Dah Tak Perlu Pasang Lilin Lagi Kalau Blackout, Cuma Guna Lampu RM2 Terang Satu Rumah

Share

 

Selalu bila bekalan elektrik terputus atau blackout, ‘menggagaulah’ kita mencari lilin untuk terangkan rumah. Kalau ada anak kecil lagilah kritikal masa ini.

Dah tentu ada yang menangis sebab takut berada dalam gelap. Tapi sebenarnya gunakan lilin ada bahayanya. Dah banyak kejadian kebakaran berlaku gara-gara penggunaan lilin waktu blackout.

Sebagai alternatif guna lilin, standby saja lampu LED ini. Dibeli di kedai Eco dengan modal RM2 saja sekali petik terang satu rumah. Murah, mudah dan lebih selamat.

Idea ini dikongsi oleh Wan Emilia Eliyshah.

Inilah lampunya, kecil tapi padu kesannya.

Beli juga siap siap bateri saiz kecik ni. 1 lampu kena pasang 3 bateri.

Sekali bukak, perghhhhh!!! Sakit mata sebab terang gila.

So boleh lah cari barang ni kat kedai saka tu ya.

Sumber: Wan Emilia Eliyshah

Artikel Berkait

Tak Perlu Meraba Dalam Gelap, Pasang Lampu Ini Automatik Menyala Bila Ada Pergerakan

Nak beli lampu klik SINI

IKLAN