Ketika penularan virus Covid 19 amat penting untuk kita membersihkan bukan saja diri tapi juga barang-barang di rumah bagi mengelak diri dari dijangkiti virus yang memang diketahui merebak melalui sentuhan.
Oleh sebab itu amat disarankan agar setiap rumah mengadakan disinfectant spray supaya dapat membunuh virus dan kuman yang mungkin kita bawa daripada luar dan melekat pada barang yang kita sentuh.
Disinfectant spray ini juga boleh dibuat sendiri jadi tak perlu bersusah payah keluar untuk membelinya. Caranya ada dikongsi oleh Syinorita Syahidah
Apa kegunaan disinfectant spray?
Untuk bunuh kuman atau virus yg melekat dekat permukaan. Tak kisah lah permukaan lantai, mangkuk tandas, perkakas rumah, atau pun pakaian.
Dah ada semburan ini boleh spray pada parcel yg kita beli online, barang-barang mainan anak, atau barang perkakas rumah (alat elektrik tidak boleh ye).
Ads
Kalau anak kerap demam atau kena influenza, DS ini elok diguna utk disinfection barang-barang dalam rumah.
Cara buat disinfectant spray
Bahan utk buat Disinfectant Spray ini hanya dua saja.
Ads
-Air -Clorox bleach
Portion campuran untuk dua bahan ini ialah 5% Clorox campur dgn 95% air. Kalau guna 400ml air letak 20ml Clorox
Ads
Kegunaan Clorox untuk bunuh kuman dan virus memang dah tertera di kemasan ya. Boleh baca dulu.
Dah siap boleh masukkan dalam apa-apa botol dan labelkan. Cara guna; hanya perlu spray dan biar sampai kering. Tak perlu lap.
Kalau beli parcel online, jangan buka parcel dulu. Spray dan biarkan at least 5 ke 7 minit baru boleh buka dan sentuh.
Diingatkan supaya letak semburan ini di tempat yg selamat dan jauh dari anak kecil.
Kalau kita jenis yang banyak bekerja di luar selalu terdedah pada matahari atau pun waktu nak pergi bercuti penggunaan sunblock atau krim perlindungan cahaya matahari tersangatlah penting.
Dalam keadaan cuaca di negara kita yang sentiasa panas, penggunaan sunblock atau krim perlindungan cahaya matahari tersangatlah penting.
Terutama sekali kalau banyak bekerja di luar atau pun mahu bercuti di kawasan pantai.
Tapi bagaimana cara korang memilih sunblock? Selalunya bila tengok krim dengan kadar SPF tinggi kita rasa itulah yang palingt elok. Sebenarnya cara itu tak tepat.
Berikut adalah perkongsian Dr. Erna Nadia dari Medical Mythbusters Malaysia tentang cara pemilihan sunblock yang tepat.
SPF adalah singkatan untuk sun protection factor. Kita wajib pakai sunblock setiap hari disebabkan lapisan atmosfera kita yang semakin menipis.
Kenapa kita wajib lindungi kulit kita dari pancaran terik matahari?
Kerana kulit akan semakin menipis dan ingin kurangkan risiko masalah kulit (jerawat, jeragat,kulit menipis) dan kanser kulit.
Kalau kita tengok di produk-produk sunblock ada tulis SPF15, SPF30, SPF50. So yang mana yang sesuai dengan kita?
SPF ini adalah kiraan yang merujuk kepada seberapa lama ianya boleh melindungi kulit kita dan seberapa kuat sesuatu produk itu kepada kulit kita.
1. Cara kira seberapa kuat ianya boleh melindungi kulit kita
Kita ambil contoh SPF 15. Kita perlu tolak satu dari nilai spf itu. Misalnya, spf 15 bermaksud (15-1)/15 iaitu 0.93. So, 93% sunblock itu dapat lindungi kulit kita dari sinaran uv.
Jika spf30, 96%.
2. Setiap warna kulit adalah berbeza untuk pertahanannya terhadap sinaran uv. Untuk kulit putih, biasanya hanya boleh bertahan 10 minit. Kulit kuning langsat, biasanya 15 minit
Kulit sawo matang, 20 minit.
Semakin gelap kulit kita, semakin kuat ianya mampu bertahan di bawah sinaran UV kerana kandungan pigmen melanin yang tinggi.
Contoh kiraan:
Untuk orang berkulit putih, jika dia menggunakan SPF 15, maka sunblock itu mempunyai masa lebih kurang 15×10=150 minit untuk bertahan. Untuk kulit sawo matang, 15×20= 300 minit.
Ok, boleh faham ke setakat ni?
Selain dari nilai SPF, kriteria lain untuk memilih sunblock adalah, ianya perlulah mempunyai perlindungan dari sinaran UV ( ultraviolet ) A & B.
UV A adalah sinaran UV yang boleh menembusi lapisan kulit. Ianya menyebabkan kulit menjadi tua ( penuaan) , berkedut, kusam dan masalah dalaman kulit yang lain.
UV B pula adalah sinaran yang tidak menembusi lapisan kulit. Ianya menyerang lapisan luar kulit sahaja. Jadi, ianya akan menyebabkan kulit kita terbakar ( sunburn ).
Sebab itu, kita perlu cari sunblock yang mempunyai pertahanan kepada UVA & UVB juga. Bagaimana pula jika ianya tertulis PA+++ sahaja?
PA itu adalah kiraan untuk UVA. +++ itu bermaksud kadar kekuatan UVA di dalam sesuatu sunblock. Maksudnya, jika sesuatu sunblock itu hanya tertulis PA++, ianya tidak mempunyai pertahanan UVB.
Jadi, sekarang anda sudah faham bagaimana mahu memilih sun block yang sesuai dengan anda?
Untuk yang tidak begitu terdedah kepada sinaran terik matahari atau yang terdedah sekejap sahaja ( kurang dari 4 jam), SPF 15 sudah mencukupi.
Jika anda memang terdedah lama dan sentiasa berpeluh, SPF30 sudah memadai. Melainkan jika anda berkulit putih gila, anda memang memerlukam SPF50.
Beza pada SPF cuma jangkamasa sahaja.Kekuatan masing2 adalah lebih kurang sama.
Jadi,tak perlu SPF yang tinggi.Jangan rosakkan kulit dengan SPF yang tinggi jika tidak perlu.
Untuk yang melakukan aktiviti di dalam air, perlu lebih kerap sapu sunblock kerana ianya hilang selepas terkena air.Tidak ada kajian mengatakan ada sunblock yang mempunyai kriteria ‘water-proof’.
Ok, tips untuk memakai sunblock saya senaraikan di dalam gambar.
Kesimpulan kata, yang terpenting untuk memilih sunlock adalah:
1. SPF yang sesuai dengan jenis kulit & aktiviti kita
2. Mempunyai UVA & UVB
3. Jenis sunblock yang sesuai dengan jenis kulit kita ( spray/ gel/ krim)
Dan, minumlah air kosong dengan cukupnya setiap hari untuk mengekalkan keanjalan kulit kita.
Kalau pergi ke spa, sementara menunggu atau selepas buat rawatan kita biasa dihidang dengan air jamu.
Kadang-kadang macam tiba-tiba terasa minum air jamu ini yang harum berbau rempah dan juga pudina.
Kalau rindu apa kata buat saja sendiri di rumah. Boleh dijadikan amalan kerana ada banyak khasiatnya seperti dikongsi oleh Sarifa Redzuan II
Hari ini badan lemau cikgu terus buat jamu ni. Jamu ni sesuai untuk laki perempuan Serta remaja. Lepas minum rasa ringan badan. Sakit kepala berkurang.
Sesuai diminum 1 cawan setiap hari. Bagus ni untuk spa owner yang nak bagi pelanggan minum sebagai welcome drink awak. Bestt tau. Pasti pelanggan teruja nak datang selalu minum.
Aromanya memang superb! Lepas minum paling best burrrpp, burrppp angin keluar. Lega…
Halia 2 batang serai 1 sudu kecil halba campur 1 sudu Kecil bunga cengkih 1 sudu kecil biji pelaga 2 batang kulit kayu manis 1 sudu kecil bunga lawang 1-2 sudu madu Beberapa helai daun pudina
1. Rebus semua bahan dengan 6 cawan air. Halia dan serai diketuk.
2. Masukkan beberapa helai daun pudina. Rebus dalam 10 minit.
3. Tapis airnya dan masukkan 1 sudu besar madu.
4. Dah siap jamu awet muda yang mampu tambah tenaga. Cuba tau. Sedapp sangat.
Bibir semula jadi warna merah jambu memang diidamkan wanita. Tapi sayangnya kebanyakan bibir kita tak begitu.
Ramai yang berdepan masalah bibir hitam walau pun tak merokok. Memang boleh diselindung dengan warna lipstik tapi takkan di rumah pun nak pakai lipstik bagai.
Cara terbaik adalah merawatnya. Untuk mengembalikan bibir yang hitam kembali jadi merah jambu kita boleh amalkan lip scrub atau pun skrub bibir.
Tak perlu beli, kita buat saja sendiri sebab untuk menghasilkannya pun mudah sangat.
Hanya tiga bahan saja diperlukan.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...