
Bila tengok keadaan bilik air yang dah lama teringin pula nak makeover. Tapi kalau nak renovate, pecah tiles sedia ada memang makan bajet yang tinggi.
Untuk lebih jimat, boleh guna idea Saleha Rahman.
Caranya boleh DIY lantai guna buat epoxy manakala dinding cuma tampal wall paper kalis air. Terus berubah wajah bilik air.
Lantai epoxy boleh saja dibuat sendiri jika tahu caranya. Jika tidak, boleh upah tukang seperti yang dilakukan oleh Saleha. Kos dalam RM900.
Kalau nak DIY lantai, boleh beli Epoxy di SINI.
Ini proses grouting sebelum buat epoxy untuk tutup sebarang kebocoran pada lantan. Untuk DIY grouting boleh klik SINI .
Selesai bahagian bolehlah hias ikut bajet.
Ini dinding yang mengguna wallpaper kalis air. Boleh beli di Shopee, klik SINI. Ada banyak corak, pilih saja ikut tema yang kita suka.
Boleh tambah rak untuk mudahkan letak barang-barang. Boleh cari di Shopee juga. Klik SINI untuk link.
Ini gambar sebelum tampal wallpaper.
Boleh letak cermin hiasan, yang ini beli di Homepro.
Dah cantik bilik air lama.
Selamat mencuba.
Sumber: Saleha Rahman
Cara Cuci Karpet Guna Mop Saja, Tanpa Perlu Angkat & Jemur. Bancuh 2 Bahan Ini Sekali

Cuci karpet antara rutin selalu kita buat menjelang hari raya selain basuh langsir dan membersihkan rumah.
Jika selalu kita akan hantar karpet kotor di kedai untuk dicuci, kali untuk penjimatan kita cuci saja sendiri.
Caranya hanya menggunakan mop, menariknya cara ini kita tak perlu pun angkat atau jemur karpet. Hanya perlu keringkan di bawah kipas saja.
Cara ini dikongsi oleh Isjue Ishak yang mempraktikkan kaedah ini sebulan sekali sejak dua tahun lalu lagi untuk membersihkan karpet.
Cara cuci karpet guna mop saja
Bahan diperlukan
Air panas
Sabun serbuk
Sedikit clorox (boleh guna yang pewarna juga)
Caranya
- Vacum dulu karpet untuk hilangkan habuk dan kotoran.
2. Tuang semua bahan dalam baldi, kacau untuk ratakan semua bahan.
3. Masukkan mop dalam baldi berisi air tadi dan perah.
4. Kemudian bolehlah mop seluruh karpet.
5. Selepas siap biarkan karpet di bawah kipas untuk dikeringkan.
6. Nanti boleh nampak air dalam baldi bertukar warna akibat kotoran daripada karpet.
INFO: Jangan risau penggunaan Clorox tidak akan menyebabkan karpet luntur warna.
@isjue.ishak Mop carpet sebulan sekali. #vlogmom #cleantox #carpetcleaning #cleancarpet #cleanhouse #clean #cleaning #cleaninghacks ♬ Gymnopedie No.1 [Piano famous song](204824) – Kamimura Mahiro
Ketepikan Penat, Ayuh Lakukan 8 Amalan Ini Pada 10 Malam Terakhir Ramadan

Isi Kandungan
Toggle
Pejam celik, kita dah memasuki 10 malam terakhir bulan Ramadan dan seharusnya ia menjadi malam pecutan untuk kita melakukan ibadah.
Walau pun ramai kaum wanita terasa lebih penat pada bulan Ramadan ini namun pada malam-malam terakhir ini ketepikanlah perasaan itu. Jangan jadikan penat sebagai alasan dan penghalang kita meraih ganjaran istimewa yang ditawarkan Allah SWT.
Pada 10 malam terakhir ini Allah s.w.t menjanjikan akan hadir satu malam istimewa iaitu ‘Lailatul Qadar’; malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Disebabkan itulah Rasulullah s.a.w mengajar umatnya untuk memaksimumkan amal ibadah dalam malam-malam terakhir ramadan dengan sebaik-baiknya. Saidatina Aisyah r.a pernah berkata;
“Adalah Rasulullah s.a.w sangat bersungguh-sungguh pada sepuluh malam terakhir, suatu hal yang beliau tidak bersungguh-sungguh (seperti itu) di luar (malam) tersebut.”
Antara amalan yang sangat dianjurkan dan diamalkan oleh Baginda adalah;
1. Berqiamulail
Berqiamulail adalah dengan mendirikan solat malam dan mengisi malam hari dengan pelabagai ibadah kepada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda;
“Barangsiapa yang berdiri (untuk mengerjakan solat) pada Lailatul Qadar kerana keimanan dan mengharapkan pahala, akan diampuni untuknya segala dosanya yang telah lalu.”
2. Membaca Al Quran
Bulan Ramadan juga adalah bulan al Quran, selain terdapat keutamaan dalam membacanya, bulan Ramadan juga adalah bulan yang turunnya al Quran.
Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah; “Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran.” Surah al Baqarah:185
Setiap umat Islam mestilah membacanya, menghayatinya, mempelajarinya dan menjadikan al Quran sebagai panduan hidup.
3. Beriktikaf
Itikaf bermaksud berdiam di masjid dengan tujuan untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Perbuatan iktikaf adalah sunnah Baginda s.a.w pada bulan Ramadan atau di bulan-bulan lain, namun iktikaf adalah lebih khusus dilakukan pada bulan Ramadan.
Disebabkan itu, Rasulullah s.a.w banyak beritikaf pada sepuluh malam terakhir seperti yang diterangkan melalui hadis dari Saidatina Aisyah r.a;
“Sesungguhnya Nabi s.a.w beritikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan hingga beliau wafat, kemudian isteri beliau beritikaf setelah itu.”
4. Banyak berdoa
Doa adalah ibadah yang juga merupakan sifat para nabi dan rasul serta ciri-ciri orang yang soleh.
Doa pada bulan Ramadan akan mudah dimakbulkan oleh Allah s.w.t, jadi berdoalah sebanyak-banyaknya pada 10 malam terakhir Ramadan. Firman Allah;
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Surah al-Baqarah:186
5. Banyak beristighfar dan bertaubat
Dalam melalui 10 malam terakhir, lakukanlah solat sunat taubat, termasuklah banyak beristighfar kepada Allah s.w.t. Taubat dan istighfar adalah amalan yang sangat dituntut. Allah s.w.t berfirman;
“Dan bertaubatlah kalian seluruhnya kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kalian beruntung.” Surah an-Nur:31
6. Mengerjakan umrah
Umrah di bulan Ramadan merupakan amalan sunnah Rasulullah s.a.w. Ibadah ini juga merupakan amalan para solehin yang mengandungi banyak kelebihan dan keistimewaan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda; “Umrah pada bulan Ramadhan menggantikan haji bersamaku.”
7. Kurangkan tidur pada 10 malam terakhir
Baginda Rasulullah s.a.w banyak menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan dengan pelbagai ibadah. Diriwayatkan dari Aisyah berkata; “Pada sepuluh terakhir bulan Ramadan Rasulullah s.a.w lebih giat beribadah melebihi hari-hari selainnya.” Hadis Riwayat Imam muslim
8. Membantu keluarga untuk beramal soleh
Dalam hadis Abu Dzar bahawa; Baginda s.a.w melaksanakan solat malam bersama kaum muslimin pada malam 23 dan 25.
Disebutkan juga Baginda s.a.w mengajak kaum keluarga dan isteri-isterinya pada malam 27 secara khusus. Baginda bersungguh-sungguh membangunkan mereka di malam-malam ganjil yang diharapkan dapat bertemu dengan Lailatul Qadar.
Sebagai umat Islam, rebutlah keberkatan dan janji Allah s.w.t yang tentang istimewanya malam Lailatul Qadar. Bukan itu sahaja, banyakkanlah ibadah dengan niat untuk dinilai akan segala kebaikan itu di akhirat kelak.
Tip Supaya Pokok Ulam Raja Kekal Rimbun, Banyak Pucuk Baru

Ulam raja antara sayur ulam yang disukai ramai. Ini kerana khasiatnya yang banyak untuk kesihatan. Antaranya ulam raja ini dikatakan mampu menurunkan tekanan darah tinggi, mengawal kadar denyutan jantung selain ulam ini kaya dengan antioksida dan agen detoks.
Pokok ulam raja ini memang berbaloi tanam di rumah, mudah untuk kita makan secara segar. Cuma jika tanam ulam ini, kenalah rajin buat penjagaan agar sentiasa keluar pucuk baru dan rimbun.
Tip ulam raja kekal rimbun, banyak pucuk baru
Tip paling penting untuk memastikan pokok ulam raja ini rimbun adalah dengan selalu memetik pucuknya. Walaupun tak makan tetap kena sentiasa petik pucuknya.
Bila selalu petik pucuk, tunas baru akan keluar lebih banyak. Terus petik, jangan biarkan pokok berbunga. Jika pokok ulam raja sudah berbunga ia adalah tanda pengakhiran kitaran hidup pokok.
Pokok akan kuning dan kering dan seterusnya akan mati. Tapi kebiasaannya bunga yang keluar akan gugur dan menumbuhkan benih baru, jadi bolehlah cabut pokok lama untuk beri ruang pada pokok baru tumbuh.
Artikel berkait: Cara tanam pokok ulam raja
Semoga bermanfaat.
Sumber: Julie Jamaludin