Lelaki pada hari ini turut sama ingin berkulit cantik dan sihat. Hal ini turut berkait rapat dengan penjagaan kebersihan. Seorang pengguna Twitter dengan nama Danial Faris Hashim mendedahkan regim penjagaan kulit wajah daripada berjerawat kepada kulit yang bersih di laman sosial itu.
Perkongsian lelaki ini mendapat ulang kicau yang tinggi lebih 7,000 kali. Jom tengok macam mana dia rawat kulit berjerawat ni sampai jadi cantik.
Kulit muka penuh jerawat
Asyik nak picit jerawat je
Syampu mengundang jerawat
Ads
Ubah turutan mandi
Pencuci muka lelaki kurang berkesan
Pakai pencuci muka emak
Pakai toner juga
Tak lupa pakai scrub
Ads
Sebulan sekali pakai mask
Pilih yang murah saja
Guna ais
Asingkan tuala muka dan tuala badan
Kerap tukar cadar dan sarung bantal
Ads
Pentingnya menggunakan sunscreen
Penjagaan bibir
Berbeza kulit dulu dan sekarang
Macam nak share cara aku recovery dari kulit yang berjerawat kepada kulit sekarang. Tapi ada yang nak baca ke ? Hahahahaha pic.twitter.com/AmiLwAaptv
Penampilan pelakon dan pengacara Hanis Zalikha ini memang tak pernah mengecewakan. Sentiasa dilihat cantik tak kira apa juga imej atau gaya yang dibawa.
Namun semalam sempena menyambut hari raya Aidiladha, penampilan isteri kepada Hairul Azreen ini di luar kebiasaan.
Tidak mengenakan baju dari pereka terkenal sekadar mengenakan khimar tapi gaya hanis dilihat cukup manis sehingga mendapat pujian peminatnya di instagram.
Mengenakan tudung labuh atau khimar gaya Hanis penuh sopan malah dilihat cukup manis sehingga mendapat pujian peminat. Macam bidadari syurga, ujar salah seorang peminatnya.
Apabila hormon dalam badan tidak seimbang, banyak perkara tidak elok berlaku pada badan. Misalnya kitaran haid terganggu, tumbuh jerawat dan emosi mulalah tidak stabil. Ya, sememangnya hormon seseorang individu itu berkait rapat dengan emosinya. Namun hormon dalam badan juga boleh diseimbangkan dengan cara semula jadi. Cubalah.
Pengambilan 20 hingga 30 gram protein dalam setiap makanan yang diambil boleh bantu meningkatkan hormon dalam badan. Dalam banyak-banyak sumber makanan protein, telur adalah sumber protein yang dikatakan sebagai terbaik. Makanlah telur setiap hari untuk membantu meningkatkan tahap metabolisme. Telur juga boleh membantu menurunkan berat badan dengan lebih cepat.
Emosi dan hormon manusia saling berkait rapat antara satu sama lain. Jika sedang berada dalam keadaan yang negatif misalnya sedih, pilu, sayu, marah, takut dan sebagainya, cuba tarik nafas dalam-dalam. Hal ini boleh bantu hormon lebih stabil. Berperasaan negatif boleh menyebabkan hormon dalam badan tidak seimbang.
Makanan yang diproses kebanyakannya menggunakan racun serangga, suntikan hormon dan pelbagai lagi bahan yang tidak elok untuk tubuh manusia. Penggunaan hormon sintetik dalam makanan boleh menyebabkan badan kita keliru dengan hormon semula jadi yang ada dalam badan. Jadi mulai hari ini ayuhlah kita makan makanan organik yang bebas daripada hormon sintetik dan suntikan. Hal ini boleh membuatkan badan kita lebih seimbang kandungan hormon.
Sesekali cubalah pergi ke spa yang ada menawarkan mandian detox. Mandian detox membantu meningkatkan tahap magnesium dalam badan dan menurunkan hormon stres dari dalam badan. Boleh juga buat di rumah jika anda mempunyai tab mandi untuk berendam.
Minyak pati atau essential oil sememangnya sangat berkesan untuk membantu seseorang itu lebih relax sekali gus membantu hormon dalam badan jadi seimbang. Hanya sapukan minyak ini ke atas tubuh dan gosok lembut. Boleh juga dititiskan dalam air yang menyebarkan wap segar ke seisi rumah.
Selalu ada laluan pejalan kaki yang diletakkan batu-batu timbul di taman rekreasi kan? Laluan berbatu ini sebenarnya membantu untuk seseorang individu itu menstabilkan hormon dalam badan. Kaki kita mengandungi lebih kurang 1,300 urat saraf. Jadi berjalan kaki ayam di atas batu timbul boleh merangsang urat saraf ini sekali gus membantu seimbangkan hormon. Best kan?
Senang je nak seimbangkan hormon ni rupa-rupanya kan?
Sedangkan jerawat tumbuh sebutir pun kita dah risau, ini kan penuh muka. So boleh faham perasaan mamat ni macam mana.
Tension kena breakout yang teruk, dia puas usaha guna pelbagai produk termasuklah yang viral untuk mengubati jerawat yang tumbuh melata tapi tak jugak berkesan.
Sampailah satu masa @irwnraz tekad mencuba produk berharga RM 7. Jangan tak percaya produk murah inilah yang paling berkesan buat kulitnya. Wajahnya beransur pulih dalam tempoh tiga hari menggunakannya. Sampailah sekarang dah tak nampak lagi jerawat.
Untuk korang yang ada masalah sama bolehlah cuba. Tak rugi, modal cuma RM7 jer.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...