Daun Kuning, Bergulung Tanda Pokok Sayur Terlebih Cahaya, Ikut Panduan Keperluan Cahaya Ini Supaya Tanaman Subur

Share

Tak semua pokok sayur yang kita tanam boleh didedahkan terus pada cahaya matahari. Ada yang hanya perlu sedikit saja kerana pendedahan kepada cahaya yang banyak boleh menyebabkan tanaman bermasalah. Pokok sayur boleh menguning dan daunnya bergulung.

Untuk itu panduan keperluan cahaya untuk tanaman ini perlu diketahui buat mereka yang banyak bercucuk tanam di rumah.

Keperluan tanaman pada cahaya untuk kesuburan

Jumlah cahaya matahari yang diperlukan tidak sama untuk semua tanaman atau sayuran.
Ada yang memerlukan;
-Cahaya penuh (bright sunlight),
-Cahaya separuh (medium sunlight), ataupun cahaya kurang/redup (low sunlight).
-Cahaya Penuh- Cahaya matahari lebih daripada 6 jam.
-Cahaya Separuh- Cahaya terus untuk 4-5 jam.
-Cahaya Kurang/Separa Redup- Cahaya untuk 2-4 jam.
-Redup- Cahaya kurang daripada 1 jam.

Pastikan tempat letak pokok sayur sesuai

Untuk tanaman yang hanya perlu cahaya separuh atau kurang, ia paling sesuai dijemur cahaya pada waktu pagi kerana matahari waktu petang terlalu terik. Kalau daun mula berkuningan atau bergulung, maksudnya tanaman itu:
1) kurang air,
2) terlalu banyak cahaya matahari, atau
3) terlebih baja.
Jadi, sebelum bermula menanam, pastikan tempat yang anda hendak meletak tanaman tersebut sesuai untuk tanaman.

Panduan ringkas sayuran mengikut keperluan cahaya matahari

Cahaya Matahari Penuh & Terus (Lebih daripada 6 jam):-


Jagung, tomato, kekacang, kacang polong, labu, tembikai, basil, selasih Thai, kentang, timun, kangkung, daun bawang, saderi, halia, bawang putih, serai.

Cahaya Matahari Penuh & Tidak Terus (4-5 jam):-
Brokoli, kubis, kubis Brussel, Kale

Cahaya Matahari Separuh (2-4 jam):-
Salad, bayam, bok choy, sawi, bit, lobak, pudina

Sumber: Mahadzir Hashim

IKLAN