DIY Spray Racun Organik Untuk Hapus Serangga Makan Daun Pokok Sayur. Guna Cili Padi

Share

Kebanyakan kita bercucuk tanam di rumah sekadar untuk makan sendiri dan memudahkan keperluan masak.

Tapi walaupun tak banyak tetap ada cabarannya. Dahlah pokok sayur sikit kena pulak serangan perosak. Habis daun sayur dan pokok dimakan belalang, serangga, siput atau ulat.

Memang geram dan kecewa dibuatnya. Tambah lagi musim hujan lagi banyak yang datang. Jadi macam mana nak elak dari ulat dan seranggan perosak ini makan daun pokok sayur kita. Ha…Boleh guna semburan racun organik seperti yang dikongsi oleh Ungku Hazwani.

Cara halau belalang/ serangga/ ulat/ siput dari makan daun pokok

 

Ada beberapa kawan yang tanya Miss Wanie, macam mana nak halau belalang/ulat dari makan daun/pokok kita? Ada cara organik tak?

Lagi-lagi musim hujan ni, ramailah ‘kengkawan serangga’ datang singgah kan
Saya share spray racun organik yang saya gunakan untuk semua pokok-pokok yang ada untuk dijual pada customer.

Antara bahan yang digunakan untuk buat racun organik ini adalah cili padi merah atau serbuk cili bersama bawang putih

DIY spray racun organik

Bahan yang diperlukan:
-1L-1.2L Air
-1 sudu besar serbuk cili/cili padi merah
-¼ sudu besar sabun cecair pencuci pinggan
-¼ sudu besar minyak masak
-4 biji bawang putih (tumbuk halus)

Penyediaan dan cara penggunaan

1. Campur ke semua bahan & tapis.
2. Masukkan dalam botol spray.
3. Boleh spray pada daun pokok sayur atau pokok lain seminggu sekali.
Kalau nampak daun tu sedap sangat kena makan dengan belalang/serangga, spray seminggu 2 kali.

Lagi satu, air rendaman bawang & kulit bawang pun boleh digunakan untuk spray daun yang dimakan ulat. Jangan dibuang. Serangga tak memang tak suka. Mudah kan?

Semoga bermanfaat

 

IKLAN