Imej berhijab Nura Medina atau Fazura dalam drama popular ketika ini Hero Seorang Cinderella tak dinafikan memang cantik.
Tak puas mata memandang walaupun gaya yang dikenakan cukup ringkas. Tapi kalau nak tahu pelakon ini berhijab bukan setakat dalam drama itu saja.
Seperti tahun-tahun sebelumnya memasuki bulan Ramadan Fazura akan tampil bertudung. Ini dapat dilihat dalam foto yang dimuat naik Fazura dalam akaun instagram miliknya.
Pilihan tudungnya pula memang sempoi iaitu bawal atau skarf tapi yang pasti sangat serasi dengan wajahnya. Ada juga nampak macam stail tudung wanita Brunei. Hmmm…
Cuba tengok gaya-gaya ini. Ringkas tapi manis sangat.
Ads
Meski berhijab hanya di bulan Ramadan tapi kita doakan aktres ini terbuka hati menutup aurat sepenuhnya menjadi Muslimah sejati.
Bagi mereka yang berkulit gelap, kebiasaannya sejak kecil lagi akan diberi pelbagai gelaran. Hitam, arang antara yang biasa hingga menyebabkan mereka yang memiliki tona kulit sebegini rasa rendah diri.
Haneesya Hanee yang baru meraih gelaran Dewi Remaja 2018/2019 juga mengalami pengalaman yang sama.
Namun begitu ramai yang tak tahu bahawa mereka yang berkulit gelap ini mempunyai kelebihan yang tersendiri terutama dari aspek kesihatan.
Mereka yang berkulit gelap memang beruntung kerana lapisan kulitnya sudah dilapisi ‘pelindung’ cahaya matahari semula jadi dipanggil melanin!
Berbeza dengan yang berkulit cerah, mereka kekurangan melanin membuatkan sinar uv mudah tembus sehingga ke lapisan kulit paling dalam. Sinar uv ini menyebabkan kerosakan DNA serta sel-sel yang ada padanya sehingga boleh mengakibatkan terjadinya kanser kulit.
Untuk pengetahuan semua, kanser kulit juga membunuh sama seperti mana penyakit barah yang lain.
Biarpun begitu, orang berkulit gelap ini biasanya sering kekurangan vitamin D yang biasa diperolehi dari matahari untuk kekuatan tulang.
Sunburn atau selaran matahari biasa dialami oleh mereka yang berkulit putih. Kulit berasa perit dan jadi kemerahan apabila terdedah pada cahaya matahari untuk jangka masa panjang tanpa seberang perlindungan. Lebih parah, selaran matahari juga mampu buat sesetengah kulit mengelupas.
Berbeza dengan mereka yang berkulit gelap, biarpun harus menghabiskan sehari suntuk di bawah matahari, adalah sukar bagi mereka untuk mengalami keperitan kulit disebabkan sunburn itu!
Kulit akan cepat tua jika terlalu banyak terdedah pada sinaran matahari. Namun begitu, individu berkulit gelap tanda penuaan pada kulit mereka tidak ketara.
Pakar kulit mengatakan mereka yang berkulit hitam akan kelihatan lebih muda jika dibandingkan dengan teman sebaya mereka yang berkulit cerah. Kadar melanin yang tinggi pada individu berkulit gelap akan membantutkan tempoh penuaan termasuklah kemunculan pigmentasi, bintik hitam, kedutan serta kulit kasar.
Selain dari menentukan warna kulit dan rambut seseorang, melanin yang banyak pada kulit mereka yang berkulit hitam juga ada fungsi lain. Ia adalah sumber utama yang mengekalkan fungsi tubuh antaranya membantu otak dan saraf berfungsi sebaiknya, membantu mata untuk melihat serta menggalakkan pertumbuhan sel. Hebat kan!
Pigmentasi gelap berupaya mengelak kerosakan DNA dan mengawal penyerapan jumlah radiasi UV yang seimbang untuk tubuh manusia. Ia juga akan melindungi tubuh dari gejala kekurangan zat folat.
Folat adalah vitamin B larut air yang boleh didapati dari sayuran berdaun hijau, bijian penuh serta buah sitrus seperti limau. Wanita amat memerlukan folat untuk mengekalkan kesihatan telur yang dihasilkan agar ia mampu disenyawakan secara sihat serta menggalak pertumbuhan plasenta yang normal selepas proses persenyawaan.
Bagi kaum lelaki pula, folat penting untuk penghasilan sperma berkualiti. Folat sememangnya mustahak untuk perkembangan kandungan, pertumbuhan organ janin serta menyokong kejadian rangka tubuh dan otak janin.
Oleh itu, individu berkulit gelap yang hamil rata-ratanya terpelihara dari ‘kecacatan janin’.
Radikal bebas mengancam kesihatan manusia. Ia boleh merosak dan memusnahkan sel tubuh manusia. Tapi individu berkulit gelap yang memiliki kadar melanin tinggi mampu membebaskan radikal bebas tersebut agar sel-sel tubuh sentiasa berada dalam keadaan baik.
Buat anda yang berkulit gelap bersyukurlah dengan apa yang anda miliki, dah tentunya setiap kejadian Tuhan itu ada hikmahnya.
Anda patut bangga kerana memiliki warna kulit yang dianggap eksotik. Tak ramai yang memiliki kelebihan ini malah ramai wanita di negara barat yang cukup mengidamkan memiliki kulit sebegini.
Foto pengantin bertongkat ini tular di media sosial baru-baru ini. Mana taknya selalu tengok pengantin tampil serba sempurna namun kali ini dalam keadaan kaki berbalut dan bertongkat. Tapi menariknya dalam keadaan sebegitu pun pengantin perempuan kelihatan cukup menawan dan mempersonakan mata memandang.
Ramai yang tertanya-tanya siapalah gerangan pengantin ini dan akhirnya cerita sebenar terjawab apabila pereka busana cosryofficial yang dikenakan mempelai merungkai kisah tentang pasangan ini di instagramnya.
Pengantin perempuan, Siti Naquiah rupanya terseliuh kaki tiga hari selepas akad nikah kerana mahu menyelamatkan kucing kesayangannya. Tapi mujurlah pasangannya seorang doktor.
Disebabkan kecederaan itulah Siti Naquiah terpaksa bertongkat ketika majlis resepsi berlangsung. Namun begitu ia tidak sedikitnya menjejaskan keanggunan pengantin, tetap cantik malah dilihat unik.
PART 1 (Doktor Amirul ariff & Siti Naqiah)
Sebak juga masa final fitting dengan Naqiah. 5 hari sebelum wedding receptionnya kelmarin dia cedera pada kakinya disebabkan nak selamatkan seekor kucing dan akhirnya dia terpaksa mengunakan tongkat untuk berjalan pada majlis istimewanya. Dia sanggup korbankan diri hanya kerna seekor kucing. Ya Allah sangat mulianya Naqiah. Semoga Allah memberikan kebahagian dan kekal till jannah. Amin yra.Pengantin turun dari singgahsana pelamin diiringi si suami. Walau bertongkat tetap anggun.
Walaupun mengalami kecederaan kecil pada hari bersejarah buat Naqiah dan Ariff namun senyuman yang terukir pada pengantin perempuan buat kan semuanya berjalan dgn lancar .She look so perfect walaupon bertongkat …Admin rasa tersentuh la bila dia jalan nak jumpa husband dia tu . Kita doakan moga kaki Naqiah cepat sembuh okay guys.
Nasib baik suaminya doktor, confirm rawatan tip top kan! Apapun VK ucapkan selamat pengantin baru pasangan Dr. Amirul Ariff dan Siti Naqiah, semoga berbahagia ke anak cucu.
Menjaga kulit wajah nampak remeh tapi sebenarnya sangat penting. Kulit wajah yang terjaga rapi selalunya boleh memberikan kesan lebih muda. Wow sangat ni kan? Nah, VK kongsikan tip nak nampak muda 10 tahun berbanding usia sebenar hanya dengan menjaga kulit wajah cara orang Korea.
Membersihkan kulit muka adalah rutin paling penting. Selain menggunakan sabun pembersih, orang Korea suka bersihkan kulit menggunakan minyak. Gunakan kapas atau span. Manfaat bersihkan kulit dengan minyak adalah bukan hanya menanggalkan solekan tapi turut menanggalkan sebum dan kulit mati.
Selepas bersihkan kulit muka dengan minyak, barulah bersihkan dengan air bersih.
Sel kulit mati pada wajah akan menyebabkan adanya tompok hitam. Hal ini meninggalkan cela pada wajah. Salah satu rutin penting penjagaan kulit wajah orang Korea adalah membersihkan sel kulit mati ini. Namun anda perlu ingat jangan lakukan rutin pengelupasn setiap hari kerana boleh membuatkan kulit terlalu tegang. Cukuplah seminggu sekali supaya kulit lebih mudah bernafas.
Selalu kita skip rutin menyapu toner pada kulit. Kita anggap ianya tidak penting. Selepas melakukan pembersihan dan juga pengelupasan, kulit selalunya agak lemah dan perlukan lebih lembapan. Toner yang disapukan pada wajah lepas rutin membersih dan mengelupas akan mudah diserap. Jadi rajin-rajinlah berikan toner pada kulit wajah selepas rutin membersih.
Oleskan essence (pati) dengan cara menepuk kulit muka. Wanita Korea juga menggunakan serum untuk memberikan manfaat berganda pada kulit. Lebih-lebih lagi serum yang menggunakan bahan semula jadi.
Orang Korea juga mementingkan emulsi untuk meningkatkan manfaat daripada penggunaan essence dan serum. Emulsi daripada akar ginseng dimanfaatkan sepenuhnya kerana dipercayai boleh menampakkan kulit lebih muda. Sama seperti manfaat kolagen.
Masker dipakai pada kulit memberikan kesan kulit lebih anjal dan mengecilkan liang pori. Gunakan masker ikut apa impian yang anda hendak capai. Misalnya kalau mahukan kulit nampak glowing, gunakan masker vitamin C. Trend di Korea, mereka gunakan masker susu keldai untuk mendapatkan kesan kulit lebih cerah.
Krim ini disapukan pada kulit nipis di sekitar mata. Syaratnya jangan tekan kuat sangat sebab kulit ini nipis. Sapukan perlahan-lahan. Menyapu krim mata boleh membantu hilangkan lingkaran hitam. Barulah nampak segar dan lebih muda.
Krim muka di pasaran ada macam-macam manfaat. Orang Korea mengguanakan krim muka daripada kuning telur untuk kesan anjal, krim muka dengan lendir siput untuk mengurangkan kedutan. Jadi anda boleh pilih mana-mana krim muka untuk manfaat yang anda suka.
Cahaya matahari boleh merangsang penuaan kulit. Penggunaan krim pelindung matahari boleh bantu kulit tidak terjejas dengan sinaran ini. Gunakan krim pelindung sebelum keluar rumah.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.