DIY Baiki TV LED Gambar ‘Bergoyang’ & Bergaris. Cuma Guna Sellotape, Selamat RM350

Share

 

TV bila dah lama guna akan timbullah beberapa masalah. Antara yang biasa adalah gambar bergoyang dan ada garisan pada skrin.

Memang boleh tengok tapi peninglah jugak dengan kesan khas ini. Kerosakan macam ni kalau hantar baiki di kedai modalnya beratus ringgit juga.

Jadi kalau ada yang mengalami masalah kerosakan TV yang sama, boleh jadikan perkongsian Hairul Faiszul Sanusi sebagai rujukan untuk baiki TV. Modalnya cuma guna sellotape saja.

Percubaan pertama DIY repair TV. Berjaya!

TV yang dibaiki ialah model LED SHARP 50″.

TV bermasalah skrin, berlaku ‘short’ gambar goyang(rujuk gambar). Cuba tanya kedai repair TV katanya kos baiki dalam RM350 dan tak pasti boleh repair atau tak.

Terbaca posting dalam group Tukang Apa Hari Ini cara nak repair. Jadi cuba ikut step yang diberi, alhamdulillah berjaya. Rezeki, selamat duit RM350.

Bagi yang ada masalah yang sama bolehlah mencuba. Langkahnya seperti di bawah;

1. Buka casing

2. Pastikan jalur wayar putih (ribbon) yang attach antara board dan skrin LED.

3. Try n error cari jalur berlaku short. Tampal dengan sellotape.

4. Masukkan balik ribbon dalam clip. Pasang semula casing.

5. Ok, boleh test. Skrin dah ok,  jimat RM350.

Kalau nak lagi jelas boleh rujuk video ini

Sumber: Hairul Faiszul Sanuri

IKLAN