Semalam seluruh tanah air menyambut Hari Merdeka kali ke-61. Semalam juga merupakan hari bahagia buat pengarah filem, Aziz M.Osman yang menimang anak ke-8 buat dirinya.
Melalui instagram, Aziz telah memuat naik gambar isterinya bersama bayi mereka yang dikatakan baby merdeka kerana sama tarikh dengan ulang tahun kemerdekaan negara. Bayi itu selamat dilahirkan pada jam 10.23 malam.
Ini ialah anak kedua melalui perkahwinannya dengan Puteri Lily Lokman. Mereka berkahwin pada 6 Jun 2010. Anak pertama mereka, Puteri Nur Azzahra kini sudah berumur 6 tahun.
Sebelum ini, Aziz sudah mempunyai 6 anak melalui tiga perkahwinan terdahulu.
Kebelakangan ini anak gadis Norman Hakim dan bekas isterinya Abby Abadi kerap jadi perhatian.
Bertudung litup, belajar di sekolah agama dan pemalu membuatkan aksi Marissa Dania Hakim yang selalu dimuat naik oleh Norman nampak begitu comel.
Sebenarnya ramai yang mungkin terlupa bahawa anak ini sejak kelahirannya 12 tahun lalu sudah menjadi tumpuan media di Malaysia apabila Abby melahirkannya dalam kereta dibidankan oleh Norman Hakim sendiri.
Dalam kejadian yang berlaku pada 3 Julai 2005 itu Abby yang sarat mengandung tidak sempat tiba di klinik di Taman Melawati untuk bersalin.
Norman yang memandu pada masa itu terpaksa memberhentikan keretanya tak jauh dari rumah mereka di Ukays Perdana untuk menyambut kelahiran bayinya.
Ha…bayi itulah Marissa Dania Hakim yang kini sudahpun bergelar gadis sunti.
Mengimbas kisah Abby bersalin dalam kereta yang mendapat liputan meluas akhbar pada waktu itu ujar Norman dia menyangka Abby hanya mengalami sakit perut seperti kebiasaan wanita sarat mengandung memandangkan tarikh jangkaan bersalin belum tiba.
Namun begitu katanya selepas memandu lebih kurang 500 meter keluar dari rumah, Abby menjerit menyatakan bahawa kepala bayinya hampir keluar.
Tanpa berlengah dia berhenti ke tepi jalan dan terus menurunkan tempat duduk Abby lalu menyambut bayi dengan tenang dan diazankan.
Selepas membidankan Abby, Norman juga sempat menghubungi doktor untuk mengetahui cara memotong tali pusat namun dia diminta membawa terus bayi baru mereka ke klinik.
Lucunya sewaktu dalam perjalanan ke klinik kedua mereka ketawa mengingatkan apa yang berlaku malah sempat berhenti dua kali di tepi jalan untuk mengambil gambar kenangan menggunakan kamera telefon bimbit.
Tak sangka kan anak yang dilahirkan dalam kereta ini sudah menjadi anak gadis yang comel sekali.
Selain Marissa, Norman dan bekas isterinya Abby turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Mohd Danish Hakim yang kini berusia 13 tahun.
Bahagia dengan keluarga mereka sendiri, Norman yang mendirikan rumah tangga dengan Memey Suhaiza juga memiliki dua anak.
Menariknya mereka sekeluarga tetap menjalinkan hubungan yang baik dengan Abby walaupun tiada lagi ikatan dan dilanda konflik hebat satu ketika dulu.
Bertugas sebagai The clown, menghiburkan hati pesakit kanak-kanak secara tidak langsung menyebabkan Iskandar Syah Ismail mendapat banyak cenderahati. Tapi ada satu yang benar-benar menyentuh hatinya.
Disangka cenderahati biasa tapi selepas dibuka, ia rupanya berisi catatan dari ibu dan ayah seorang pesakit kanser yang telah meninggal dunia.
Mereka menulis tentang detik akhir sebelum pemergiaan anak mereka Ogos lalu. Catatan tersebut nyata sangat menyentuh hati.
Minggu lepas ketika bertandang ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru kami menerima ‘goodie bags’ daripada Puan Rafidah Abdullah, ibu arwah adik Amirul yang pernah kami hiburkan di wad kanser kanak-kanak HSI.
Goodie bags itu diagih-agihkan sempena majlis tahlil yang diadakan di wad oleh para ibu bapa pesakit pada setiap bulan, bagi memperingati anak-anak pesakit kanser yang telah meninggal dunia.
Bulan ini kami tidak dapat menyertainya kerana pertindihan jadual. Namun goodie bags itu masih disimpan oleh Puan Rafidah untuk kami, the clowns sebagai tanda kenangan. Terima kasih banyak-banyak!
Hanya malam tadi saya baru sempat membukanya. Di dalamnya ada cenderahati berupa bungkusan tuala kecil dan pinggan plastik serbaguna.
Apabila saya membuka bungkusan tuala itu, terdapat sehelai kertas yang dilipat kemas.
Lantas saya membukanya. Sangkaan saya ia kertas doa tahlil yang biasa diedarkan semasa majlis tahlil. Tekaan saya silap!
Rupa-rupanya ia adalah catatan ibu bapa seorang pesakit kanak-kanak bernama Izzul Hanif mengenai detik-detik akhir pemergian anaknya pada bulan Ogos yang lalu.
Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan berita taufan Mangkhut yang bergerak dari Filipina kini melanda Hong Kong. Malah pihak berkuasa mengeluarkan amaran taufan tahap 10. Amaran yang dikeluarkan The Observatory iaitu badan pemantau cuaca Hong Kong turut memaklumkan angin beserta ribut dengan kelajuan 175 kilometer sejam menyebabkan taufan itu bergerak 30 kilometer sejam.
Ekoran itu, pihak berkuasa penerbangan memaklumkan 889 penerbangan telah ditangguhkan atau dibatalkan. Salah seorang yang terkesan dengan hal ini ialah pelakon, Diana Amir. Lebih menyentuh hati ialah anak sulung Diana sendiri yang dapat ‘merasai’ akan hal ini.
Diana yang sedang hamil lapan bulan dan keluarganya sedang merancang hendak bercuti ke Hong Kong. Tempahan hotel dan penerbangan semuanya telah selesai. Namun, apabila Diana mendapat notifikasi daripada syarikat travel mengenai taufan ini, dia telah membatalkan perancangan.
Di instagram, Diana menceritakan mengenai apa yang anaknya katakan mengenai kapal terbang yang mungkin seperti petanda bahawa bakal berlaku taufan yang boleh mengancam nyawa jika mereka sedang berada nun jauh di atas pesawat.
Khawlah : Uncle tak bagi Khawlah naik flight ( sambil nangis , baru bangun ) .
Mummy : Kenapa uncle tak bagi, khawlah boleh naik flight, dont worry ok? .
Khawlah : Tapi tadi uncle cakap Khawlah tak boleh naik flight ( nangis lagi ) ? .
Puas nak kena pujuk dia.. That time i mcm meremang jugakla sbb kebetulan kitorg tgh plan2 nak pergi Hong Kong, tapi i mcm, takpe kot.. die mimpi je..
Our initial plan was to have our last #HDbabymoon kat Hong Kong last weekend 15-18 September, sekarang kan dah #8monthspregnant , pasni mesti takleh dah jalan2 , kalau dah lepas pantang nanti pun kena tunggu baby besar baru larat nak holiday kan? tapii Allah sebaik2 perancang . . ومكروا مكرا والله خير الماكرين
dah book semua aktiviti, hotel, but on 13 September dapat notification drp @klooktravel ttg Super Thyphoon Mangkhut ( May Allah ease their pain and hardship)
Diana trus msg husband and cerita pasal khawlah , maybe it’s a sign, that we have to cancel our trip . “safety first” husband cakap . Alhamdulillah for the technology, they get to forecast the weather.. can’t imagine if we were stranded there w broken windows, strong winds of 155km/h, (try tgk youtube video Thyphoon Mangkhut Flight, rasa xnak nak flight dah lepas ni.. ) confirm nangis dgn budak2 kecik @khawlah_khadija ni.. . . Dunia hanya sementara, kun fayakun, kalau Allah nak musnahkan sekelip mata je. Tapi Allah bagi teguran sikit2, supaya kita ada masa untuk bertaubat.. . . Kita mungkin tak “pergi” lagi, tapi kita pasti akan kembali padaNya . semoga saat itu husnul khotimah.. saat itu dalam keadaan beriman.. saat itu kita dalam rahmatNya.. Amin.. Ya Rabb ..
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...