Tak semua pokok sayur yang kita tanam boleh didedahkan terus pada cahaya matahari. Ada yang hanya perlu sedikit saja kerana pendedahan kepada cahaya yang banyak boleh menyebabkan tanaman bermasalah. Pokok sayur boleh menguning dan daunnya bergulung.
Untuk itu panduan keperluan cahaya untuk tanaman ini perlu diketahui buat mereka yang banyak bercucuk tanam di rumah.
Keperluan tanaman pada cahaya untuk kesuburan
Jumlah cahaya matahari yang diperlukan tidak sama untuk semua tanaman atau sayuran.
Ada yang memerlukan;
-Cahaya penuh (bright sunlight),
-Cahaya separuh (medium sunlight), ataupun cahaya kurang/redup (low sunlight).
-Cahaya Penuh- Cahaya matahari lebih daripada 6 jam.
-Cahaya Separuh- Cahaya terus untuk 4-5 jam.
-Cahaya Kurang/Separa Redup- Cahaya untuk 2-4 jam.
-Redup- Cahaya kurang daripada 1 jam.
Ads
Pastikan tempat letak pokok sayur sesuai
Untuk tanaman yang hanya perlu cahaya separuh atau kurang, ia paling sesuai dijemur cahaya pada waktu pagi kerana matahari waktu petang terlalu terik. Kalau daun mula berkuningan atau bergulung, maksudnya tanaman itu:
1) kurang air,
2) terlalu banyak cahaya matahari, atau
3) terlebih baja.
Jadi, sebelum bermula menanam, pastikan tempat yang anda hendak meletak tanaman tersebut sesuai untuk tanaman.
Ads
Panduan ringkas sayuran mengikut keperluan cahaya matahari
Cahaya Matahari Penuh & Terus (Lebih daripada 6 jam):-
Jagung, tomato, kekacang, kacang polong, labu, tembikai, basil, selasih Thai, kentang, timun, kangkung, daun bawang, saderi, halia, bawang putih, serai.
Cahaya Matahari Penuh & Tidak Terus (4-5 jam):-
Brokoli, kubis, kubis Brussel, Kale
Ads
Cahaya Matahari Separuh (2-4 jam):-
Salad, bayam, bok choy, sawi, bit, lobak, pudina
Kejadian jubin atau tiles kediaman meletup antara masalah yang selalu berlaku. Jika ia terjadi ia memang memeningkan pemilik rumah kerana sudah tentu melibatkan kos untuk mengganti semula selain rumah yang akan bersepah.
Selalu dikaitkan dengan punca jubin meletup atau terangkat ini adalah kerana pemasangannya yang tidak mengikut tahap piawaian yang ditetapkan.
Pemasangan konkrit yang tidak sekata pada semua bahagian jubin terutama bersaiz besar menyebabkan terdapat poket udara yang mengembang sekaligus menyebabkan jubin meletup.
Bagi memastikan perkara ini tidak berulang, cara pemasangan jubin perlulah betul terutama jika pemilik rumah ingin melakukanya secara DIY tanpa menggunakan khidmat tukang.
Tip pemasangan jubin yang dikongsi oleh Mohammad Kechiksetia boleh dijadikan panduan buat yang ingin melakukannya sendiri jika melibatkan jubin yang sedikit saja.
Tip pasang jubin untuk elak lantai meletup atau terangkat
Saja nak kongsi untuk tukang-tukang ataupun tuan rumah yang nak pasang tiles 2X2. Banyak berlaku kes tiles meletup atau terangkat. Untuk elakkan ia berlaku lagi cara pemasangan tiles ini boleh digunakan.
Langkah pertama bancuh simen gam dengan susu simen dan sapu pada tiles.
2. Kemudian biar simen kering contoh dalam sehari.
3. Esoknya untuk bancuh simen gam + susu simen biasa 1 simen gam 2 beg untuk lantai.
4. Kemudian pasang tiles yang dikeringkan semalaman itu di atas lantai.
Insya-Allah tak terangkat. Dah lama ikut cara ini sejak 2010, alhamdulillah tiada kes tiles meletup dan terangkat.
Kalau anda atau ahli keluarga lain tinggal di rumah yang dah lama, sila perhati atap atau bumbung yang digunakan.
Kalau masih guna atap asbestos seperti ini sila tukar secepat mungkin terutama sekiranya ia sudahpun pecah.
Tahukah anda bahawa atap ini diperbuat daripada asbestos yang terbukti menyebabkan kanser. Bahan tersebut adalah asbestos.
Bagaimana boleh menyebabkan terjadinya kanser ini? Menerusi penjelasan di halaman Public Health Malaysia, jika atap ini tidak diusik risiko mendapat kanser adalah sangat rendah.
Namun jika atap jenis ini pecah atau pun rosak dan anda terlibat secara langsung dalam mengendalikan asbestos, anda mungkin berisiko tinggi untuk mendapat radang asbestosis paru-paru dan juga kanser mesothelioma. Hanya dengan sebutir debu sudah cukup untuk mendapat kanser dalam tempoh 30 tahun akan datang.
Tanda-tanda kanser mesothelioma
Antara tanda-tanda asbestosis dan kanser mesothelioma adalah:
Sesak nafas
Dada terasa ketat
Batuk kering berpanjangan
Sakit dada
Kurang selera makan
Mudah penat
Demam
Berpeluh sewaktu malam
Penggunaan Asbestos dalam pembinaan atap bumbung rumah yang baharu di Malaysia telah diharamkan bermula pada tahun 1999. Tetapi terdapat juga rumah yang dibina sebelum itu yang masih menggunakan atap ini terutamanya rumah di kawasan setinggan.
Apa yang perlu kita lakukan?
1. Elakkan diri dan juga ahli keluarga yang lain pergi ke tempat yang menjadi longgokan atap ini
2. Pastikan atap bumbung rumah anda tidak lagi menggunakan atap asbestos ini. Jika masih ingin menggunakannya, pastikan atap ini tidak pecah keranan serpihan asbestosis ini boleh dihidu dan masuk ke dalam paru-paru
3. Elakkan daripada membakar atap ini. Kerana serpihannya boleh berterbangan ketika dibakar
4). Boleh hubungi Jabatan Alam Sekitar ataupun DOSH untuk mengetahui cara untuk melupuskan bahan ini.
Kalau kita buat air sirap, biasanya cuma letak sirap merah, gula dan daun pandan. Itu pun dah rasa sedap.
Tapi orang dulu buat air sirap memang lain macam, siap ada rempah lagi. Siapa yang pernah rasa air sirap atau sirap serbat ini memang takkan lupa. Air sirapnya terpaling sedap dan lain dari yang lain. Boleh buat stok, senang nak minum bila-bila.
Buat air sirap cara orang dulu-dulu
Siapa pernah minum sirap serbat, sirap orang dulu dulu? Mesti tau kesedapannya. Ini resipi sirapnya.
Bahan-bahan
1L air
1kg gula
1 sudu buah pelaga
1 sudu jintan manis
Daun pandan
3 sudu sirap merah
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan, masak sampai gula hancur dan mendidih.
2. Biarkan renih selama 2-3 minit kemudian tutup api.
3. Sejukkan dan tapis dalam bekas yang sesuai untuk disimpan.
4. Bila nak guna ambil sejumlah sirap serbat yang sesuai tambah air dan ais batu. Siap!
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...