Drawer kabinet atau almari rosak memang biasa dialami bila beberapa tahu digunakan. Akibatnya drawer rosak ini susah nak buka dan nak ditutup, selalunya perlu direntap barulah terbuka.
Bila berlaku kejadian macam ini mulalah ingat nak beli baru. Hakikatnya ini masalah kecil yang boleh kita baiki sendiri saja. Modalnya pun tak banyak. Apa yang perlu kita buat cuma ganti rail drawer saja. Caranya boleh ikut perkongsian Ahmad Ruim ini.
Buka rail drawer yang rosak.
2. Inilah rupa rail yang rosak, rodanya dah tiada sebab itu susah nak buka.
Ads
3. Kita gantikan dengan rail yang baru, boleh beli di Shopee. Tapi sebelum beli periksa dulu ukuran rail supaya sama dengan yang asal.
Waktu PKP ini ramai yang ambil masa mengemas rumah. Tapi bila buat sendirian masalah utamanya apabila nak alihkan barang-barang terutama perabot.
Almari atau barang elektrik seperti peti sejuk, mesin basuh yang berat ini mana mungkin boleh diangkat sendiri. Mahu tak mahu kena minta bantuan orang lain juga.
Namun jika nak cepat selesai, boleh ikut tip yang dikongsi oleh Dinas Elni. Caranya dengan menggunakan beberapa keping vynil.
Tip yang dipelajari dari YouTube ini membolehkan dia mengalihkan banyak perabot dan barangan elektrik besar dengan mudah.
Ini cara kami alihkan perabot berat masa buat projek di rumah. Saya gunakan kepingan vynil jenis tampal untuk alihkan mesin basuh dan peti sejuk sewaktu proses mengecat rumah.
1. Caranya, cuma angkat satu sisi perabot berat dan selit masuk kepingan vynil. Angkat sisi satu lagi pula dan selit lagi kepingan vynil (boleh rujuk gambar).
2. Kemudian boleh tolak atau tarik dengan lebih mudah. Lantai tak calar, perabot pun tak rosak, paling penting barang mudah digelongsorkan. Yang rosak cuma vynil berpelekat saja.
3. Disarankan agar lebih mudah, guna empat vynil supaya boleh tolak lebih jauh. Bila dah sampai hujung sambung lagi dengan vynil seterusnya.
4. Supaya vynil tak jejaskan lantai, sebaiknya buka bahagian adhesive dan cantumkan dua keping jadi satu. Ia untuk elak bahagian berpelekat tertanggal protective sheet dan melekat di lantai.
Cara lain
Boleh juga guna kotak atau pun kain yang keras supaya tak koyak. Cuma guna vynil lebih mudah sebab ia licin dan barang mudah ditolak.
Seronok tengok biji benih sayur yang disemai bercambah, naik banyak. Tapi bila dah pindah ke pasu atau bekas, anak benih yang diharap hidup subur dan berhasil jadi sebaliknya.
Anak pokok hidup tapi tak membesar subur, dan ada juga yang mati selepas beberapa hari. Supaya anak pokok membesar bagai ‘juara’ boleh ikut tip yang dikongsi oleh Puan Liyana Mohd Poad. Beliau yang bercucuk tanam sekitar rumah memang selalu memberi panduan pada yang baru mula bercucuk tanam.
Saya cuma nak beri petua kepada ahli group yang nak pindahkan anak pokok dari tapak semaian.
Medium tanah apa yang hendak digunakan supaya anak pokok berjaya membesar sebagai juara. Dalam bracket itu ialah nisbahnya. Pokok pokok tanaman saya yang ada dalam gambar menggunakan nisbah tanah seperti di bawah;
Tanah hitam atau tanah organik(3) Tanah sawit atau tanah bakar (1) (Boleh guna guna topsoil atau tanah 6/8/10 in 1) Sekam bakar atau sekam mentah(1) Cocopeat halus(1) Pasir(3 genggam) Baja tinja ayam/kambing (2 sudu)
Gaul rata kesemua sekali dan biarkan selama 4-5 hari baru tanam anak pokok.
Jika tak ada tanah sawit atau tanah bakar boleh guna tanah hitam biasa atau tanah organik.
Ini semua hasil pokok menggunakan petua di atas.
Cili
Pak Choy
Tanam tepi rumah, bila guna campuran tanah ini elok naik subur pokoknya.
Tak nak lipas masuk kabinet, almari baju, bilik air dan sebagainya kita pun letak ubat gegat. Memang rutin ini kita buat sedari dulu. Rupanya salah ya, ubat gegat kegunaannya bukan untuk halau lipas!
Perkara ini dijelaskan oleh pengusaha Pest Control, Naim AJ Pest. Ujar beliau penggunaan ubat gegat untuk menghalau lipas hanya mitos saja. Berikut adalah perkongsian beliau.
Penggunaan ubat gegat untuk menghalau lipas boleh dikatakan mitos sahaja. Sebab saya sendiri pun pernah tengok lipas makan ubat gegat semasa buat kerja pest control. Jadi kalau bukan untuk lipas ubat gegat untuk serangga apa?
Sesuai dengan namanya Ubat Gegat, racun jenis ni sesuai dengan serangga yang bernama Gegat. Pernah dengar serangga nama gegat? Gegat atau nama lain dia Silverfish atau ulat buku. Orang selalu salah sangka serangga ini dengan anak lipan.
Mungkin ada yang tak pernah nampak, tapi sebenarnya serangga ini banyak kat rumah kita. Boleh dikatakan sama banyak dengan lipas. Serangga ini merupakan perosak dalam kategori Crawling Insect Pest. Ia tak berbisa, tapi boleh merosakkan banyak benda kat rumah kita.
Silverfish atau Gegat ini suka duduk dekat tempat yang lembap dan sejuk. Serangga ni dia boleh makan fabrik, kayu, buku, wallpaper dinding, sisa makanan dan macam-macam lagi. Tapi paling biasa kita akan jumpa dekat buku lama. Gegat paling suka makan gam pada kertas atau buku.
Jadi macam mana ubat gegat berfungsi hapuskan serangga ni ? Kalau korang nak tahu, silverfish ni bergerak laju dan pandai menyelinap. Agak susah nak hapuskan guna semburan aerosol biasa. Nak sembur aerosol kalau nampak baru boleh sembur.
Ubat gegat ini diperbuat daripada bahan Dklorobenzina atau Naftalena (Naphtalene). Dua jenis bahan ni merupakan jenis bahan bakar. Bau yang dihasilkan dari ubat gegat ni sebenarnya hasil dari gas yang meruap dari ubat gegat tersebut.
Gas dari ubat gegat dapat meruap ke segenap ruang tempat yang kita letak ubat gegat. Serangga gegat atau silverfish walaupun dia menyorok dekat celah lipatan baju atau kertas di tempat simpanan akan terkesan dengan gas dari ubat gegat ni.
Selain dari tu, ubat gegat juga berkesan untuk Moth dan Kamitetep. Sebab itu ubat gegat ini omputih panggil Moth Ball. Moth ni pembiak kepada Kamitetep.
Gas dari ubat gegat tak beri effect yang banyak untuk lipas, sebab lipas adalah serangga yang mudah imune dengan racun. Sebab itu lipas boleh selamba makan ubat gegat ini. Tak percaya try letak ubat gegat. Tengok lipas makin kurang atau makin banyak.
Penggunaan ubat gegat ni sebenarnya tak berapa bagus untuk kesihatan kita. Terutama untuk orang yg ada masalah penyakit G6PD.
Kesan untuk makanan pun agak kuat. Sebab itu bila kita letak ubat gegat di tempat simpanan makanan, makanan tersebut akan ada sedikit rasa dan bau ubat gegat.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.