Duduk Bersila Dalam Pantang, Tindakan Isteri Sharnaaz Cetus Perbalahan Kaum Mak-Mak. Tapi Penjelasan Doktor Ini Leraikan Segalanya

Share

 

 

Selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga, dua minggu lalu pelakon Sharnaaz Ahmad dan isteri Noor Nabila selamat menimang cahaya mata. Pasangan ini juga tidak lokek berkongsi foto anak mereka Jebat Jaydan Ahmad di laman instagram.

Tapi semalam Noor Nabila telah memuat naik status yang telah mencetuskan perbualan hangat kalangan netizen wanita a.k.a kakak-kakak bawang.

Semuanya kerana Noor Nabilah yang baru dua minggu berpantang  memangku anaknya dalam keadaan bersila dan tanpa memakai stokin.

Ia yang menyebabkan netizen wanita terutamanya menjadikan ruang komen di status tersebut hangat berbalas pendapat tentang tindakan ini.

 

VK yang membacanya pun tersenyum sorang bila ada yang mempertikaikan cara duduknya yang tak sesuai untuk wanita lepas bersalin.

Selain dari itu ada juga yang mula menurunkan petua petua pantang yang ada antara kakak bawang tidak bersetuju.

Jom lah baca dulu.

Mama Jebat dah duduk bersila?

Sekarang tak rasa sakit, nanti…

Ngilu tengok

Melihat perbincangan hangat di ruangan komen status tersebut, seorang doktor tampil memberi penjelasan tentang perkara tersebut Rusyainie Ramli tampil memberi penjelasan tentang perkara tersebut.

Tak salah bersila asalkan selesa

 

Cuaca panas takpelah tak pakai stokin

Ok macam mana kakak-kakak bawang puas hati tak dengan penjelasan doktor tu. Tak puas hati takpe, ikut je cara pantang yang korang selesa.

 

Sumber: noornabila & Rusyainie Ramli

 

 

 

IKLAN