Banjir besar yang melanda Selangor tahun lalu memang tak dijangka. Sekelip mata saja boleh berlaku dan menyebabkan kekalutan. Ramai yang menyelamatkan diri sehelai sepinggang kerana tiada persediaan untuk berdepan bencana seperti ini.
Apa yang berlaku itu sememangnya memberi pengajaran, oleh itu sebaiknya kita melakukan persediaan. Antara yang perlu kita buat adalah menyediakan beg kecemasan bencana untuk diri dan keluarga kita.
Persediaan untuk beg kecemasan bencana ini dikongsi oleh Nur Farhana Aziz yang telah melakukannya sejak September lalu. Beliau turut berkongsi barang-barang yang disediakan.
Disebabkan posting mami sebelum ni mendapat lebih dari 1000 share, mami rasa ramai yang bakal sediakan BOB, jadi mami sharing dengan lebih details.
Dahulukan yang paling penting, jika buget kurang, gunakan barang-barang yang dah ada. Mami sediakan dua bagpack sahaja. Sebab dewasa dalam keluarga cuma kami berdua. Anak-anak 3 orang masih kecik & takda bag takut menyusahkan bagi mami bila dalam keadaan rushing.
Kedua-dua bagpack mami prepping sesuai utk keadaan banjir & gempa. Setiap barang dalam bagpack mami packing dalam plastic seal supaya dlm banjir bagpack basah, barang dalam tetap selamat & kering.
Mami yang akan galas. Lebih ringan tapi semua barang urgent akan ada dalam bag mami sebab kecik & mudah nak cari. Barang di dalam bagpack hijau :
1. Zip kecik : torch light 2 set, power bank solar & wisel. 2. Bawah, mask 3M & KF94, radio bateri, powerbank solar. 3. Bahagian tengah untuk document penting, cash, mini alquran & casing phone antibasah. 4. Bahagian utama ada pisau rambo, pelampung anak 3 set, pampers anak 2 helai, tuala wanita 3 helai, windbreaker 5 helai setiap seorang sebagai baju hujan. Sport towel & mineral water 2 bottle. 5. Bahagian luar di belakang ada poket, mami selit canvas sheet. 6. Bawah bagpack ada khemah.
Abah yang akan bawak bag ni, sebab berat dalam anggaran 15kg total. Bag ini akan digunakan bila sampai destinasi selamat ( incase gempa ) atau ketika atas bumbung sementara tunggu bantuan sampai.
Baju, towel, selimut, pampers, tuala wanita semua mami letak dalam drybag pastu sumbat dalam bagpack hitam,selamat tak basah. Barang-barang di dalam bagpack hitam :
1. Zip depan ada extra mask KN94, extra filter utk mask 3M, ubat-ubatan, set charger ( bateri charger ) 2. Kiri & kanan ada air mineral 3. Bahagian dalam mami asingkan pakaian & selimut semua masukkan dalam dry bag, pastu masuk dalam bag hitam. Ada set pakaian (1 persalinan sahaja & mami pakai baju yang ada saja tak perlu membazir, digalakkan pakaian yang cepat kering), makanan, barang mandi ( sabun mandi, ubat gigi & berus gigi saja & sabun basuh baju)
Untuk barang-barang yang mami beli ni semua di Shopee, dan bila dah sediakan beg ini selalu check dan update isinya.
Perogol dalam rumah! Ayah rogol anak, abang rogol adik, malah ada datuk yang sudahpun berumur 80 tahun merogol cucu.
Membaca berita sebegini di media massa buat hati kaum wanita cukup beremosi. Jijik!
Namun masalahnya inilah jenayah yang semakin banyak terjadi hari ini dan akan mengancam institusi kekeluargaan jika tidak ditangani.
Ibu dan ahli keluarga sebenarnya cukup berperanan dalam mencegah jenayah paling keji ini. Salah satunya adalah dengan cepat mengenal pasti ciri-ciri perogol dalam rumah ini.
Menurut penganalis jenayah Kamal Affendi Hashim, ciri-ciri ini boleh dikesan melalui tahap sebelum seseorang penjenayah seksual melakukan perbuatan terkutuk itu.
Beliau berkata tiga tahap tersebut adalah:
1. Tahap persediaan mental 2. Tahap persiapan dan ketiga 3. Tahap percubaan oleh penjenayah seksual.
Jelasnya ibu atau ahli keluarga boleh mengesan perbuatan keji ini terutama pada tahap ketiga.
“Sebelum melakukan perbuatan keji merogol, penjenayah seksual ini akan melalui tiga tahap ini.
“Pertama persediaan dalam mental, kedua persiapan iaitu apa perlu mereka lakukan contoh memberi hadiah kepada mangsa dan sebagainya.
“Peringkat ketiga adalah percubaan atau attempt sebelum lakukan jenayah. Ada yang dilakukan secara perlahan-lahan.
“Misalnya masa anak tengah mandi, macam tak sengaja bukak pintu bilik air, mandi dengan anak, peluk anak waktu tidur dan sebagainya.
“Ahli keluarga boleh nampak perkara ini sebenarnya tapi bagi si anak atau mangsa ia mungkin dianggap sebagai perbuatan kerana sayang,”jelas Kamal.
Tegasnya sekiranya ibu atau ahli keluarga melihat perkara ini berlaku berterusan atau nampak berlaku kejanggalan dalam perbuatan bermakna ada asas untuk mempercayai jenayah itu sedang dalam proses berlaku.
“Ketika ini ibu atau ahli keluarga kena main peranan. Penting sangat untuk mempercayai anak. Ibu harus percaya kebolehan anak untuk mentafsir sesuatu perkara.
“Ada sesetengah ahli keluarga tak percaya contohnya bila anak kata datuk pegang bahagian tertentu tubuh mereka.
“Walau pun percubaan itu sedikit tapi ibu kena percaya. Kena halang kejadian buruk dari berlaku.
“Sekiranya ibu sendiri tidak percaya pada siapa lagi anak nak mengadu. Boleh jadi anak akan lari dari rumah dan mencetus masalah lain lagi,”terang Kamal lagi
Dalam pada itu pesannya, sekiranya anak atau mangsa perogol dalam rumah tidak tahu ke mana hendak dituju, mereka boleh menghubungi Talian Kasih 15999 kelolaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk memohon bantuan. Ataupun mangsa boleh terus saja ke hospital atau pun membuat laporan di balai polis.
Salah satu masalah bila nak tebuk dinding guna drill adalah habuk yang akan bersepah di lantai.
Senang memang senang tapi itulah masalahnya, kena sapu atau vacuum, bukan sekali sebaliknya dua atau tiga kali sebab habuknya halus.
Namun lelaki bernama Hong Guan ini telah berkongsi satu tip mudah untuk mengelakkan masalah habuk ketika menggunakan drill.
Sekadar nak kongsi petua tebuk dinding. Selalunya saya buat satu sampul kertas pakai kertas A4 kemudian lipat.
Ambil masking tape lekat sampul tadi bawah lubang yang nak ditebuk untuk kumpul pasir yang keluar masa drill.
Boleh pakai juga guna sampul surat biasa, beg plastik atau apa-apa saja yang boleh kumpul pasir.
Cara ini tak perlu lagi nak sapu atau bersihkan lantai lepas drill. Habuk/pasir semua terkumpul dalam sampul jadi buang terus dalam tong sampah.
Lagi satu tip, saya lekatkan magnet kecik beli di Daiso di tepi cordless drill utk pegang skru lebihan, boleh pasang skru berterusan tanpa naik turun tangga.
Dalam pada itu netizen juga turut berkongsi cara mereka mengelakkan habuk jatuh ke lantai. Boleh juga guna cara ini.
Nak guna Dust Cap ini pun boleh juga. Klik SINI untuk beli
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...