DIY Disinfectant Spray Untuk Bunuh Virus & Kuman. Senang, Cuma Guna 2 Bahan Saja

Share

Ketika penularan virus Covid 19 amat penting untuk kita membersihkan bukan saja diri tapi juga barang-barang di rumah bagi mengelak diri dari dijangkiti virus yang memang diketahui merebak melalui sentuhan.

Oleh sebab itu amat disarankan agar  setiap rumah mengadakan disinfectant spray supaya dapat membunuh  virus dan kuman yang mungkin kita bawa daripada luar dan melekat pada barang yang kita sentuh.

Disinfectant spray ini juga boleh dibuat sendiri jadi tak perlu bersusah payah keluar untuk membelinya. Caranya ada dikongsi oleh Syinorita Syahidah

Apa kegunaan disinfectant spray?

Untuk bunuh kuman atau virus yg melekat dekat permukaan. Tak kisah lah permukaan lantai, mangkuk tandas, perkakas rumah, atau pun pakaian.

Dah ada semburan ini boleh spray pada parcel yg kita beli online, barang-barang mainan anak, atau barang perkakas rumah (alat elektrik tidak boleh ye).

Kalau anak kerap demam atau kena influenza, DS ini elok diguna utk disinfection barang-barang dalam rumah.

Cara buat disinfectant spray

Bahan utk buat Disinfectant Spray ini hanya dua saja.

-Air
-Clorox bleach

  • Portion campuran untuk dua bahan ini ialah 5% Clorox campur dgn 95% air.  Kalau guna 400ml air letak 20ml Clorox

  • Kegunaan Clorox untuk bunuh kuman dan virus memang dah tertera di kemasan ya. Boleh baca dulu.

  • Dah siap boleh masukkan dalam apa-apa botol dan labelkan. Cara guna; hanya perlu spray dan biar sampai kering. Tak perlu lap.
  • Kalau beli parcel online, jangan buka parcel dulu. Spray dan biarkan at least 5 ke 7 minit baru boleh buka dan sentuh.
  • Diingatkan supaya letak semburan ini di tempat yg selamat dan jauh dari anak kecil.

Sumber: Syinorita Syahidah

 

 

IKLAN