Kelahiran cahaya mata seharus menambah kebahagiaan, namun ketentuan Tuhan siapa dapat menduga. Mohd Kaharuddin Abdul Rahman, penjaga gol skuad Negeri Sembilan harus redha dengan takdir Ilahi bila isteri yang baru bersalin serta anak yang baru dilahirkan meninggal dunia akibat komplikasi.
Berita itu dikongsi oleh Persatuan Pemain-pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFA Malaysia) semalam melalui laman sosial mereka.
Namun apa yang membuat hati rasa sayu bila membaca luahan hati Mohd Kaharudin dalam instagram yang ternyata tidak dapat membendung perasaan rindu pada arwah isterinya.
Tengok anak makin nampak awak!
Ads
Yang penting awak bahagia bersama anak kita Sumayyah
Ads
Ummi yang hebat
Semoga Allah membalas semuanya
Sama sama kita doakan ketabahan Mohd Kaharudin, dan semoga arwah isteri dan anaknya di tempatkan kalangan penghuni syurga.
Segalanya bermula apabila kecoh mengenai penggambaran prewedding Safiey Illias yang kemudian disangkal kerana sebenarnya penggambaran soal perniagaan. Kemudian kecoh pula mengenai sindir-menyindir antara dia dengan Nur Sajat Kamaruzzaman.
Netizen mulai mempersoalkan mengenai kewajaran dua individu ini dibiarkan terus dengan kekeliruan identiti mereka.
Kekecohan di media sosial ini akhirnya mendapat perhatian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh. Beliau menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan dua jutawan kosmetik tersebut.
Tujuan utama pertemuan itu ialah untuk membincangkan mengenai isu konflik identiti yang melanda Safiey dan Nur Sajat. Mudah-mudahan ianya boleh membantu mereka kembali kepada fitrah.
Fuziah mempunyai latar belakang pengalaman dalam bidang kaunseling. Menurut Fuziah konflik dalaman kedua-dua personaliti itu perlu diselesaikan dengan pendekatan berhemah, bukan dengan membenci mereka.
“Saya tidak mengatakan apa yang dilakukan mereka itu betul dan boleh diterima kerana yang haram tetap haram, tapi pendekatan dakwah yang perlu diambil bukan dengan cara menghukum,” memetik kenyataannya yang dikeluarkan oleh Bernama.
Fuziah juga mengakui pernah menyaksikan golongan lelaki menyerupai wanita yang kembali kepada fitrah selepas didekati secara berhemah.
Semua tahu adik beradik Rozita Che Wan atau Che Ta memang cantik-cantik belaka malah bergaya. Mereka ini juga kerap menarik perhatian netizen di instagram bila selalu berkumpul untuk berposing bersama-sama.
Cuma sejak beberapa bulan lalu, salah seorang adik Che Ta iaitu Ruby Che Wan tampil berbeza daripada sebelum ini.
Jika dulu Ruby yang juga isteri Lan Pet-Pet ini bergaya ranggi tapi sejak kepulangannya dari mengerjakan ibadah haji tahun lalu tudung litup yang labuh mengganti imej lamanya.
Memang sejuk mata memandang penampilan baru Founder Putih Ajaib by RCW ini. Malah netizen juga memuji imej baru Ruby yang dilihat cukup manis dan makin cantik meskipun tidak bermekap.
Ruby dan Lan Pet-Pet berangkat ke Makkah pada hari ulangtahun perkahwinan mereka dan ia diibaratkan sebagai hadiah yang paling istimewa buat keduanya.
Ternyata pemergiaannya ke tanah suci untuk menunaikan rukun Islam kelima itu memberi impak yang besar buat Ruby.
Baru usia 30 hari, anak Fizo dan juga Mawar bakal jadi model tudung Fareeda. Kalau betul, Wan Maryam mungkin jadi model paling cilik.
Sesuailah kan dengan status ibunya Mawar Abdul Karim yang merupakan pengusaha dan juga duta tudung Fareeda. Perkara itu diumumkan sendiri oleh Mawar dalam satu perkongsian di instagram miliknya.
“Wahai Maryam bakal jadi model tudung kids n blouse fareedagroup. So uncle n auntie stay tune ok. Lepas ni Maryam akan melaram dari mama dia.”
Selain akan menjadi model untuk tudung dan blaus kanak-kanak, ujar Mawar beliau juga akan menggunakan nama Maryam sebagai jenama untuk produk kanak-kanak Fareeda Kids.
Untungnya la Maryam ni. Kita sendiri pun tak sabar nak tengok model cilik ni beraksi. Ini mungkin saingan Aaisyah Dhia Rana.
Fizo dan Mawar menimang cahaya mata pertamanya pada 30 Disember tahun lalu selepas melakukan rawatan kesuburan setelah lebih dua tahun mendirikan rumah tangga.
Kenal pasti 5 petanda emosi dan fizikal yang menunjukkan remaja mungkin menjadi mangsa buli secara senyap, serta langkah intervensi awal yang perlu diambil oleh orang dewasa.