Gaul Tanah Ini Sebelum Tanam Anak Pokok, Barulah Semuanya Membesar Bagai ‘Juara’

Share

Seronok tengok biji benih sayur yang disemai bercambah, naik banyak. Tapi bila dah pindah ke pasu atau bekas, anak benih yang diharap hidup subur dan berhasil jadi sebaliknya.

Anak pokok hidup tapi tak membesar subur, dan ada juga yang mati selepas beberapa hari. Supaya anak pokok membesar bagai ‘juara’ boleh ikut tip yang dikongsi oleh Puan Liyana Mohd Poad

. Beliau yang bercucuk tanam sekitar rumah memang selalu memberi panduan pada yang baru mula bercucuk tanam.

Petua pindah anak pokok supaya membesar bagai ‘juara’

Saya cuma nak beri petua kepada ahli group yang nak pindahkan anak pokok dari tapak semaian.

Medium tanah apa yang hendak digunakan supaya anak pokok berjaya membesar sebagai juara. Dalam bracket itu ialah nisbahnya. Pokok pokok tanaman saya yang ada dalam gambar menggunakan nisbah tanah seperti di bawah;

Tanah hitam atau tanah organik(3)
Tanah sawit atau tanah bakar (1)
(Boleh guna guna topsoil atau tanah 6/8/10 in 1)
Sekam bakar atau sekam mentah(1)
Cocopeat halus(1)
Pasir(3 genggam)
Baja tinja ayam/kambing (2 sudu)

Gaul rata kesemua sekali dan biarkan selama 4-5 hari baru tanam anak pokok.
Jika tak ada tanah sawit atau tanah bakar boleh guna tanah hitam biasa atau tanah organik.

Ini semua hasil pokok menggunakan petua di atas.

Cili

Pak Choy

Tanam tepi rumah, bila guna campuran tanah ini elok naik subur pokoknya. 

Bendi

Selamat mencuba.

Sumber: Liyana Mohd Poad

Artikel berkait

Kalau Pindah Anak Pokok Ikut Tip Ini Supaya Tak Layu Atau Mati

Tip Semai Biji Benih Sawi, Bendi, Cili. Jangan Tabur, Ikut Cara Ini

IKLAN