Stres tak bila diet macam nak rak tapi berat kekal juga pada angka yang sama. Naik tidak, turun tidak.
Jurulatih pelangsingan, Coach Fatin Najwa pernah berbadan gemuk suatu ketika dahulu. Dia memahami keadaan diet orang gemuk yang ada kalanya tidak sabar untuk kurus.
Fatin mendedahkan ada 7 sebab mengapa berat badan anda tetap statik walau sudah puas berdiet.
IKLAN
1️. Diet harian tinggi garam
Garam ialah antara punca utama water retention. Ataupun nama famous dia “gemok air”. Bukan sebab minum air banyak tapi banyak ambil agen water retention ni. Jaga-jaga ya. Punca selulit juga ni!
2️. Gagal buang air besar hari-hari
Makan hari2 tapi tak buang air besar hari2. So ke mana nak dibuang hasil sisa makanan yang dah dihadam tu? Buat koleksi dalam badan. Biasanya situasi ni disebabkan kurang ambil fiber & kurang minum air kosong bila diet.
3️. Tengah datang bulan
Yes berat akan naik sedikit tapi takde la sampai 3-4kg. Jangan jadikan alasan period berat naik banyak ya.
IKLAN
4️. Timbang waktu lain-lain
Last week sebelum subuh dah timbang. Minggu ni waktu malam pulak lepas makan dinner dengan family. Takkan sama ❌!
5️. Karbo tak salah untuk diambil dalam diet
Tapi portion kena jaga. Kalau ambil berlebihan susah nak turun berat.
6️. On medications
Akan slow kan penurunan berat sedikit. Sebab tu kena aim untuk sihat dulu. Kalau sakit, macam-macam cabaran nak turun berat nanti.
IKLAN
7️. Setiap hari nak timbang berat
Bangun tido timbang, lepas mandi timbang, sebelum makan timbang, lepas makan timbang, lepas senaman timbang, sebelum tido timbang. Jangan obses sangat dengan penimbang tu please!
Memang progress angka di penimbang ni penting. Tapi ianya bukanlah SEGALANYA. Banyak lagi progress yang korang boleh measure selain berat ni. Ukurlilit badan, saiz baju, stamina dan tenaga, skin complexion, etc. Keep calm & enjoy your journey. Ambil kira semua progress bukan berat je okay?
Nak cambah biji benih untuk tanam sayur tak semestinya guna tanah. Kalau tak nak kotor dan bersepah boleh guna kaedah span macam ni.
Langkahnya boleh...
Hidangan spageti terutama spageti bolognese memang selalu kita sajikan. Termasuklah ketika bulan puasa. Selalunya waktu sahur, bila tak lalu nak makan nasi.
Bagi memudahkan kerja...
Mesti ramai peminat sambal paru kan. Dapat pula yang garing, pedas-pedas ada manis sikit memang sedap.
Selau makan kat kedai, kali ini kita cuba buat...
Lipan antara binatang yang selalu dijumpai dalam rumah. Kalau dalam bilik air kerap kali akan muncul anak-anak lipan di lantai hingga buat kita terkejut.
Walau...