Sebelum ini pernah viral dengan “Fatimah stres”, beberapa hari lalu anak kecil dari keluarga Melayu yang tinggal di United Kingdom ini kembali trending di laman sosial dengan perkataan ‘gapoever’ yang dicipta secara spontan.
Aksi Fatimah dan adiknya Ali itu dirakam dalam satu video dimuat naik melalui instgram thefamily.uk. Kedua beradik yang popular dengan kebolehannya bercakap dalam loghat Kelantan kalangan rakyat Malaysia itu sedang bermain watak doktor pesakit sebelum perkataan baru itu muncul.
Ali yang menjadi doktor dalam video itu mencadangkan beberapa cara rawatan untuk Fatimah yang kurang sihat termasuk berhenti memakan piza malah turut mahu merawatnya dengan memotong rambut dan kuku.
IKLAN
Melihat pelbagai kerenah adiknya itulah maka Fatimah dengan selambanya mengeluarkan perkataan gapoever. Perkataan ‘gapoever’ atau dalam bahasa Inggeris ‘whatever’ (apa sajalah) menimbulkan kelucuan kalangan netizen yang menonton video tersebut.
“Bila sosial media heboh dengan perkataan ‘gapoever’ ini, anak berusia empat tahu ini kami tak tahu pun dia sebenarnya sedang mencipta trend baru dengan aksi spontannya.
Selepas ini tiada lagi ”whatever” sebab diganti dengan ”gapoever”. “Gapoever”, diasaskan oleh Fatimah O. Mukhlis, 11 Februari 2018,”tulis ibu bapa Fatimah dalam satu entri di instagram.”
IKLAN
Dalam pada itu mereka turut memuat naik video memaparkan sesi soal jawab dengan Fatimah tentang perkataan baru yang diciptanya. Video lucu ini juga menarik perhatian netizen hingga mendapat lebih 290 ribu tontonan.
Memang confirm akan tersenyum tengok video Fatimah nih.
Karpet dah cantik terhampar tapi bila dah lama pakai mulalah bahagian bucu 'terkepak' atau bergulung ke atas.
Bila dah terkepak atau tak rata macam ni...
Bila tanam pokok sayur atau buah memang tak dapat lari dari serangan serangga perosak yang kehadirannya akan menjejaskan tanaman dan hasil. Cara mudah untuk...
Ramai yang menanam pokok cili sekitar rumah dan biasanya ada beberapa masalah pokok cili yang selalu jadi rungutan.
Buah busuk, bunga gugur, daun kerintiing dan...
Buah strawberi ini memang sedap dimakan segar sebab itu ramai yang sanggup beli walaupun mahal.
Tapi ada juga situasi dah beli banyak dan mahal akhirnya...
Ayam percik ini antara menu yang selalu dijual di pasar malam atau restoren. Paling banyak dijual waktu bulan puasa.
Tapi kalau hati teringin nak makan...
Dulu setiap rumah mesti akan ada gerobok atau almari untuk simpan lauk macam ni. Tapi sekarang kebanyakkannya dah tak digunakan lagi, mungkin terbiar di...