Cita rasa fesyen kita berbeza, ada yang suka nampak classy. Ada yang suka nampak ringkas dengan sesuatu yang kasual. Tak kurang juga ramai yang memandang jenama sesuatu produk fesyen itu terlebih dahulu sebelum membeli dan memakainya.
Tapi bagi pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay apa pun yang dikenakan sentiasa nampak cantik bergaya walaupun dia berhijab. Melalui instagram Liyana juga berkongsi tip fesyen yang dipraktikkan. Paling utama katanya mix and match.
I’m still me. It’s hard to change. I love my oversize tshirt and color shoes. I remember I have converse in every color and with the glitter ones too. I tend to buy the same thing over and over again. Last last, almari penuh dgn style yg sama cuma warna je lain.
Akibat suka membeli sesuatu yang sama berkali-kali, akhirnya almari Liyana penuh dengan gaya yang sama. Yang berbeza cuma warna saja.
Harga bukan penentu cantik atau tidak
Oh baju yang cantik, tak semestinya mahal.. Kalau ada taste, apa2 brand pun kalau pandai mix and match akan jadi ons!
Liyana menyarankan kita kena bijak suai padan. Jangan pentingkan jenama sangat. Ini kerana cita rasa kitalah yang jadi penentu. Kalau ada cita rasa, jenama apa pun yang kita beli boleh nampak cantik asalkan bijak suai padan.
Ads
Jom tengok gaya Liyana di bawah ni.
T shirt over size dan kasut warna terang. Liyana Jasmay sangat!
Ads
Baju turtle neck. Saiz tetap besar.
Saiz besar tetap jadi pilihan Liyana.
Ads
Kardigan labuh bercorak jadi pilihan.
Blaus besar dengan seluar corak jalur. Tetap cantik.
Mungkin ada yang rasa cantik bila mengenakan solekan tebal malah sampai satu tahap tak akan keluar rumah tanpa mekap mampan.
Awas ya bagi anda yang ada perasaan begini sebab dari aspek psikologi ia merupakan petanda masalah.
Kajian mengatakan sering memakai solekan tebal bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan kulit tetapi sebenarnya ia menganggu kesihatan mental.
Sebuah penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Psikologi Sosial mendedahkan, kebiasaan mengenakan mekap tebal akan menyebabkan wanita kurang keyakinan diri. Sekaligus, membuatkan mereka tidak suka dengan diri sendiri.
Satu kajian telah dijalankan ke atas pelajar universiti Scotland yang sering mengenakan solekan dan tidak mengenakan solekan.
Hasil kajian mendapati responden yang memakai alat solek hanya untuk memuaskan diri mereka sendiri.
Tapi, tabiat memakai solekan tebal setiap hari sebenarnya boleh menyebabkan mental terganggu. Menyebabkan rasa rendah diri dan rasa wajah sendiri buruk tanpa solekan
Jadi buat anda yang suka bersolek tebal mungkin boleh belajar kurangkan tabiat ini sedikit demi sedikit agar tidak dipandang semacam selepas ini.
Bagi mereka yang berkulit gelap, kebiasaannya sejak kecil lagi akan diberi pelbagai gelaran. Hitam, arang antara yang biasa hingga menyebabkan mereka yang memiliki tona kulit sebegini rasa rendah diri.
Haneesya Hanee yang baru meraih gelaran Dewi Remaja 2018/2019 juga mengalami pengalaman yang sama.
Namun begitu ramai yang tak tahu bahawa mereka yang berkulit gelap ini mempunyai kelebihan yang tersendiri terutama dari aspek kesihatan.
Mereka yang berkulit gelap memang beruntung kerana lapisan kulitnya sudah dilapisi ‘pelindung’ cahaya matahari semula jadi dipanggil melanin!
Berbeza dengan yang berkulit cerah, mereka kekurangan melanin membuatkan sinar uv mudah tembus sehingga ke lapisan kulit paling dalam. Sinar uv ini menyebabkan kerosakan DNA serta sel-sel yang ada padanya sehingga boleh mengakibatkan terjadinya kanser kulit.
Untuk pengetahuan semua, kanser kulit juga membunuh sama seperti mana penyakit barah yang lain.
Biarpun begitu, orang berkulit gelap ini biasanya sering kekurangan vitamin D yang biasa diperolehi dari matahari untuk kekuatan tulang.
Sunburn atau selaran matahari biasa dialami oleh mereka yang berkulit putih. Kulit berasa perit dan jadi kemerahan apabila terdedah pada cahaya matahari untuk jangka masa panjang tanpa seberang perlindungan. Lebih parah, selaran matahari juga mampu buat sesetengah kulit mengelupas.
Berbeza dengan mereka yang berkulit gelap, biarpun harus menghabiskan sehari suntuk di bawah matahari, adalah sukar bagi mereka untuk mengalami keperitan kulit disebabkan sunburn itu!
Kulit akan cepat tua jika terlalu banyak terdedah pada sinaran matahari. Namun begitu, individu berkulit gelap tanda penuaan pada kulit mereka tidak ketara.
Pakar kulit mengatakan mereka yang berkulit hitam akan kelihatan lebih muda jika dibandingkan dengan teman sebaya mereka yang berkulit cerah. Kadar melanin yang tinggi pada individu berkulit gelap akan membantutkan tempoh penuaan termasuklah kemunculan pigmentasi, bintik hitam, kedutan serta kulit kasar.
Selain dari menentukan warna kulit dan rambut seseorang, melanin yang banyak pada kulit mereka yang berkulit hitam juga ada fungsi lain. Ia adalah sumber utama yang mengekalkan fungsi tubuh antaranya membantu otak dan saraf berfungsi sebaiknya, membantu mata untuk melihat serta menggalakkan pertumbuhan sel. Hebat kan!
Pigmentasi gelap berupaya mengelak kerosakan DNA dan mengawal penyerapan jumlah radiasi UV yang seimbang untuk tubuh manusia. Ia juga akan melindungi tubuh dari gejala kekurangan zat folat.
Folat adalah vitamin B larut air yang boleh didapati dari sayuran berdaun hijau, bijian penuh serta buah sitrus seperti limau. Wanita amat memerlukan folat untuk mengekalkan kesihatan telur yang dihasilkan agar ia mampu disenyawakan secara sihat serta menggalak pertumbuhan plasenta yang normal selepas proses persenyawaan.
Bagi kaum lelaki pula, folat penting untuk penghasilan sperma berkualiti. Folat sememangnya mustahak untuk perkembangan kandungan, pertumbuhan organ janin serta menyokong kejadian rangka tubuh dan otak janin.
Oleh itu, individu berkulit gelap yang hamil rata-ratanya terpelihara dari ‘kecacatan janin’.
Radikal bebas mengancam kesihatan manusia. Ia boleh merosak dan memusnahkan sel tubuh manusia. Tapi individu berkulit gelap yang memiliki kadar melanin tinggi mampu membebaskan radikal bebas tersebut agar sel-sel tubuh sentiasa berada dalam keadaan baik.
Buat anda yang berkulit gelap bersyukurlah dengan apa yang anda miliki, dah tentunya setiap kejadian Tuhan itu ada hikmahnya.
Anda patut bangga kerana memiliki warna kulit yang dianggap eksotik. Tak ramai yang memiliki kelebihan ini malah ramai wanita di negara barat yang cukup mengidamkan memiliki kulit sebegini.
Ramai yang memakai tudung tapi jika diperhatikan ada sebahagian daripada kita menutup bahagian bawah dagu manakala ada juga yang tidak mengambil kisah tentang perkara tersebut.
Jadi sebenarnya bagaimana? Adakah bawah dagu wanita sebahagian daripada aurat yang wajib ditutup? Berikut adalah penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus berkait kemusykilan ini.
Menurut beliau dalam satu siri ceramah tiada hadis yang menunjukkan dengan tepat bahagian dagu ini. Yang ada cuma hadis yang menyebut bila perempuan memasuki usia baligh dia wajib menutup bahagian tubuh kecuali muka dan telapak tangan.
Memandangkan tidak ada sempadan tentang wajah dengan tepat maka ulamak memberi pandangan berdasarkan sandaran-sandaran.
Ada dua pandangan tentang aurat bawah dagu:
Pandangan pertama, kalau bertentangan muka, maka setakat mana yang nampak itulah bahagian wajah. Bahagian yang tidak nampak adalah aurat. Bawah dagu tak nampak jadi ia adalah aurat.
Pandangan kedua, sekiranya mahu mengetahui bahagian wajah, pakai tudung di bahagian muka dan lihat di mana ia melekat. Ia akan dipakai hingga ke bawah dagu. Maka bahagian dagu yang lebih dan kelihatan itu dimaafkan pada syarak.
Tapi yang terbaik menurut Ustaz Azhar aalah keluar dari khilaf yakni bila memakai tudung pakailah sehingga tutup bahagian bawah dagu.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...