Elak Buah Berulat Akibat Serangan Lalat Buah. Buat Perangkap Ini Gantung Pada Pokok

Share

Dari luar nampak buah elok cantik tapi bila potong, buruk dan berulat di dalam. Memang frust, apa lagi kalau kali pertama boleh berbuah. Ia boleh jadi pada pokok buah jambu, mangga, ciku, cili, limau dan sebagainya.

Buah yang berulat ini berpunca daripada serangan lalat buah. Supaya kita dapat hasil buah yang elok, kena hindarkan serangan perosak ini terlebih dahulu.

Caranya dengan buat perangkap lalat buah menggunakan botol plastik. Boleh ikut perkongsian dari Iszaynuddin Abd. Hamid untuk membuatnya.

Cara buat perangkap lalat supaya buah tak buruk atau berulat

1. Sediakan botol air mineral  terpakai kemudian cat bahagian luarnya. Seterusnya buat lubang pada sekeliling botol. Boleh panaskan screw driver untuk buat lubang ini. Boleh juga gunakan bola plastik.

2. Ambil kapas dan titis hormon feromon cecair pemikat lalat buah ini. Lalu masukkan kapas dalam botol kemudian tutup. Cecair pemikat lalat buah ini boleh beli di Shopee.

3. Sapukan bahagian luar botol yang dicat tadi dengan gam untuk serangga. Gam ini juga boleh beli di Shopee.

4. Kemudian boleh gantung botol pada pokok buah. Bau feromon ini akan menarik minat lalat buah untuk datang dan seterusnya melekat pada gam.

NOTA: Jika pokok tidak diserang lalat buah, tak perlu membuat perangkap ini. Jika dilakukan ia seperti jemputan kepada lalat buah untuk menyerang buah pada pokok.

Selamat mencuba.

Sumber: Iszaynuddin Abd. Hamid

IKLAN