DIY Mudah Rod Langsir Eyelet Guna Batang PVC, Modal Cuma RM50 Cantikkan Satu Rumah

Share

Penggunaan langsir penting dalam menjadikan ruang tamu kelihatan berseri selain dapat mengelak pandangan orang dari luar.

Namun kos mahal menyebabkan ramai yang pendamkan niat memasang langsir idaman.

Gambar sekadar hiasan.

Jadi bagi mereka yang baru berpindah ke rumah, boleh mencuba teknik DIY rod langsir dalam mengurangkan kos.

Perkongsian dari Cik Amy WD

yang mana memberitahu suaminya DIY sendiri rod langsir jenis eyelet.

Dengan hanya bermodalkan RM50 dapat menyerikan 4 frame tingkap juga termasuk dua pintu. Malah hasilnya juga cantik dan menarik.

DIY Rod Langsir Eyelet Guna Paip PVC

Bahan-Bahan:

– L bracket (RM 1.60 /unit)
– U clip (RM0.60 /unit)
– Bolt dan nut
– PVC end cap (RM0.60/unit)
– Paip PVC (RM1 /kaki)
– Cable tie (untuk lock atas skru)

NOTA: Paip PVC lebih baik potong siap-siap di kedai. Jadi pastikan ukur dulu dekat mana mahu pasang nanti.

Bahan diperlukan.

Info Tambahan:

Boleh cuba dulu pasang ikut saiz masa dekat kedai seperti ini.

Kalau saiz ok, boleh teruskan ntuk langkah seterusnya.

Potong PVC siap-siap di kedai.

Cari bolt & nut seperti ini.

Cari dua benda ini.

Cara Pasang:

1. Caranya senang saja, kita cuma drill lubang L bracket tu dekat dinding kemas-kemas supaya kukuh.

Drill kemas.

2. Dekat bahagian atas pasang cable tie
seperti ini.

Pasang begini.

3. Lihat, hasilnya sudah siap. Sekejap dan sangat simple cara memasangnya.

Hasilnya untuk bahagian di ruang tamu.

Artikel berkait:

DIY Langsir Eyelet Dari Kain Jersey Mewah & Cantik

Trik Susunan Langsir Eyelet Jadi Sama Sekata Guna Cawan Plastik Saja

IKLAN