Masalah power window rosak selalu dialami oleh kereta yang dah 4-5 tahun digunakan. Tingkap jadi berat nak tutup kemudian jammed.
Salah satu punca masalah power window ini berlaku adalah kerana tidak melakukan penjagaan getah pada tingkap kereta atau dipanggil run channel. Demikian menurut perkongsian Altimate Auto Garage dalam satu video di laman TikTok.
âKorang tolonglah jaga getah tingkap kereta ini, kalau tak jaga itu yang buat rosak power window kereta,âpesannya.
âBila cuba naikkan tingkap tapi jadi berat cuba tengok getah atau dipanggil run channel.
âSebab ia boleh buat tingkap jadi berat dan menyebabkan motor bergerak secara paksa. Bila ini motor bergerak secara paksa, ia akan jadi panas dan kemudian boleh buat motor jammed.
âCara nak jaga getah ini senang saja, guna silikon spray (boleh cari dekat Mr DIY atau beli online). Ataupun guna minyak.
âCara nak guna, spray saja dekat celah celah getah. Bila dah spray, cermin akan bergerak dengan lancar.
âJangan abaikan getah ini, spray ini murah saja. Elok elok modal kecil tak pasal pasal kena tukar power window,âpesannya lagi.
@altimatautogarage Getah tingkap tak jaga,motor power window jahanam,makan modal. #bengkel #bengkelkereta #bengkelaircondkereta #repair #repairkereta #keretarosak #repairaircond #repairaircondkereta #servicekereta #serviceaircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkereta #aircondkeretabusuk #aircondkeretabocor #aircondkeretapanas #bengkelkeretakuang #bengkelkeretasungaibuloh #bengkelkeretapilihan #baikikereta #automotive #repairkereta #bengkelbumiputera #mobil #viral #fyp #trending #trend #viralvideo #bengkeltiktok #pomen #mekanik #pomentiktok #mekaniktiktok #pomenmelayu #mekanikmelayu #pomenkampungmaintiktokð€£ð€£ð€£ #mekanikkampung #bengkelviral ⬠original sound â Altimat Auto Garage
Â