DIY Lemon Kering, Cara Elak Lemon Busuk Kalau Beli Banyak. Nak Minum Rendam Saja

Share

Khasiat lemon untuk kesihatan memang banyak sebab itu buah ini selalu ada di rumah. Selalu juga kita beli lebih bila harganya murah.

Tapi masalahnya bila lama disimpan dalam peti sejuk lemon tetap jadi buruk. Supaya tak membazir jika ada banyak lemon di rumah boleh buat lemon kering.

Caranya dikongsi oleh Siti Norhafiza Abdul Razak

Cara-cara buat lemon kering

1.Basuh lemon dengan air garam.

2.Potong lemon nipis-nipis. Susun atas redai.

3.Jemur lemon bawah matahari seharian.

4.Bila habis matahari, simpan lemon dalam peti ais.

5.Esoknya jemur lagi (ulang proses sehingga betul-betul kering)

6. Atau boleh masukkan ke dalam oven suhu 50-70 darjah 5-6 jam (sehingga betul-betul kering).

Cara penggunaan lemon kering untuk minuman

1. Rendam 1 – 2 keping lemon kering ke dalam secawan air suam / panas selama 5 minit.
2. Boleh dicampur bersama gula / madu / halia / teh / chia seed.
3. Siap untuk dihidang.
4. Tambahkan ais jika mahu dihidang sejuk.

Kegunaan lain

  • Boleh jadi bahan masakan berasaskan lemon
  • Air mandian campuran lemon untuk kesegaran badan
  • Boleh juga jadi pewangi rumah (potpourri)
  • Sesuai juga dijadikan sebagai goodies.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Siti Norhafiza Abdul Razak

 

IKLAN