Tak Makan Nasi Tapi Boleh Tahan Puasa Sampai 19 Jam, Caranya Minum Susu Kurma Homemade

13281

 

Tinggal di luar negara tempoh berpuasanya cukup panjang tak sama macam di Malaysia. Hampir 19 jam dia perlu menahan lapar dan dahaga. Pada masa yang sama hamil pula. Tapi wanita ini tiada masalah untuk meneruskan ibadah itu.

Ini pengalaman Nana Ruzanna satu ketika dulu. Amalan untuk dia kekal bertenaga adalah minum susu kurma yang dibuat sendiri.

Menurutnya walaupun tidak makan nasi waktu sahur tapi amalan makan makanan sunnah ini membuatkan perutnya kenyang sepanjang hari malah tak letih.

Dia turut berkongsi langkah membuat susu kurma homemade yang jadi amalannya sejak 3 hari berpuasa. Menurutnya minuman ini juga elok diminum bagi anak-anak yang baru belajar berpuasa.

Ini adalah perkongsian beliau yang tentunya berguna sebagai persediaan puasa nanti.

19 jam puasa, pregnant pula tapi tiada masalah

Ramai yang tanya macam mana saya boleh bertahan puasa sampai 19 jam lamanya. Dah la pregnant pulak tu. Buat anda semua, kat sini saya nak share apa yang saya amalkan sepanjang saya puasa.

Saya start amalkan puasa hari ketiga sebab baru tau tip ni. Memang ada beza sangat dengan puasa yg terdahulu. Alhamdulillah walaupun bersahur tak makan nasi,(memang tak lalu makan berat disebabkan jarak antara berbuka dan imsak hanya 5 jam sahaja) InsyaAllah perut rasa kenyang je sepanjang hari. Badan tak letih sangat. Bila berbuka pun tak gelojoh makan macam-macam. Moga bermanfaat buat semua.

Kita cuma perlukan 3 bahan saja

  • 5 buji kurma
  • Air masak setengah cawan
  • Susu segar satu cawan

Jumlah kurma ikut citasa tapi digalakkan dalam bilangan ganjil untuk ikut sunnah nabi.

Cara membuat susu kurma homemade

1. Kurma dibuang biji dan isinya dicarik-carik.

Rendam dalam setengah cawan air masak. Biarkan rendam sampai kurma kembang. Biasa saya akan rendam dalam pukul 7 pm dan makan masa sahur dalam pukul 2.30. Buat yang di Malaysia sebelum tidur boleh rendam untuk minum ketika sahur esoknya. Kalau rendam sekejab pun takpe asalkan kurma itu kembang.

2. Bila kurma dah kembang, kisar dengan secawan susu segar.

Minum ketika penutup sahur. Kiranya dah nak imsak baru minum. Jangan lupa selawan kea atas nabi dan dia mohon Allah permudahkan puasa kita.

Insya-Allah perut kenyang dan badan kekal bertenaga sepanjang hari. Untuk anak-anak yang baru belajar nak puasa pun boleh amalkan.

Selamat mencuba.

Tinggalkan Komen