Kalau sudah ada tiga anak perempuan tentunya seorang ibu itu mengharapkan kehadiran anak lelaki pula. Paling tidak seorang, barulah terasa lengkap famili.
Namun bukanlah kuasa kita untuk menentukan jantina anak yang bakal dilahirkan. Segalanya adalah ketentuan Yang Maha Esa.
Tapi jika sudah ada berderet anak perempuan mungkin memerlukan usaha juga. Buat ibu bapa yang menginginkan kehadiran anak lelaki ikhtiar perkongsian Dr. Zubaidi Haji Ahmad bolehlah diusahakan.
Antara petua yang selalu diberitahu untuk mendapat anak lelaki berkait dengan pemakanan. Tapi menurut beliau secara saintifiknya belum ada kajian yang mengesahkan bahawa pemakanan akan menentukan jantina anak.
Namun ada kajian yang menunjukkan bahawa pemakanan mempengaruhi jantina anak yang dikandung oleh seorang wanita.
Ambil makanan berkalori tinggi
Dalam kajian yang dilakukan oleh saintis di Oxford dan Exeter Universities terhadap 740 wanita mendapati wanita yang mengambil makanan berkalori tinggi ketika proses ovulasi cenderung untuk hamil anak lelaki.
Makan pisang
Dalam kajian yang agak lemah, saintis melakukan kajian tersebut juga dapat membuktikan bahawa ramai wanita yang makan pisang dalam kuantiti banyak melahirkan bayi lelaki.
Ads
Ini kerana pisang mengandungi jumlah kalori yang tinggi. Jadi benarlah petua yang kita dengar sebelum ini mengatakan jika mahu dapat anak lelaki banyak kan makan pisang sebelum melakukan hubungan intim dengan suami.
Minum susu
Bahkan ada juga petua yang mengatakan minum susu sebelum hamil juga boleh membantu mendapatkan anak lelaki.
Makanan laut
Begitu juga dengan petua yang mengatakan bahawa makanan laut boleh menyebabkan ibu hamil anak lelaki. Tiada bukti dari segi sains perubatan tapi tidak salah mencubanya.
Ads
Perlu tahu
Untuk mendapatkan seorang anak, harus berlaku percantuman benih lelaki (sperma dan perempuan (ovum). Penentuan jantina pula bergantung kepada sperma yang bersenyawa dengan ovum kerana setiap sperma membawa kromosom Y untuk benih anak perempuan atau kromosom X untuk benih anak perempuan, manakala ovum pula hanya mempunyai dua kromosom X saja.
Sperma yang membawa kromosom Y selalunya lebih aktif dan bergerak menuju ke ovum dengan lebih cepat tetapi hanya mampu hidup pada waktu yang singkat sahaja. Ia hidup lebih lama dalam suasana rahim yang beralkali.
Sementara sperma yang mempunyai kromosom X bergerak lambat tapi hidup dengan lebih lama terutama dalam suasana rahim yang lebih berasid.
Sesetengah pakar perubatan berpendapat jika pH dalam faraj wanita dapat diubah menjadi lebih beralkali, kebarangkalian untuk mendapat anak lelaki lebih tinggi.
Ads
Basuh bahagian intim dengan cecair alkali
Oleh itu mereka mencadangkan setengah jam sebelum melakukan persetubuhan, si isteri membasuh bahagian intim dengan sejenis cairan yang mengandungi sodium bicarbonat’ yang bersifat beralkali menggunakan teknik ‘douching’.
Tak salah kita mencuba, kemudian serahkan segalanya kepada takdir-Nya. Jika bukan rezeki memiliki anak lelaki bersyukurlah jika anak yang dilahirkan itu sihat sempurna tak kira lelaki atau perempuan.
Barang berkebun, bertukang, kelengkapan untuk kereta dan sebagainya kadang-kadang memenuhi belakang dan depan rumah. Sampai serabut bila melihatnya.
Perkara yang sama dihadapi oleh Ira Hazwani. Tapi penyelesaian pilihannya memang mudah. Tak perlu bina stor di belakang rumah dengan bertukang sebaliknya dia membeli saja backyard storage readymade. Boleh order online dan pasang sendiri saja.
Idea backyard storage tanpa perlu bertukang
Gambar sebelum
Kata Ira, awalnya beliau ingin menempah kabinet tapi ada kerisauan kerana material kayu yang diletak di luar rumah boleh cepat rosak.
Kemudian tercetus idea untuk beli backyard storage yang besar seperti ini. Material Polypropylene Resin yang waterproof, weather resistant dan uv protected.
Semua barang-barang di belakang rumah dimasukkan dalam backyard storage ini dan susun barang supaya teratur. Penyapu, penyodok semua disimpan dalam ini.
Namun ujarnya kos backyard storage ini tidaklah murah sangat, harganya RM 2200. Jadi siapa yang ada budget lebih boleh. Memang puas hati sebab tiada lagi barang berselerak.
Kalau nak cari backyard storage macam ni, klik SINI, atau pun beli di SINI.
Salah satu sayur yang mudah ditanam adalah kangkung, biasanya dalam sebulan dah boleh tuai. Tapi kalau tak sabar nak tuai lebih cepat ada saja cara yang boleh dipraktikkan.
Seawal 10-14 hari lepas tanam dah boleh tuai kangkung untuk dijadikan hidangan. Tak perlu tunggu lama. Sesuai sangat untuk beginner supaya lebih bersemangat untuk terus bercucuk tanam. Kaedahnya boleh ikut cara yang ditunjukkan oleh Azuan Abdullah.
Kaedah tanam kangkung cepat tuai
Petang semalam, ajak anak-anak pakat tanam kangkung di tepi rumah. Kali ni kita tanam cara yang cepat berhasil. 2 minggu dah boleh tuai. Caranya sangat mudah dan simple.
– Biji kangkung disemai dulu dalam tray semaian. Lebih kurang 10 biji satu lubang tray.
– Bila dah usia 8-10 hari, baru pindah ke atas tanah. Jaraknya main agak-agak saja. Lebih kurang 4-6 inci antara perdu. Sayangnya tak dapat nak letak sungkupan terus sebab stok daun buluh habis.
– Syok tanam cara ni. Boleh pendekkan tempoh pokok berada dalam petak tanaman. 10-14 hari dah sedia untuk dibuat kangkung goreng belacan.
– Susunan pun nampak cantik, sejuk je mata bila memandang.
Kelebihan tanam cara ini;
1. Pendekkan tempoh pokok berada di tapak tanaman.
2. Kekerapan bertanam meningkat.
3. Pengurusan rumpai jadi mudah.
Nak makan ayam goreng crispy yang sedap mesti kita pergi ke dua restoren makanan segera ini.
Tapi apa kata lepas ini cuba goreng sendiri di rumah. Boleh ikut resipi yang diberi oleh Chef Hafiz Zam ini.
Tak memerlukan tepung serbaguna sebaliknya resipi yang diberi chef ini hanya menggunakan tepung yang biasa ada di rumah saja untuk buat salutan tepung yang garing. Boleh cuba ya!
Buat sendiri ayam goreng crispy ala KFC & McD
Bahan-bahan:
1kg ayam -dipotong
Bahan perapan:
Bawang putih -kisar
150gm tepung gandum (ikut kuantiti ayam)
80gm tepung jagung atau tepung beras
Garam – secukupnya
Stok ayam
6 biji telur
80gm serbuk cili (jika nak pedas)
Lada hitam (jika suka)
80ml air
Cara penyediaan:
Gaul semua bahan hingga sebati dalam mangkuk besar
Ambil ayam yang dah dipotong dan masukkan dalam bahan perapan yang siap digaul.
Perap selama satu jam supaya bahan perapan menyerap sempurna.
Bahan tepung untuk salutan menggoreng:
300gm tepung gandum
150gm tepung jagung atau tepung beras
Serbuk cili (jika mahu pedas)
Garam secukup rasa
Stok ayam
Lada hitam (jika suka)
Cara menggoreng:
Gaul semua bahan di atas hingga rata dalam mangkuk.
Ambil ayam yang diperap tadi dan salut dengan tepung.
Panaskan minyak dan goreng. Api jangan kuat.
Goreng lebih kurang 15 minit atau lebih ikut saiz ayam.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...