Dua Fibroid Berbahaya Dikesan Saat Bersalin, Nora Danish Dedah Pengalaman Berdepan Risiko Keguguran Atau Berada Di ICU

Share

 

 

Kebanyakan ibu hamil seboleh mungkin mahu bersalin atau melahirkan bayi mereka secara normal. Namun kerana komplikasi tertentu demi kebaikan ibu dan bayi ada masa hasrat bersalin normal tak dapat dilaksanakan.

Demikianlah yang berlaku pada Nora Danish. Walaupun cukup teringin bersalin secara semula jadi tapi kehadiran dua fibroid berbahaya yang dikesan menyebabkan hajatnya itu tak kesampaian.

Mujur juga ia dapat dikesan semasa pemeriksaan kerana ujar isteri Nedim ini ia mungkin menyebabkan dia mengalami keguguran dan kemungkinan dia dirawat di ICU.

Malah kerana perkara ini juga Nora menyarankan wanita lain mendapatkan pemeriksaan teliti untuk mengesan fibroid ini. Perkara ini dikongsi oleh Nora dalam satu entri di instagramnya semalam.

Pertama sekali saya bersyukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan NeyNey kepada kami dan terima kasih juga kepada famili, rakan serta follower yang mendoakan kami.

Saya selamat melahirkan bayi lelaki yang sihat pada 22 Februari lalu dengan berat 2.97kg. NeyNey duedate sepatutnya pada 9 Mac tapi dia dilahirkan lebih awal.

Alhamdulillah walaupun lahir lebih awal dari tarikh jangkaan tapi dia sihat. Saya memang mengharapkan NeyNey dilahirkan secara semulajadi tapi dinasihatkan oleh Dr Aziz agar bersalin dengan pembedahan caeserean kerana selepas pemeriksaan saya diberitahu saya mempunyai dua fibraoid dan ia amatlah berbahaya.

Saya bernasib baik dan bersyukur kerana proses bersalin ssecara pembedahan selamat dan berjaya kerana fibroid ini boleh menyebabkan keguguran atau saya akan berada di ICU.

Secara peribadi saya ingin menasihatkan semua wanita yang merancang mendapatkan cahaya mata mendapat pemeriksaan teliti dengan doktor untuk melihat kehadiran fibroids dan mengeluarkannya.

Saya bernasib baik kerana NeyNey dan saya kini dalam keadaan baik dan beryukur kepada rahmat Allah. Kepada Dr Dato Aziz saya mengucapkan terima kasih kerana sikap profesional dan keprihatinannya.

Rupanya ada peristiwa di sebalik kegembiraan yang dikongsi oleh Nora Danish ketika menimang cahaya mata. Sama sama kita doakan Nora dan NeyNey berada dalam keadaan sihat ya.

 

Sumber: noradanish

 

IKLAN