Bagi yang tinggal di kediaman bertingkat, ruang untuk menyidai baju selepas dibasuh selalunya agak terhad. Ramai yang terpaksa meletakkan penyidai baju di balkoni hingga tiadalah ruang untuk bersantai mengambil angin.
Bagi yang tak mahu balkoni penuh dengan alat penyidai kain yang memakan ruang boleh gunakan idea daripada Nordin Nj ini.
Beliau menggunakan rod langsir Ikea yang ubah untuk menjadi penyidai baju. Bagusnya idea ini, selepas baju kering, boleh simpan rod dan balkoni bebas digunakan untuk bersantai. Modal pula cukup murah RM25 saja.
Ini barang yang digunakan
Ads
Boleh beli di sini
Cara pasang pun mudah
Ads
Hasilnya
Ads
Bila kain dah kering, angkat dan kemaskan rod langsir pada bracket.
Kalau dah biasa makan mi kari yang pekat, siap dengan, kerang, rempah 4 sekawan dan sebagainya apa kata kita buat mi kari yang lebih sempoi.
Me kari Chinese Style, cara masaknya ringkas, cepat tapi tetap sedap. Kalau makan boleh hirup kuah sampai licin. Bezanya mi kari Chinese style ini ada sambalnya. Rasa nak pedas, lebih kan sambal.
Segengam cili kering – kisar untuk sambal
2 biji bawang besar – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
2 biji bawang merah – kisar
2 batang serai – diketuk
2 bungkus kecil serbuk kari daging sya guna rempah cap O sedap.
1 mangkuk kecil cili kisar
l/2 ekor ayam (potong kecil)
1 mangkuk besar santan
Tauhu kering
Fish cake / Fish Ball
1 keping asam gelugor
Hiasan
Telur rebus
Taugeh – celur
Sawi – celur
Sambal
Limau Nipis.
Kacang Panjang celur
Cara buat sambal:
Rebus cili kering, bila dah masak, blend bersama 1 biji bawang besar kemudian tumis sampai pecah minyak, letak garam dan sedikit gula.
Cara penyediaan kuah kari:
2. Masukkan bahan kisar masak hingga wangi.
3. Bila dah wangi agak keperangan masukkan rempah kari yang telah dicampur 1 mangkuk kecil cili kisar, masak sampai terbit minyak.
4. Kemudian masukkan ayam, kacau sebati sehingga ayam separuh masak. Masukkan santan. (sukatan santan agak² jer, ikut selera nk kuah pekat atau cair). Saya letak santan pekat lebih kurang 1 mangkuk besar dan asam keping.
5. Biar kuah mendidih, perasakan garam dan gula.
6. Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fish ball. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dalam tauhu kering siap.
Masalah pepijat pada tilam atau kusyen memang meresahkan. Walaupun saiznya kecil tapi jika digigit memang mendatangkan masalah. Bahagian kulit yang digigit pepijat akan kemerahan dan juga gatal sangat. Malah kegatalan ini berpanjangan, lagi risau jika pepijat ini menggigit anak-anak kecil.
Selain kesan gigitan, kita boleh tahu kehadiran pepijat ini bila ada kesan seperti darah atau seakan karat. Pepijat juga akan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan dan kuat.
Jika ada tanda ini cubalah perhati di bahagian tepi dan celah celah tilam. Tak mustahil ‘si kecil’ ini sedang berlindung di situ.
Cara mudah gunakan servis untuk menghapuskan serangga ini, tapi ia memakan modal. Selain itu ada beberapa cara yang boleh kita buat sendiri untuk menghapuskan pepijat ini.
1. Gunakan pengering rambut
Pepijat ini alah pada haba atau kepanasan. Boleh halakan pengering rambut pada celah-celah tilam. Buat 3-4 kali. Namun, kena tahan sedikit bau busuk yang dikeluarkan pepijat. Pastikan sembur dengan teliti di setiap celahan tilam & kain cadar untuk menghapuskannya.
2. Sembur
Gunakan spray menghapus serangga yang banyak dijual. Boleh guna Baygon atau Ridsect. Sembur dan biarkan seketika kemudian vacum. Lakukan 4-5 kali supaya semua pepijat hilang. Pastikan juga buang sedutan dalam vacum kerana pepijat boleh hidup dan merebak dari situ jika tak dihapuskan.
3. Jika ada gel silica, tabur pada tilam
Gel ini berguna untuk menyedut cecair, tabur di kawasan sarang pepijat untuk menyerap cecair dan pepijat akan mati kerana dehidrasi.
4. Guna baking soda
Caranya dengan menuangkan serbuk baking soda ke dalam mangkuk dan sapu serbuk tersebut ke bahagian yang mungkin didiami pepijat dengan menggunakan berus. Biarkan selama seminggu sebagai ikhtiar untuk membunuh pepijat dan telurnya.
5. Keringkan cadar dalam mesin pengering
Haba yang panas akan membunuh pepijat, jadi basuh cadar yang ada pepijat dengan air panas dan keringkan guna pengering.
6. Guna daun durian belanda
Ini petua orang tua, ambil durian belanda dan selitkan pada celah-celah tilam. Katanya haiwan kecil ini alah pada kepada daun ini. Boleh cuba, terutama selepas lakukan semburan untuk mengelakkan ia kembali.
7. Jemur tilam
Angkat dan jemur tilam dan kusyen yang ada pepijat di tengah cahaya matahari terik. Biarkan selama beberapa jam.
8. Ganti tilam baru
Jika sudah beberapa cara di atas digunakan dan pepijat masih ada, ada baiknya ganti dengan tilam baru. Buang jauh tilam lama kerana pepijat mungkin sudah banyak dan bersarang.
Lauk bujang macam ni sebenarnya lagi sedap. Satu lauk saja, makan dengan nasi dah cukup. Tapi awas kalau berdiet lauk telur mata sambal hijau ini boleh buat kita menambah.
Dikongsi oleh Cheyah Saripuddin cara membuatnya memang tersangatlah senang. Untuk lagi sedap bahagian kuning telur buat cair supaya meleleh. Memang enak gaul dengan nasi.
15-20 biji cili padi hijau (ada cili besar boleh campur, nak pedas boleh tambah)
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji telur ayam
Secubit garam
Gula sedikit saja jika suka
1. Tumbuk semua bawang merah, bawang putih dan cili sehingga lumat kasar. Tak perlu lumat sangat.
2. Tumiskan dan biarkan ia sedikit garing. Boleh masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Pecahkan telur dalam bekas lain kemudian baru tuang dalam tumisan (ini cara untuk pastikan telur yang digunakan masih elok tak busuk).
4. Biarkan telur masak ikut cita rasa. Nak bahagian tengah cair atau masak terpulang. Nak berkuah boleh tambah air pun boleh tapi saya tak tambah.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...