
Bab cuci bilik air atau tandas memang memenatkan. Bila lama tak dibersihkan lagilah kotoran akan melekat termasuklah termasuklah di lubang tandas.
Dah disental pun masih juga berkeladak. Bagi menyelesaikan masalah ini Puan Suhaili Baharudin berkongsi DIY toilet bomb untuk membersihkanya tanpa perlu memberus.
DIY toilet bomb, campak seketul selesai masalah
Lubang toilet yang berkeladak menakutkan mata itu boleh dicuci semudah abc. Campakkan saja seketul selesai masalah. Jom buat.
- Bahan-bahan yang diperlukan
1 cawan – Sodium bicarbonate (baking soda)
1/4 cawan – citric acid (boleh cari di kedai bakery)
1 sudu hydrogen paroxide (cari di farmasi)
2. Campurkan sodium bicarbonate dan citric acid. Gaul rata dan pastikan tak berketul.
3. Masukkan 1 sudu hydrogen paroxide. Jangan lebih.
4. Gaul lagi. Ia sepatutnya rupa begini. Tak berketul dan tak terlalu basah.
5. Masukkan dalam bekas acuan. Biarkan 4 jam.
6. Selepas 4 jam keluarkan dan letak dalam bekas comel.
7. Campakkan saja seketul dalam lubang tandas rumah, masalah selesai. Segala yang berkeladak tu akan hilang.
Selamat mencuba!
Sumber: Suhaili Baharudin
9 Tip Pilih Durian Yang Elok Isinya, Nak Yang Manis Cari Bentuk Lonjong!

Isi Kandungan
Toggle
Musim durian datang lagi, kalau tengok dah ramai yang menjual raja buah ni dan harganya pun mampu untuk dimiliki. Tapi bagi peminat durian, mereka tak kisah pun dengan harga asal dapat menikmati buah durian yang elok isinya, manis dan sedap.
Ada yang sanggup membayar beratus ringgit hanya untuk tiga atau empat biji durian. Disebabkan harganya yang tak murah itulah, kita kena pandai memilih durian supaya berbaloi dengan harga yang kita bayar.
Agar tak kecewa dengan isinya boleh ikut tip pilih durian yang dikongsi oleh netizen di media sosial ini.
1. Lihat tangkai
Durian yang jatuh dari pokok tangkainya bergerigi. Kalau nampak rata atau macam dipotong, ada kemungkinan durian itu dipetik sebelum masak dan disimpan terlebih dahulu. Selain itu, cungkil sedikit kulit tangkainya dengan kuku, kalau kulitnya tebal, maka isi buahnya pun tebal juga.
Kalau bahagian dalam kulitnya kuning, maka warna isi buah pun kuning juga. Ada juga kes yang durian dicelup dalam pewarna kuning, tangkainya juga akan berwarna kuning, hati-hati ya.
2. Duri jarang dan besar
Jika duri durian jarang dan besar-besar biasanya isinya padat, tapi kalau duri durian dekat dekat isi durian selalunya lembik.
3. Pilihlah buah yang ringan
Durian yang berat biasanya masih mentah, isinya berair atau busuk.
4. Jangan ambil durian yang dah retak kulit
Elak ambil buah yang kulitnya sudah retak atau pecah pada hujungnya. Retak atau pecah pada bahagian kulit durian menyebabkan isinya bercampur dengan udara. Isi durian boleh jadi masam atau tawar.
5. Ketuk dulu, dengar tak bunyi ‘bluk bluk’
Waktu pilih ketuk dulu durian. Jika terdengar bunyi “bluk-bluk” bergema, itu tandanya durian sudah matang atau masak. Tapi bila terdengar bunyi “plek-plek” itu tandanya durian belum matang.
6. Cuba goncang pulak
Untuk memilih isi durian yang berkualiti, goncang buah dan rasakan getaran kecil di dalam buah. Letakkan kedua telapak tangan pada buah durian, diikuti dengan jari-jari tangan dan pegang kuat. Kemudian goncang perlahan-lahan.
Jika ada rasa getaran kecil maknanya isi kering dan matang kerana isi yang kering akan terpisah dari dinding kulit. Manakala isi yang lembap atau terlalu lembik akan melekat pada dinding kulit durian.
7. Pilih yang ada 5 pangsa
Buah durian mempunyai pangsa (bilik-bilik) yang diisi biji dan isi buah. Pangsa durian boleh dilihat pada garis di kulit durian dari bahagian atas sampai bahagian bawah. Durian yang elok isi mempunyai lima pangsa kerana isi buah biasanya lebih banyak berbanding durian yang mempunyai 6 pangsa atau lebih.
8. Bulat banyak isi, lonjong lebih manis
Bentuk bulat menandakan isinya besar dan banyak. Durian bujur atau tidak bulat, biasanya isi sedikit. Akan tetapi, buah yang lonjong selalunya lebih manis dan sedap berbanding buah yang bulat.
9. Cium bau
Dekatkan durian dengan hidung dan cium baunya, jika ia berbau kuat kemungkinan besar buahnya manis. Tapi jika sudah tidak ada bau, kemungkinan buahnya sudah masuk angin dan rasanya hambar.
Semoga durian yang kita pilih tidak mengkal atau yang tidak manis. Ok jom pergi beli!
9 Perkara Kena Buat Bila Dapat Kunci Rumah Baru, Perkongsian Dari Pakar Hartanah

Isi Kandungan
Toggle
Seronok sungguh rasanya bila rumah yang kita beli akhirnya siap sepenuhnya dan kunci sudah pun berada di tangan. Selalunya memang tak sabar nak masuk rumah baru, kalau boleh nak hias secantik yang boleh.
Tapi sebelum melakukan itu semua, kena ingat ada perkara lain yang perlu dibuat sebaik saja kita menerima kunci rumah baru dan perkara ini sangat penting untuk dipraktikkan.
Berikut adalah perkongsian Dr Azizul Azli yang juga seorang pensyarah dan pakar dalam bidang hartanah tentang apa yang perlu kita lakukan.
Bila dapat kunci rumah baru, buat semakkan segera
1. Bismilllah & azan
Mulakan masuk rumah dengan bacaan bismillah dan lebih baik jika kita boleh berdiri di ruang tamu dan azan menghadap kiblat kali pertama masuk rumah kita.
2. Bawa Masking Tape Besar
Tandakan mana mana kerosakkan dalam rumah dengan ini. Tulis huruf atau nombor atas masking tape sebagai rujukan dalam borang aduan.
3. Pen Marker Merah
Tulis no guna pen marker ini atas masking tape tadi supaya jelas kontraktor nak datang baiki nanti. Jangan tulis terus atas dinding. Jika nak tulis terus gunakan kapur berwarna, buat bulatan di situ.
4. Bawa Kayu atau Tongkat
Kepingan ceramik yang kosong jika diketuk akan bunyi kosong. Periksa tiles dalam rumah agar dipasang betul agar tidak pecah dimasa depan. Jika bunyi kosong minta dipasang semula, jika kita tak buat aduan sekarang. Tiles yang sama warna tidak akan ada dimasa depan jika pecah.
5. Bawa Kamera Ambil Gambar
Bagi semua tempat yang tanda tadi ambil gambar, cetak dan kepilkan dalam borang aduan. Ia juga sebagai rujukan kita sama ada pemaju baiki atau belum.
6. Tangga Besi
Jika kecatatan itu tinggi guna tangga untuk panjat dan tandakan.
7. Pita Ukur
Ukur kembali secara rawak ketinggian dan keluasan bukaan. Pernah pemaju bayar ganti rugi rumah dalam perjanjian 20’x70′ , tetapi lepas ukur kediaman hanya 18’7″ bukaan sahaja.
8. Bawa Lampu Suluh
Ada ruang gelap untuk kita masuk dan periksa kerana kita belum pasang lampu lagi.
9. Baldi Air
Buat ujian pergerakkan air dalam kamar mandi, pastikan air bergerak ke lubang air dan tidak membentuk takungan ditempat lain. Isi air penuh baldi dan simbah sahaja.
Kredit : Azizul Azli Ahmad & Sumber Foto: The Vocket
Cara Simpan Biskut Raya Supaya Tahan Lama. 6 Bulan Pun Elok Lagi, Tiada Bau Hapak

Baru masuk hari ke 10 puasa dah ada yang nak buat biskut raya. Memang awal tapi nanti dekat nak raya lagi banyak kerja kena buat.
Cuma satu kerisauan bila buat awal ramai takut biskut raya jadi tak sedap, lemau dan bau hapak.
Supaya tak berlaku kesan begini pada biskut raya yang dah banyak dibuat baker Azamar Norasikim Cikza memberikan tip buat mereka yang nak buat biskut raya awal supaya biskut tahan lama selama 6 bulan, tak bau hapak dan tak lemau.
Tip buat biskut raya awal, biskut tahan 6 bulan tanpa pengawet
Dah ada yang dah start buat biskut raya ke? Kat sini sis nak kongsikan sedikit tip untuk yang mana nak prepare awal biskut raya.
Insya Allah biskut akan tahan selama 6 bulan tanpa guna pengawet. Ini tipnya;
1. Jemur tepung dan gula terlebih dahulu. Ini akan membuatkan biskut menjadi ringgan.
2. Pastikan biskut disimpan dalam bekas kedap udara.
3. Bungkuskan sebunjut garam dan diletakkan ke dalam bekas biskut atau beli saja yang dah ready packing kat kedai bakery.
4. Taburkan sedikit gula ke dalam bekas. Ini untuk elakkan biskut menjadi hapak.
5. Alaskan setiap biskut dengan lapisan kertas minyak.
6. Pastikan biskut betul-betul sejuk baru simpan dalam bekas.
7. Pastikan jenis kekacang dibakar dulu sebelum buat kuih supaya tidak cepat lemau dan hapak.
Semoga bermanfaat
Sumber: Azamar Norasikim Cikza