Dua Anak Jutawan Selamat Diijabkabulkan, 15 Foto Majlis Perkahwinan Paling ‘Mahal’ SM Faliq & Chryseis Tan

Share

 

 

Julai tahun lalu, anak jutawan terkenal Tan Sri Vincent Tan telah dilamar usahawan, SM Faliq SM Nasimuddin.

Faliq, yang juga anak lelaki kepada Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin telah melamar Chryseis Tan,29, ketika mereka berdua bercuti di Marrakesh.

Hampir enam bulan mengikat tali pertunangan, Faliq dan Chryseis akhirnya dijabkabulkan dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup di sebuah resort, The Chateau, Bentong Pahang hari ini.

Berita gembira ini dikongsi oleh Nadia Nasimudin yang juga adik kepada Faliq dalam satu status di instagram miliknya.

“Welcome to the family @chrystan_x !!! #chrysfaliqeverafter,”tulisnya sambil memuat naik video akad nikah abangnya bersama sekeping gambar pasangan pengantin acara menyarungkan cincin.

Dalam majlis itu, Chryseis yang merupakan anak kepada jutawan dalam pelbagai perniagaan termasuk hartanah sah bergelar isteri kepada Faliq, 33 tahun salah seorang pewaris kumpulan Naza dengan sekali lafaz.  Chryseis turut menerima mas kahwin sebanyak RM1,000.

Menggunakan #chryfaliqeverafter foto-foto turut dikongsi oleh tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan paling ‘mahal’ itu. Berikut antara 15foto menarik yang dikongsi di instagram.

Alhamdulillah…

 

 

Cantiknya Chryseis

 

 

Suasana penuh bunga segar

 

 

 

 

Adat masyarakat Cina untuk pengantin baru tak dilupakan

 

 

 

 

Gambar pra perkahwinan di New Zealand

 

 

Sumber: nadianasimuddin #chrysfaliqeverafter

 

 

 

IKLAN