DIY Pelepah Pinang Gugur Jadi Pasu Cantik. Kreatif Sungguh!

Share

Kalau tangan kreatif dan berseni, benda terbuang pun akan jadi cantik. Salah satu contohnya adalah pelepah pinang ini.

Siapa sangka boleh jadi pasu bunga cantik seperti yang dilakukan oleh Norpadilah Afandi

ini. Beliau juga berkongsi cara membuatnya.

DIY pelepah pinang jadi pasu

Pagi tadi usai menghantar anak ke sekolah, jumpa pelepah pinang yang baru gugur dari pokok.Rezeki datang dalam bermacam cara, syukur apa adanya.

1. Baru gugur, cantik dan liat. Sesuai untuk buat kraft.

2. Potong begini, saya guna pelepah yang besar saja, pelepah kecil saya simpan untuk next diy.

3. Ukur lebar dan tinggi yang sesuai, potong.

4. Guna staple untuk kukuhkan bentuk sementara kita ikat guna tali jute.

5. Siap ikat macam ni, dan boleh buka dawai staple.

6. Spray clear.

Siap, boleh letak bunga hiasan dan apa-apa yang bersesuaian.

Selamat mencuba

Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI

IKLAN