Bawang merah memang jadi bahan asas memasak hampir setiap hari. Apalah sedapnya masakan tumis kalau tak letak bawang kan.
Tapi bukan bawang itu saja yang cukup berguna untuk masakan, ramai tak tahu rupanya kulit bawang yang selalu kita buang itu juga ada kegunaannya yang tersendiri.
Berguna untuk yang suka bercucuk tanam
Ia cukup berguna buat mereka yang suka bercucuk tanam di rumah. Macam mana kegunaannya? Berikut adalah perkongsian dari Hazimah Imn Ismail Imn yang boleh kita praktikkan juga.
Ads
Caranya:
Ads
1. Selepas mengupas bawang merah, kumpul kulitnya.
2. Letakkan dalam besen dan tuangkan air. Rendam semalaman.
3. Keesokan hari gunakan air ini untuk menyiram atau menyembur tanaman.
4. Selain itu boleh juga tabur terus kulit bawang ini dalam pasu tanaman.
Ikan rebus antara lauk orang tua dulu yang kembali popular sekarang ini. Ikan yang direbus dengan garam atau pun asam keping ini memang sedap bila digoreng. Boleh ratah begitu saja.
Tapi kalau nak rasa ikan rebus yang berbeza, boleh cuba buat ikan rebus versi Thai pula. Kalau cara kita hanya guna garam dan asam keping, tapi mengikut resipi perkongsian Vi Ibi Haji Ariffin ini untuk menyediakan ikan rebus Thai banyak bahan lain yang direbus sekali bersama ikan.
1.Untuk 15-20 ekor ikan selayang, masukkan 2 ketul nise kerek, 6 batang serai, 1/2 sudu garam, 6 ulas bawang putih, asam keping segenggam dan limau purut 15 helai ke dalam periuk.
2.Masukkan ikan, nak letak cili pun boleh. Masukkan air sama paras dengan ketinggian ikan.
3. Rebus selama setengah jam, guna api kecil saja. Cuba rasa air rebusan sekiranya masin atau manis sangat tambahkan air panas.
4. Ikan rebus ini makin lama simpan dalam peti makin sedap. Bila nak makan boleh terus goreng.
Jika ketika ini ada yang sedang merancang membeli kediaman sendiri sebaiknya membuat pertimbangan yang teliti.
Memandangkan harga rumah bukanlah murah dan mungkin hanya kita beli sekali saja seumur hidup maka eloklah ambil kira tip dari pelabur hartanah Azizul Azli Ahmad sebelum membuat keputusan membeli rumah.
Berikut adalah 40 tip ringkas yang perlu kita ambil kira sebelum membeli rumah baik kediaman teres atau bertingkat.
Saya pernah tulis dulu ini sebagai ulang kaji semula tatapan kita.
1. Sebaiknya elakkan membeli unit paling tinggi bagi rumah bertingkat
2. Beli hartanah yang sedia ada atau sudah siap
3. Beli yang berpotensi untuk disewakan
4. Beli, sewakan dan simpan
5. Jangan terburu-buru membuat keputusan membeli
6. Elakkan membeli dekat tangga atau lif
7. Jauhi Kawasan yang negatif
8. Sebaiknya beli rumah yang minimum 3 bilik tidur dan 2 bilik air
9. Jika mampu, beli unit Corner Lot
10. Beli di persekitaran yang selamat dan harmoni
11. Beli yang tiada monopoli bangsa tertentu
12. Beli mengikut kemampuan atau bajet
13. Beli rumah yang baik pulangan atas pelaburan (R.O.I) yang tinggi
14. Jangan membeli rumah yang sudah lama atau terlalu berusia.
15. Beli rumah yang sediakan tempat letak kereta yang cukup
16. Beli yang berhampiran adanya kemudahan awam seperti Pasaraya, LRT, Balai Polis, Sekolah, Kolej, Universiti, Klinik, Hospital, Masjid dan lain-lain lagi
17. Beli di kawasan pertumbuhan tinggi dan pesat membangun
18. Jangan beli berdasarkan spekulasi atau cakap-cakap orang
19. Beli yang berhampiran jalan laluan utama atau lebuhraya
20. Beli 10%-20% di bawah harga pasaran semasa
21. Hartanah yang orentasi matahari betul
22. Hartanah orentasi kiblat baik
23. Hartanah menghadap hijau dan air
24. Ruang siling yang tinggi
25. Sebaiknya beli rumah yang lengkap atau adanya ubah suaian tersedia
26. Beli rumah di kawasan perumahan disediakan tangki air besar
27. Jangan beli di kawasan yang bermasalah seperti pernah berlakunya bencana alam seperti banjir.
28. Jangan beli di kawasan kadar jenayah yang tinggi @ ‘BLACK AREA’.
29. Jangan beli rumah yang mengadap kilang atau jalan raya.
30. Jangan beli rumah berhampiran kabel kuasa tinggi
31. Jangan beli hadapan tanah kosong yang tidak pasti apa tujuannya akan datang
32. Beli di kawasan kejiranan penduduk tetap bukannya ramai yang jadi penyewa
33. Beli berdasarkan margin gaji kita yang betul.
34. Jangan beli kerana ramai orang beli, belum tentu ianya berpotensi.
35. Jangan beli kerana emosi
36. Jangan beli sebab murah tetapi beli sebab ianya ada potensi.
37. Mulakan dengan kediaman kecil dan sederhana.
38. Mintak pandangan kedua sebelum beli rumah pertama
39. Rumah pertama sebaiknya rumah pelaburan bukan rumah idaman kita
40. Jangan guna pembiayaan kerajaan untuk rumah pertama, guna bank pun tak mengapa.
Kalau suka makan ulam-ulaman boleh jadikan kacang renek atau kacang duduk ini sebagai tanaman di rumah. Rasanya macam kacang panjang biasa tapi lebih manis.
Kelebihan tanam kacang jenis ini berbanding kacang panjang biasa, kacang renek ini mudah hidup dan tak perlu banyak tanah.
Boleh ditanam dalam pasu saja malah yang duduk di apartment kalau nak tanam pun boleh. Ia juga tak perlukan junjung atau pancang. Hasil pun cepat 2 bulan dah boleh tuai.
1. Benih kacang renek atau kacang duduk secara online di Shopee.
2. Cambahkan biji benih kemudian alih dalam pasu. Boleh letak dalam 3 anak benih dalam satu pasu.
3. Siram setiap hari dan pokok ini perlukan cahaya matahari terus.
4. Dalam tempoh 2 bulan boleh tuai hasilnya. Bila kacang dah matang, jangan biar lama terus tuai.
5. Tip supaya pokok kacang berbuah banyak kali, selepas habis berbuah, buang semua daun yang kering dan letak baja supaya naik pucuk baru dan berbuah lagi.
6. Sebaiknya letak di tempat pasu di tempat yang sedikit tinggi bila berbuah supaya kacang tak terkena tanah.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.