menjadi jimat duit caj plumber yang dah tentu ratusan ringgit juga.
1) Gunakan campuran serbuk penaik dan cuka
Untuk baiki singki tersumbat, boleh guna serbuk penaik dan cuka. Campurkan anggaran satu per tiga cawan serbuk penaik dan satu per tiga cawan cuka ke dalam sebuah bekas.
Sebaik saja campuran itu berbuih, tuangkan ia ke dalam saluran singki yang tersumbat. Biarkan sebentar dalam 10 minit untuk tindak balas berlaku, kemudian curah air panas ke dalam singki untuk bilas campuran itu.
2) Gunakan campuran garam kasar dan air panas
Ads
Cara ini paling mudah untuk dilakukan kerana ia hanya memerlukan garam yang sudah tersedia di rumah. Semua rumah pastinya mempunyai garam bukan?
Jika mahukan hasil yang lebih mantap, disyorkan guna garam kasar. Tabur sahaja garam kasar ke dalam singki tersumbat tersebut. Selepas tu curahkan dengan air panas.
Melalui cara ini, sisa makanan dan kotoran akan terlarut dan sinki anda akan berfungsi seperti biasa dengan sekelip mata.
Ads
3) Gunakan campuran garam dan serbuk penaik
Selain serbuk penaik dan cuka, satu lagi cara pula adalah kombinasi garam dan serbuk penaik.
Kombinasi kedua-dua bahan ini juga mampu untuk melancarkan singki yang tersumbat. Hanya perlu mencampurkan satu per empat cawan serbuk penaik dan juga satu per empat cawan garam.
Ads
Kemudian, tuangkan campuran kedua-dua bahan ini ke dalam lubang singki yang tersumbat. Dalam masa yang sama jika anda mahu hilangkan bau busuk akibat singki yang tersumbat, tambahkan sahaja satu per dua cawan cuka atau air limau.
4) Sabun pencuci pinggan mangkuk
Semua jenama sabun pencuci pinggan boleh digunakan untuk teknik ini, ia hanya memerlukan beberapa sudu sabun pencuci ini berserta dengan air panas sebanyak dua liter.
Kebiasaannya, saluran air singki dapur ini mudah melekat dengan minyak dan juga gris sisa makanan. Jadi, dengan adanya sabun pencuci pinggan ini ia boleh membantu untuk melarutkan sisa makanan dan sisa minyak itu.
Hampir setiap bulan menyimpan di Tabung Haji sebaiknya kita periksa penyata kewangan. Tambahan pulak sekarang banyak kes duit hilang termasuklah yang membabitkan Tabung Haji.
Sebenarnya kita tak perlu pun susah-susah beratur di kaunter untuk periksa penyata ini. Boleh guna saja aplikasi THiJari yang sudah sedia ada sejak tahun 2020.
Langkah check penyata kewangan Tabung Haji tak perlu ke kaunter
Semenjak kes duit hilang di bank, ramai risau hilang duit simpanan di Tabung Haji. Malah ada yang minta diadakan semula buku simpanan Tabung haji.
Sebenarnya kita boleh periksa sendiri maklumat wang keluar masuk dan cetak penyata kewangan simpanan Tabung Haji kita melalui THiJARI. Cari “Ringkasan Akaun”. Caranya:
1. Install Apps THiJARI. Log in dan masukkan password.
2. Laman utama ada “Selamat datang”
3. Tekan menu di sebelah kiri atas.
4. Tekan Ringkasan Akaun.
5. Tekan nama yang mahu dicetak penyata.
6. Kemudian ada pilihan “Sejarah Transaksi” di sebelah kiri, dan “Penyata Akaun” di sebelah kanan. TEKAN “Penyata Akaun”.
7. Pilih nak muat turun PDF dan cetak mengikut bulan. Selesai!
Benda mudah boleh cetak sendiri kenapa perlu pergi Tabung Haji?
Selalu kerang sama ada kita rebus atau buat masak kerabu. Ataupun isi kerang kita kupas buat sambal dan juga masak rendang.
Tapi resepi ini lain sikit, kerang yang belum dikupas ini boleh juga dibuat masak sambal tumis. Hidangan ini memang sedap kalau diratah. Resipi ini adalah hasil perkongsian Nurul Ain Muhamad Hassan.
Sambal Kerang Tumis, Ratah Lagi Layan
Bahan-bahan
Kerang – dicuci bersih
Bawang besar – 2 biji dihiris
Serai – satu batang diketuk
Bawang putih dan bawang merah – dikisar
Cili kering -kisar
Daun kesum – dihiris
Bunga kantan – 1 batang dihiris
Daun bawang dihiris
Cara membuat:
1. Tumis bawang besar yang dihiris bersama serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang kisar lalu tumis hingga sedikit garing.
2. Masukkan cili kisar (sukatan ikut cita rasa pedas). Tumis hingga cili betul-betul masak dan pecah minyak.
3. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Kemudian masukkan hirisan daun kesum dan bunga kantan (jika suka). Kalau letak kantan ini rasanya akan jadi lagi sedap.
4. Bila sambal dah agak kering masukkan kerang yang dicuci bersih.
5. Tutup kuali dalam 5-10 minit kemudian taburkan bawang yang dihiris.
Pengisar atau blender di dapur kita selalunya akan berwarna kuning. Kesan daripada kekerapan mengisar kunyit, bawang dan juga cili.
Kesan kuning ini memang melekat dan takkan hilang walau disental dengan sabun. Jika nak hilangkan memang kena guna cara lain. Salah satunya dikongsi oleh Norhasbul Md Noor.
Cara bersihkan kesan kuning pada pengisar
Sediakan bahan berikiut;
1 genggam beras
2 biji limau nipis
Sedikit air
2. Masukkan semua bahan tersebut ke dalam pengisar bersama dengan sedikit saja air. Kemudian kisar beberapa minit bahan tadi.
3. Kemudian tuang bahan yang dikisar ke dalam bekas lain dan bilas pengisar.
4. Hasilnya kesan kuning yang melekat pada pengisar hilang. Jika masih ada baki kesan kuning boleh lakukan sekali lagi boleh memastikan ia bersih.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...