Walau tinggal nun jauh di Birmingham United Kingdom tapi anak kecil bernama Fatimah aka Timoh cukup popular kalangan rakyat Malaysia. Semuanya gara-gara kepetahannya bercakap dalam loghat Kelantan. Lagi meriah bila adiknya Ali turut mengikut kepetahan kakaknya.
Terbaru melalui perkongsian di instagram Fatimah, 4 tahun sudahpun mula bersekolah rendah. Tapi apa yang menarik adalah reaksi adik Fatimah iaitu Ali yang begitu sedih bila terpaksa berpisah dengan Fatimah sekali pun hanya beberapa jam.
Lebih menyentuh hati bila melihat cara Fatimah mententeramkan adiknya Ali. Korang tengoklah video ini. Menurut ibunya dia sudah dapat menjangka perkara ini akan berlaku memandangkan keduanya cukup rapat ibarat kembar.
“Momen ini memang menyentuh hati. Ia berlaku sebelum Fatimah ke sekolah semalam. Seperti dijangka, ali mula menangis. Kami semua tahu waktu ini akan tiba kerana mereka berdua cukup rapat macam anak kembar yang mustahil untuk dipisahkan.
Kami tersentuh hati melihat kematangan Fatimah menenangkan Ali. Dia habiskan masa lebih setengah jam untuk memujuk adiknya sambil dia juga cuba menahan air mata. Dia memang kakak yang baik. Moga Ali dapat cepat menyesuaikan diri dengan perubahan ini,”ujar ibunya.
Ads
Melihat aksi dua beradik ini meski hati sebak tapi keakraban sebeginilah yang seharusnya diterapkan kalangan anak-anak. Saling menyayangi antara satu sama lain.
Cabaran fizikal, mental dan semangat ‘brotherhood’ antara elemen menarik yang akan dipapar dalam Maskulin Who’s Your Bro, satu lagi program realiti terbaru yang bakal ditayangkan di Astro Ria.
Hasil kerjasama Astro dan Nu Ideaktiv Sdn Bhd, ‘Maskulin Who’s Your Bro’ dijangka bakal membawa penonton melangkaui batas fizikal dengan menawarkan perspektif baharu bagi genre realiti TV.
Ketua Bahagian New Gen, Men & Hobbies Nu Ideaktiv merangkap Editor Pengurusan Maskulin, Fiezreen Ahmad berkata Maskulin Who’s Your Bro bukanlah sebuah program skeptikal, dimana buat julungkalinya program ini bakal memberi perspektif baharu terhadap hubungan ‘Brotherhood’ antara lelaki secara realiti.
“Rancangan Maskulin Who’s Your Bro dilihat mampu menyampaikan nilai maskuliniti yang sejati dengan pengisian tentang kisah perjuangan, kesilapan yang diatasi bersama serta bagaimana sokongan rakan mampu membawa perubahan besar.
Malah, seramai 12 orang peserta lelaki dari pelbagai latar belakang kerjaya, telahpun disenarai pendek dan akan dipasangkan menjadi duo dinamik, dalam mengharungi pelbagai cabaran yang bakal menguji daya ketahanan dan persahabatan sejati mereka sepanjang rancangan ini.
Mengulas lanjut, Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari turut menzahirkan rasa teruja untuk memperkenalkan Maskulin Who’s Your Bro kepada para penonton.
“Program ini membawa naratif baharu dalam dunia realiti TV dengan eksplorasi kekuatan emosi, ketahanan diri, dan bagaimana hubungan brotherhood dapat mencetuskan perubahan.
“Kami percaya bahawa rancangan ini akan merentasi sempadan budaya dan generasi. Dengan produksi yang penuh dedikasi dan penyampaian visual dan naratif yang tidak klise,” ujarnya.
Malah, Idlan dan Fiezreen sepakat bahawa rancangan ini merupakan satu manifestasi sempurna! Dimana sinergi antara kandungan premium Astro dan wawasan strategik Maskulin digabungkan menjadi satu.
“Kolaborasi ini tidak hanya mengubah norma tetapi juga membuka ruang untuk perbincangan yang lebih mendalam tentang semangat persaudaraan lelaki. Bersama, kami mencipta platform yang meraikan kekuatan emosi dan fizikal secara holistik,” ujar mereka.
Sekadar info, Maskulin Who’s Your Bro diilhamkan untuk mentakrif semula konsep maskuliniti dengan menonjolkan hubungan persaudaraan yang utuh, ketahanan emosi dan daya saing yang sihat antara lelaki.
‘Maskulin Who’s Your Bro’ dijangka bakal menemui penonton secara eksklusif di saluran Astro Ria bermula 29 November 2024, setiap Jumaat jam 9 malam.
Walaupun tinggal jauh di Sweden namun dia tular di laman sosial negara ini gara-gara kecomelannya.
Dengan kulit yang putih, mata yang bulat dan serta bulu mata lentik ramai netizen terutama wanita geram dan tak puas melihat Dhuhaa Sophea Stumbrys yang berusia sembilan bulan ini.
Sebagai ibu kepada bayi yang tular ini Siti Safuraa Hamzah turut terima tempiasnya. Cerita anak kelahiran Besut Terengganu yang mendirikan rumah tangga dengan jejaka Rusia ini selain pengikut di media sosial bertambah, dia juga menerima banyak pertanyaan.
Namun katanya soalan paling ‘hot’ atau kerap ditanya terutama para ibu adalah apa amalan yang dilakukan sewaktu mengandung sehingga lahir anak yang comel.
“Memang ramai yang tanya soalan ini, sama ada mesej saya secara peribadi, di ruangan komen termasuk ketika buat live.
“Sebenarnya saya tak amalkan apa-apa pemakanan khusus waktu mengandung dulu. Mungkin ini rezeki kurniaan Tuhan buat saya dan suami.
“Cuma masa hamil dulu saya suka baca dan dengar ayat suci al-Quran. Surah yang paling saya gemari adalah surah Ar Rahman.
“Waktu itu saya sangat sensitif, mudah menangis dan bila dengar surah tu saya rasa kuat dan sangat terkesan sampai ke jiwa.
“Selebihnya saya banyakkan zikir dan berdoa agar Allah sentiasa lindungi saya dan kandungan,”ujarnya yang tinggal di Sweden selepas mendirikan rumah tangga dengan Asadullah.
Meski bukan selebriti namun Siti Safuraa & suami, Asadullah Stumbrys, 33 sudah dapat menerima perhatian yang diberikan terhadap anaknya.
Ini kerana di Sweden sendiri ke mana saja Dhuhaa pergi dia selalu menjadi tarikan orang sekeliling yang melihat dirinya.
“Mana-mana kami bawa memang akan ramai memandang dan menegur dia. Malah ada juga yang nak ambil gambar.
“Baru-baru ini kami ke Lithuania ke rumah mentua. Situasinya pun sama, memang banyak mata yang memandang dia dan berbisik. Kata mentua mereka suka lihat Dhuhaa,”ujar Siti Safuraa ketika dihubungi.
Bercerita penerimaan suami terhadap reaksi netizen di Malaysia kepada Dhuhaa jelas Siti Safuraa walaupun awalnya kurang senang bila dia memuat naik gambar anak tapi akhirnya suami dapat menerima dan terbiasa dengan keadaan tersebut.
“Peringkat awal suami memang tak berapa suka saya muat naik gambar Dhuhaa di instagram sebab dia bukan jenis yang terbuka. Suami saya tiada akaun Facebook atau instagram.
“Dia tak berminat untuk bersosial dengan cara ini. Tapi lama kelamaan dia macam dah redha sebab isterinya memang suka dan aktif di media sosial.
“Tapi saya pastikan perkongsian yang dibuat tidak berlebihan atau menonjol. Suami juga dah terbiasa Dhuhaa jadi perhatian. Dia sendiri alaminya di sini bila orang selalu tegur dan nak ambil gambar anaknya.
“Cuma kami sendiri pun kena hati-hati, takut juga berlaku perkara yang tak elok,”luahnya yang menyambut hari raya di Sweden.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, mungkin juga Dhuhaa mewarisi potensi ibu yang dulu pernah menjadi model.
Menyentuh tentang perkara ini kata Siti Safuraa, soal masa depan memang tidak boleh dijangka namun dia cuba mengelak anak ke arah itu.
“Dia masih kecil tapi kalau boleh saya cuba elakkan dia untuk ke arah itu melainkan kalau itu memang dah rezeki dia. Saya memang tak simpan hasrat untuk dia ceburi bidang modelling.”
Bercerita tentang Dhuhaa lagi, katanya yang menyambut hari raya Aidilfitri di Sweden, meskipun manja namun anak sulungnya itu cukup senang diurus.
“Alhamdulillah dia jenis yang tak banyak ragam melainkan jika dia betul-betul penat atau tidurnya terganggu.
“Kalau semuanya ok, dia tak meragam. Saya boleh buat kerja dan dia tak kacau pun,”ujarnya.
Kaedah pengiklanan yang digunakan oleh kebanyakan produk mencerahkan kulit memang sangat menggoda. Apatah lagi sudah terpahat dalam minda orang ramai, kulit yang putih itu lebih cantik menawan berbanding kulit gelap. Tak hairanlah jika produk pencerah kulit dapat sambutan lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin berkulit cerah gebu dengan cepat.
Tapi sebenarnya produk pencerah ini tak semuanya selamat, ada kandungannya yang mampu menjejaskan kesihatan seperti yang berlaku kepada gadis yang dikenali sebagai Wa Ell. Akibat mahu kesan kulit wajah putih cara pantas, buah pinggangnya rosak dan rawatannya menelan belanja yang besar. Semoga perkongsian gadis ini dapat dijadikan ikhtibar iktibar.
salam semua , hari ni baru aku nak bukak cerita pasai aku punya kes last year sebelum nak raya lagi dua minggu aku masok hospital kpj pasai apa ampa nak tau ? tuh la org kata nak cantek punya pasai sampai sanggup memudaratkan diri sendiri. . pendek cerita mcm ni la, hat mana nak lawa nak puteh gebu gebas flawless bagai tuh xpyh la pi injection vitamin c pala bapak pa semua tuh mengaqot weh semua side effect dalaman habeh rosak buah pinggang , aku ni bukan kes rosak buah pinggang ni kes dah mati dah buah pinggang aku mang 100% kena buang di sahkan oleh dokter.
mula tuh aku ada ketumbuhan kat pundi kencing , aku p klinik KSWAN kat desa wawasan bukit mertajam aku p check dulu ,mula tuh dia xpasti dia ingat aku ada cyst tp bkn bledder cyst, tah pa kejadah tumbuh kat pundi kencing aku semua sbb akibat pemakanan supplement tak tehawan aku amk dulu punya nk cantek aku pon makan la collagen nk puteh la apa la last kali nahhh amik hang dok la hospital seminggu sakit pon dapat.
mengelupoq dlm hospital xleh nak lena pya dok tahan sakit sampai qeyau suruh nurse cucuk bg ubat tahan sakit ampa tau dak . aku mang rasa serik ya amat dh time tuh .operations pi dah ketumbuhan kat pundi kencing tuh , kena pi 12k sekali operations ? ampa tgk nk cantek modai x sampai 12k ,skali sakit nahhh Allah tarik habeh nikmat aku 12k aku byq bil hospital kat kpj . ? ni pengajaran buat aku la nk lawa sgt kan tanggunglah akibat. pastuh dokter cakap kat aku buah pinggang aku dh mati kena operation buang tapi buang sebelum kawen sbb takot side effects kot lain plak . takot merebak kuman. kampoi duit plak nk operations ni ? .
tuh la org kata nk lawa smpai memudaratkan diri sendiri buat apa ? biaq lah kulit hitam pon xpa aih asalkan hati tuh jgn hitam sdh la weyh . sbb bnda ni dh jd kat aku so aku nk ampa alert la bnda2 mcm ni . jgn sampai kesihatan ampa terjejas . ampa tgk aku muda2 lg x kawen g pon dh mcm2 penyakit dok mai . org nampak luaran kita nampak sehat tapi hakikat dia dalaman kita xtau pasai x nampak , seumur hidop aku xpnh p check dalaman aku kat hospital, bila rasa sakit baru terjah p hospital buat CT scan smua dpt lah result ? aku cuma nak pesan lah .pompuan hat kat luaq tuh xpyh nk lawa sgt lah klu makan ubat nk bg puteh smua tuh leh merosakkan buah pinggang ampa dgn injection pa kejadah tuh bkn lulus KKM pon sbnrnya . tuh ja aku nk share cerita aku . derita weyh . sedih ?
Semoga kisah wanita ini jadi pengajaran untuk semua. Tak salah nak tampil cantik tapi jangan sampai gadai kesihatan diri sendiri.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...