DIY Kaunter Bar Serbaguna Untuk Dapur. Guna Plywood, Nak Buat Pun Mudah

Share

 

Selain kabinet dapur, adanya bar kaunter  memang memudahkan kita untuk buat kerja dapur terutama untuk persiapan memasak.

Boleh saja nak upah kontraktor untuk buat tapi kaunter bar ini juga boleh kalau nak buat sendiri terutama kalau saiznya kecil saja. Tak berbaloi pula nak upah kontraktor.

Kalau nak lagi jimat boleh buat counter bar daripada plywood seperti dilakukan oleh Syahrum Shukri

ini. Elok dan kemas saja!

Jika nak buat boleh ikut step by step yang dikongsi beliau.

Projek DIY bar counter

Nak berkongsi projek DIY saya iaitu buat bar counter baru bagi menggantikan counter lama yang dah reput. Asalnya ingat nak order dengan company buat kitchen cabinet sebelum ini tapi sebab projek kecil je dan kewangan tak berapa cukup jadi cuba buat sendiri.

Counter top solid wood dan laminated board putih beli di Lazada. Kayu selebihnya beli kat hardware. Design sendiri ala kg. Janji berfungsi dan kukuh. insyaAllah.

1. Bar counter yang lama. Dah reput sebab bukan solid wood. Kena air lama-lama reput. Pakai dah masuk 2 tahun.

2. Rangka buat daripada kayu. Beli di hardware.

3. Plywood beli di hardware untuk cover bahagian bawah counter top. Plywood nipis, 3mm.

4. Separuh siap. Tunggu cat bahagian depan dan sapu wood coating untuk counter top.

5. Selepas cat bahagian plywood.

6. Apply wood coating untuk naikkan seri kayu.

7. Apply wood coating jenis clear untuk naikkan seri dan supaya tahan lama.

8. Setelah apply keseluruhan permukaan dengan wood coating. Dah nampak kemas.

Sumber: Syahrum Shukri

IKLAN