Penggunaan langsir penting dalam menjadikan ruang tamu kelihatan berseri selain dapat mengelak pandangan orang dari luar.
Namun kos mahal menyebabkan ramai yang pendamkan niat memasang langsir idaman.
Gambar sekadar hiasan.
Jadi bagi mereka yang baru berpindah ke rumah, boleh mencuba teknik DIY rod langsir dalam mengurangkan kos.
Ads
Perkongsian dari Cik Amy WD yang mana memberitahu suaminya DIY sendiri rod langsir jenis eyelet.
Dengan hanya bermodalkan RM50 dapat menyerikan 4 frame tingkap juga termasuk dua pintu. Malah hasilnya juga cantik dan menarik.
Ads
DIY Rod Langsir Eyelet Guna Paip PVC
Bahan-Bahan:
– L bracket (RM 1.60 /unit)
– U clip (RM0.60 /unit)
– Bolt dan nut
– PVC end cap (RM0.60/unit)
– Paip PVC (RM1 /kaki)
– Cable tie (untuk lock atas skru)
NOTA: Paip PVC lebih baik potong siap-siap di kedai. Jadi pastikan ukur dulu dekat mana mahu pasang nanti.
Bahan diperlukan.
Info Tambahan:
Boleh cuba dulu pasang ikut saiz masa dekat kedai seperti ini.
Kalau saiz ok, boleh teruskan ntuk langkah seterusnya.
Potong PVC siap-siap di kedai.
Cari bolt & nut seperti ini.
Cari dua benda ini.
Cara Pasang:
1. Caranya senang saja, kita cuma drill lubang L bracket tu dekat dinding kemas-kemas supaya kukuh.
Drill kemas.
2. Dekat bahagian atas pasang cable tie seperti ini.
Pasang begini.
3. Lihat, hasilnya sudah siap. Sekejap dan sangat simple cara memasangnya.
Cara buat sambal paru ini sesuai untuk peminat hidangan paru tapi pada masa yang sama tak berapa rajin nak masak selalu.
Sebabnya sambal paru yang dihasilkan ini bukan saja sedap tapi juga boleh tahan berbulan-bulan lamanya. Masak sekali dan simpan jadi stok, bila-bila masa boleh makan.
Cuma untuk dapatkan sambal yang tahan lama ini ada caranya. Boleh ikut perkongsian Julia ALeen Aireish.
1kg paru lembu
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu kecil garam halus
Bahan sambal :
4 biji bawang merah **
2 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih **
15 tangkai cili kering ** – buang biji & rendam dengan air panas
2 inci belacan **
1 batang serai – diketuk
4 sudu makan gula atau secukupnya
2 sudu kecil garam atau secukupnya
1 sudu kecil serbuk perasa
30gm gula nisan
1 mangkuk kecil perahan asam jawa
sedikit air untuk mengisar
1. Paru dibersihkan dahulu kemudian rebus hingga masak. Sejukkan dahulu kemudian dihiris nipis.
2. Satukan paru, serbuk kunyit dan garam halus gaul sekata. Panaskan minyak secukupnya goreng paru hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
3. Satukan bahan bertanda (**) dan kisar halus. Panaskan minyak letak serai yang diketuk diikuti bahan kisar, tuang kesemuanya. Tumis hingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan perahan asam jawa, gaul sekata. Selepas itu letak garam, gula, gula nisan, serbuk perasa secukupnya. Dimasak hingga warna sambal cantik gelap.
5. Letak paru dan digaul hingga merata dan sekata sambal elok melekat. Tutup api sedia dihidang & dinikmati.
-Tip agar sambal paru tahan berbulan dan tidak berkulat, masak sambal mesti lama hingga sambal kelihatan merah kehitaman. Bila sambal mengering, perlahankan api supaya bahagian bawah tidak hangus teruskan masak kerap mengacau.
-Sambal paru lebih sedap ada manis sedikit, pedas masin cukup rasa.
-Semasa menggoreng jangan goreng terlalu banyak paru pada satu masa.
-Tip paru rangup, goreng hingga buih-buih berkurangan.
Puas hati kalau selepas mop lantai nampak permukaan bersih berkilat. Tapi selalu terjadi walau sudah dimop tetap tak nampak berkilat malah melekit pula.
Berikut ada tip yang dikongsi oleh Mizs Lynda untuk memastikan lantai rumah bersih an berkilat selepas dimop.
“Saya suka tengok kalau lantai rumah berkilat. Selagi tak kilat selagi tu tak sah,”ujarnya.
Kata beliau seminggu sekali ia akan membersihkan lantai rumah dengan cara di bawah ini
1. Tuang air panas suam dalam baldi.
2. Campurkan dengan satu penutup cecair pelembut pakaian (Downy) bersama 5 titis cuka. Kacau.
3. Kemudian boleh mop satu rumah.
Hasilnya lantai akan bersih berkilat. Tapi katanya elakkan guna cuka makan banyak kerana akan menyebabkan lantai melekit.
Selain daripada rutin ini, katanya beliau untuk akan mengemop lantai menggunakan pencuci lantai biasa setiap hari.
Cuaca di negara kita yang selalu panas berserta hujan menyebabkan ramai yang memilih menambah awning di kediaman sama ada di depan atau belakang rumah. Mudah untuk letak kereta atau jemur baju.
Cuma sekarang ada banyak jenis awning atau sengkuap yang tersedia menyebabkan kita keliru memilih mana satu yang terbaik dan mengikut bajet. Bagi yang bercadang nak membina awning di rumah info yang dikongsi oleh Lee Wai Wan boleh dijadikan rujukan.
Sengkuap adalah merupakan atap yang dipasang di rusuk atau di belakang rumah (sebagai tambahan sahaja): malam hari, bukan tidur di lepau atau di dalam rumah (Kamus Dewan).
Sengkuap ini boleh dibuat menggunakan pelbagai jenis bahan bergantung pada bajet serta selera tuan rumah. Berikut adalah jenis-jenis awning:-
Awning jenis ini adalah diperbuat menggunakan PPGI, Zincalume ataupun Aluzinc dengan ketebalan yang berlainan. Lagi tebal, lagi tahan lama serta tahan kemek apabila seseorang naik ke atas untuk kerja ataupun melakukan kerja penyelenggaraan seperti servis compressor pendingin hawa. Ia lebih bising apabila hujan. Sebaiknya dipasang satu keping panjang tanpa sambungan untuk elakkan bocor.
Ia diperbuat dari PPGI, Zincalume ataupun Alurzinc di mana ia tidak mempunyai sebarang skru di bahagian atas. Ia mempunyai klip yang terletak di bawahnya dan dipasang dengan meletak kepingan bumbung ini atas klip dan ia akan memegang bumbung itu dengan kukuh. Bumbung ini sesuai untuk kadar kecerunan yang rendah. Ia tidak sesuai untuk dibuat sambungan secara memanjang.
Ia mempunyai pelbagai jenis kombinasi seperti PU PVC, PU Metal serta PU Aluminium. Jenis ini kurang sikit bising semasa hujan berbanding dengan metal deck biasa.
Polycarbonate mempunyai 2 jenis iaitu jenis hollow dan solid. Ia diperbuat dari plastik. Jangka hayat polycarbonate adalah lebih kurang 5 tahun. Apabila ia mula rosak, ia akan reput disebabkan oleh kesan UV dan jatuh sedikit demi sedikit. Semasa petang, anda akan dengar bunyi klik klak sebab ia sedang mengembang dan mengecut. Ia mempunyai jenis yang panas dan ada juga jenis yang tidak terlalu panas.
Ia adalah jenis bahan lama yang datang dalam kepingan yang besar. Kebaikannya adalah ia tidak bising semasa hujan tetapi apabila ditiup angin, ia akan terangkat sedikit demi sedikit kerana tukang menggunakan paku untuk memaku pada rangka kayu menyebabkan bahagian paku akan bocor. Perlu berhati-hati semasa berjalan di atasnya terutamanya bumbung yang telah lama dipasang. Ia rapuh dan silap pijak, akan jatuh ke bawah.
Kebiasaan digunakan apabila menginginkan kadar cahaya yang banyak. Sesuai sekiranya anda ingin menjadikannya tempat menyidai kain kerana ia amat panas. Cuma ia tidak tahan lama. Lebih kurang 3 tahun akan mula rapuh. Lagi teruk sekiranya terdapat kucing atau musang yang suka bersantai di atasnya, maka kemungkinan ia akan retak adalah lebih tinggi.
Kaca jenis tempered kebiasaan digunakan serta jenis yang double layer. Ia dipasang kerana Tuan rumah ingin menikmati kadar cahaya yang cukup, nampak lebih kelas serta boleh menikmati keadaan sekeliling yang indah. Kekurangannya adalah ia mudah kelihatan sekiranya terdapat kotoran di atasnya serta amat panas. Selain cahaya, ia juga akan menyebabkan kawasan di bawahnya panas.
Ia boleh diperbuat dari pelbagai jenis bahan. Ada yang diperbuat dari kain dan ada yang diperbuat dari PU polyester. Ada jenis yang diikat pada cangkuk khas manakala ada jenis yang boleh dilipat menggunakan kawalan remote ataupun dipasang pada rangka khas. Cuma jenis ini akan berlubang di sana sini selepas satu ketika bergantung pada kualiti bahan yang digunakan.
ACP diperbuat dari kepingan Aluminium dan dibahagian tengahnya adalah low density polythene. Ia tahan dengan keadaan cuaca. Ia tidak sebising seperti Metal deck semasa hujan.
NOTA: Dalam semua jenis sengkuap yang dipasang, sering kali kami jumpa satu masalah yang sama iaitu masalah bocor di bahagian sambungan di antara dinding dengan awning kerana tidak diletak sebarang flashing tetapi hanya letak silikon ataupun jika letak pun hanyalah paku pada dinding dan letak silikon.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...