Duluu 146kg Sekarang 90kg! Enot Dedah Rahsia Makin Slim & Cantik

Share

 

Ramai yang terkejut melihat gambar terbaru pelakon dan pelawak Enot yang banyak dikongsi dalam media sosial. Dia yang dulunya berdepan dengan masalah berat badan kini semakin slim.

Bila badan dah kurus, makin cantik dan bergaya pulak dia. Ya lah kan dah senang cari baju.

Mesti ramai nak tahu rahsia kurus Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah. Bagi yang mengikuti instagram pelawak berusia 40 tahun ini sudah pasti tahu rahsianya.

Dia dilihat selalu mempromosikan produk suplemen yang turut diamalkan. Ha inilah rahsia dia.

 

Bagaimana pun dalam status dia juga berharap agar orang ramai tak kaitkan perubahan saiz tubuhnya kerana penyakit yang dikaitkan dengannya satu ketika dulu. Sebaliknya Enot berharap agar netizen mendoakan dirinya terus sihat.

 

Sebenarnya ini bukan produk pertama yang digunakan oleh Enot, sebelum ini dia turut pernah menjadi duta untuk satu produk pelansingan badan.

Sumber: Instagram Enot

 

 

IKLAN