Data Membimbangkan! Jumlah Kanak-kanak Hidap Kanser Di Pulau Pinang & Kedah Meningkat Terutama Kanser Darah

Share

 

 

Ketika ini bilangan pesakit kanser dilihat semakin bertambah bukan saja kalangan orang dewasa tapi juga kanak-kanak. Namun data yang diketengahkan Persatuan Sahabat Kanak-kanak Kanser Wilayah Utara lebih merisaukan.

Persatuan Sahabat Kanak-kanak Kanser Wilayah Utara menyuarakan kebimbangan berikutan jumlah kanak-kanak di kawasan ini yang dikesan menghidap barah menunjukkan trend peningkatan.

Jurucakapnya, Maznah Tayib berkata, berdasarkan data, kanak-kanak di negeri ini dan Kedah semakin terancam kepada penyakit berkenaan terutama melibatkan kanser darah.

Lebih membimbangkan, kata Maznah, ketika ini terdapat 250 kanak-kanak yang didiagnosis kanser di empat negeri berkenaan yang berada di bawah pemantauan pihaknya.

“Sebanyak 60 peratus disahkan menghidap kanser darah manakala selebihnya kanser tulang, kanser otak, kanser kelenjar dan kanser saraf,” katanya dalam Majlis Berbuka Puasa anjuran Kelab Permotoran Satu Hati (Satu Hati Bikers), di sini baru-baru ini.

Ditanya mengenai punca peningkatan jumlah kanak-kanak menghidap kanser, Maznah berkata, faktor pemakanan dan terdedah kepada persekitaran tercemar terutama toksik merosakkan asid deoksiribonukleik (DNA) jaringan darah pesakit.

“Ada yang mula dikesan seawal usia enam bulan dan bulan ini sahaja, terdapat 15 kes baharu di kesan dan mereka memerlukan bantuan masyarakat,” katanya.

Maznah berkata, walaupun pada waktu tertentu, jumlah pesakit menurun kerana ada yang meninggal dunia, namun masyarakat perlu didedahkan dengan kesedaran membantu pesakit.

 

 

Sumber: Utusan Online

 

 

 

 

IKLAN