Gel Pewangi Dah Habis Jangan Buang, Baki Pun Masih Boleh Guna, Harum Lagi

Share

Kita biasa beli gel pewangi jenis ini untuk harumkan kediaman. Selalunya lepas gel dah habis kita akan buang walau pun ada baki sikit di bahagian bawah.

Kita anggap baki macam ni dah tak berkesan. Lepas ni jangan buang ok. Baki ini masih boleh kita gunakan.

  1. Setiap kali gel ini habis, simpan bekas ini. Bila dah ada 3-4 bekas, boleh keluarkan baki gel yang ada dan potong kecil.

2. Letak potongan gel ini dalam bekas dan tuang sedikit air.

3. Bila dah letak air, harumannya akan kembali.

4. Bolehlah letak dalam bilik air, ruang dapur, bilik kecil atau sudut kabinet.

Macam ni barulah berbaloi guna, sampai ke titisan akhir.

Selamat mencuba

Kredit: Yusra Fateema

IKLAN