DIY Baiki Drawer Rosak, Susah Nak Buka & Tutup. Cuma Tukar Rail Saja

Share

 

Drawer bila dah lama guna baik di kabinet dapur, di almari dalam bilik biasanya akan mengalami kerosakan pada rail.

Akibatnya susah nak buka dan nak ditutup, kena rentap barulah terbuka. Bila berlaku kejadian macam ini mulalah ingat nak beli baru.

Hakikatnya ini masalah kecil yang boleh kita baiki sendiri saja. Modalnya pun tak banyak. Apa yang perlu kita buat cuma ganti rail drawer saja. Caranya boleh ikut perkongsian Ahmad Ruim ini.

  1. Buka rail drawer yang rosak.

 

2. Inilah rupa rail yang rosak, rodanya tu dah takde, sebab itu susah nak buka.

3. Kita gantikan dengan rail yang baru, boleh beli di Shopee. Tapi sebelum beli periksa dulu ukuran rail supaya sama dengan yang asal.

 

Klik SINI untuk beli

4. Kemudian boleh pasangkan rail baru. Rail ini ada sepasang. Pastikan pasang di bahagian yang betul.

 

5. Siap, yang ini buka tutup lembut saja, macam laci ikea

 

Selamat mencuba!

Sumber: Ahmad Ruim

IKLAN