
Isi Kandungan
ToggleKalau tangan kreatif dan berseni, benda terbuang pun akan jadi cantik. Salah satu contohnya adalah pelepah pinang ini.
Siapa sangka boleh jadi pasu bunga cantik seperti yang dilakukan oleh Norpadilah Afandi ini. Beliau juga berkongsi cara membuatnya.
DIY pelepah pinang jadi pasu
Pagi tadi usai menghantar anak ke sekolah, jumpa pelepah pinang yang baru gugur dari pokok.Rezeki datang dalam bermacam cara, syukur apa adanya.
1. Baru gugur, cantik dan liat. Sesuai untuk buat kraft.
2. Potong begini, saya guna pelepah yang besar saja, pelepah kecil saya simpan untuk next diy.
3. Ukur lebar dan tinggi yang sesuai, potong.
4. Guna staple untuk kukuhkan bentuk sementara kita ikat guna tali jute.
5. Siap ikat macam ni, dan boleh buka dawai staple.
6. Spray clear.
Siap, boleh letak bunga hiasan dan apa-apa yang bersesuaian.
Selamat mencuba
Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI
Bila Pemaju Minta Ambil Kunci Rumah Yang Dah Siap, Ini Cara Untuk Periksa Kediaman. Bawa Sekali Salinan S&P

Isi Kandungan
Toggle
Siapa yang tak gembira bila rumah sendiri yang dibeli akhirnya siap. Selalunya makan tahun juga sebelum pemaju menyatakan membuat panggilan menyatakan boleh mengambil kunci rumah.
Memang tak sabar dan teruja, disebabkan itulah pada masa inilah ramai yang membuat kesilapan. Menurut perunding hartanah Azizul Azli Ahmad bila pemaju meminta pembeli mengambil kunci, ramai yang teruja hingga terlupa melihat secara detail kediaman yang dibeli. Ini situasi bagi kebanyakan pembeli biasa.
Akan tetapi berdasarkan pengalamannya pihak pemaju cukup risau jika pembeli adalah peguam, arkitel, jururtera atau doktor yang cukup faham hak mereka.
Mereka akan memeriksa secara detail keadaan rumah adalah sama seperti yang dijanjikan dalam perjanjian jual beli.
Sememangnya inilah yang perlu kita lakukan. Menurut Azizul yang selalu berkongsi tip pembelian hartanah apabila mendapat jemputan untuk mengambil kunci rumah kali pertama terus lakukan perkara ini.
Pemaju paling risau kalau yang beli rumah doktor, peguam, jurutera
“CIK BOLEH AMBIL KUNCI RUMAH”
“Cik, boleh datang ambil kunci rumah nanti ya. Rumah dah siap”.
Rasa teruja luar biasa bila dapat panggilan begitu sebenarnya.
“Betul bang semua orang teruja sampai lupa jenis rumah dia beli”. Cerita staff pemaju ini semalam.
“Kami paling risau yang beli nie, lawyer, arkitek, jurutera, doktor. Mereka sangat faham hak mereka”.
“Ada kes lawyer dari putrajaya beli rumah kat Perak nie, dia datang bawak house inspection. Dia tak bagi kami masuk, tunggu luar katanya”.
Lepas team masuk bawak laser equipment dia keluar bagitau rumah tak ikut specification dalam S&P”.
Ceritanya laju.
“Dia tutup dan tak benarkan kami masuk rumah dan tak mahu tandatangan terima kunci”.
“Fuhhhh, dia mengamuk kat opis”
“Minggu lepas dia filekan tuntutan pada pemaju, dokumen tuntutan setebal ini”.
Ceritanya sambil angkat jari setebal 6 inci.
“Kami paling bahagia kalau yang datang tu penjawat awam, orang biasa. Mereka dapat kunci siap bergambar dengan kami dan masuk rumah terus. Terus ambil kunci dan tanda tangan, tak periksa rumah pun.” Ceritanya laju.
Bila dapat kunci rumah dari pemaju lakukan perkara ini
Kawan kawan,
Bila dapat jemputan ambil kunci rumah kali pertama. Cuba lakukan ini ya.
1. Bawa bersama SNP yang kita dapat dari peguam. Dalamnya ada spesifikasi kediaman kita.
2. Dalamnya ada pelan bangunan dan section kediaman rumah. Belajar buat semakkan ya.
3. Betul atau tidak bentuk pelan kediaman yang kita dapat. Pernah berlaku pelan dapat unit 3 bilik, kediamanya 2 bilik.
4. Semak bukaan rumah. Dinasihatkan bawa bersama tali tape ukuran (boleh beli di DIY) sahaja. Ukur dari porch depan atau pagar depan dinding ke dinding.
Jika kediaman bukaan 20 x 70 pastikan bukaan dalam ke dalam dinding adalah 20’0″ bukanya 18″0. Ada kes pemaju terpaksa bayar tuntutan bila semakkan keluasan tak betul. Kurang 2’0″.
5. Semak kembali berapa plug point yang kita dapat. Apakah sama seperti jadual dalam pelan di SNP . Ada kejadian plug point dalam bilik ada 3 tapi hanya dapat 2. Ada jumlah keseluruhan 15 yang dapat hanya 11 sahaja.
6. Semak juga sumber lampu yang kita dapat. Betulkan seperti dalam SNP kita jumlahnya.
7. Jangan lupa, ukur ketinggian dari lantai sampai ke siling berapa. Banyak kes pemaju janji ukuran 10′ 0″ tinggi bila siap hanya 8’6″ sahaja ketinggian dari lantai. Pasang kipas kena kepala nanti.
8. Semak jenis pintu, panel door sepatutnya dibahagian depan dan belakang dan bukannya pintu biasa. Jika pintu ini cacat, ada kesan lubang ulat atau paku minta gantikan.
9. Jika ada keretakan, pastikan proses baiki secara betul bukan hanya disapukan lepaan simen diplaster dan dicat semula.
Bawa bersama salinan S&P dan jangan terus teruja nak ambil kunci dan tandatangan bersetuju terima.
Biar mereka baiki hingga baik dan puas hati baru setuju terima kunci. Jangan juga sebuk nak selfie bagitau dunia, dapat rumah cacat dimana mana.
Azizul Azli Ahmad
Sumber Azizul Azli Ahmad
Kalau Tanam Pokok Buah Dalam Pasu, Ikut 5 Tip Penjagaan Ini Supaya Pokok Subur & Berbuah

Mangga, longan, jambu batu, jambu air, limau, lemon dan sebagainya antara pokok buah yang sesuai ditanam dalam pasu.
Ramai yang tinggal di kediaman teres menanam pokok atau membeli anak benih pokok buah ini untuk ditanam di rumah.
Agar ia subur dan dapat merasa hasil, pokok buah yang ditanam dalam pasu atau kaedah tambulapot (tanam buah dalam pot) ini sebenarnya memerlukan penjagaan khusus. Boleh ikut panduan oleh pembekal anak pokok Durian Monthong Tani ini.
Penjagaan pokok buah yang ditanam dalam pasu
1. Siraman- pokok harus disiram setiap pagi dan petang, bukan pada keadaan yang terlalu panas, untuk mengelakkan pokok lecur. Penyiraman tidak diperlukan selepas hujan turun pada hari tersebut.
2. Baja – penggunaan baja adalah berkala, seminggu sekali dan seterusnya 2 kali sebulan. Boleh gunakan baja organik.
3. Cantas – pencantasan perlu dilakukan supaya pokok tidak terlalu besar, dan buah tidak terlalu banyak yang akan mengakibatkan buah kurang manis dan lebih kecil.
4. Gembur tanah – penggemburan tanah harus dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali atau jika tanah kelihatan padat dan kering.
Semasa proses penggemburan, bersihkan kawasan tanah, daripada pokok-pokok kecil. dan jika ada benih yang terhasil, putuskan dari induk dan cambahkan kepada pasu yang lain.
5. Kawalan serangga juga penting untuk mengelakkan pokok dijamah serangga/pepijat.
Selamat mencuba
Sumber: Durian Monthong Tani Foto : TenTen Ternak
Cara Baiki Zip Rosak, Trek Terbuka Atau Zip Ketat, Tutup Tak Sempurna

Isi Kandungan
Toggle
Beg/baju masih elok tapi zip rosak. Masalah yang selalu berlaku pada zip adalah kepala zip seakan tidak berfungsi, trek zip terbuka walau pun selepas dizip.
Satu lagi masalah adalah zip ketat dan trak zip tak tertutup dengan sempurna. Berikut adalah cara untuk membaiki dua masalah ini.
Trek zip terbuka selepas dizip, kepala zip terkeluar dari trek
1. Ia berpunca dari ruang zip terlalu besar. Pastikan kepala zip elok.
2. Selarikan kedua belah trak zip
3. Masukkan trak zip dalam kepala zip
4. Ketatkan kepala zip menggunakan playar
5. Zip semula perlahan-lahan. Siap
Zip ketat, tutup tak sempurna
1. Ia berlaku kerana kepala zip terlalu ketat.
2. Jadi ambil skru driver, longgar sedikit cengkaman kepala zip.
3. Cuba zip kembali, jika masih terbuka, longgarkan lagi kepala zip.
4. Lakukan sampai zip dapat ditutup dengan elok.
Sumber: Mclyver
Artikel berkait
Cara baiki leher T shirt yang kembang, tip dari pakar dobi